bila banyak sangat idea nak buat entri, tapi ....... - sayidahnapisahdotcom bila banyak sangat idea nak buat entri, tapi .......
LightBlog

bila banyak sangat idea nak buat entri, tapi .......

bila banyak sangat idea nak buat entri, tapi .....

*background music : You&I by One Direction*

Perghh lagu mendayu-dayu sikit la kan bagi feeling nak tulis entri ni haha. 

Sebenarnya tak rancang pun nak buat entri ni. Rancang nak buat entri lain. Dah siap ada list nak buat entri apa lagi. Entri review pun ada lagi tak buat ni.

Tapi tu lah. Ni nak habaq ni...

Bila banyak sangat idea nak buat entri atau pun bila banyak sangat plan nak buat entri pasal tu, pasal ni tapi...

1. Busy

Adakah ini alasan? Tak kot. Tapi mungkin juga ya. 
Semua orang ada busy masing-masing kan. As a student, as a father, as a mom, as an employer, as an employee. Mak ayah busy dengan anak. Pelajar busy dengan assignment. Pekerja busy dengan kerja-kerjanya. 

Dan kadang-kadang kita kena utamakan apa keutamaan kita kan. Tapi kekadang ada masa free, perkara-perkara di bawah ni pulak muncul alahaiii....

2. Tak ada mood

Kita ada bahan nak buat entri. Tinggal nak terjemah je. Tinggal nak edit apa yang patut je. Tapi ..

mood tak mai pulak. Mood zero. Tak ada mood. Mood semangat dah sesat entah mana, masuk belukar mana tak balik balik kat kita. So, nak buat entri dengan perasaan-tak-ada-mood ni agak-agak best tak? Orang kata tak ada jiwa la. 

Tapi no.2 ni ngada-ngada je sebenarnya hahaha. Boleh je nak paksa diri untuk buat entri kan. Tapi tu lah, manusia ni kadang-kadang tahu sesuatu hakikat/fakta tapi tak mampu nak lawan nafsu. Nafsu apa? 
Nafsu tak dak mood.

3. Tak ada idea nak kembangkan main idea

Haaa haa ni saya biasa lah ni hahahaha. Lagi-lagi kalau entri yang berbentuk review. Rasa nak hentak kepala je rasa kat meja sendiri, dengan harapan muncul lah idea nak kembangkan main idea. Tapi kalau lah semudah tu kan hentak je keluar idea, mahu setiap hari benjol kepala ni ha .. haha.

bila banyak sangat idea nak buat entri, tapi .......
start writing somewhere


Dan pada pendapat saya juga.. masalah susah nak kembangkan idea ni datang bila kita tak faham sangat atau tak tahu sangat atau tiada perasaan sangat tentang subjek entri tersebut

Biasanya entri berbentuk fakta la yang jadi macam ni. Sebab tak boleh nak 'goreng' sangat dan sesuka hati nak tambah-tambah menambah perisa. Tapi bila entri berbentuk pendapat sendiri atau perbincangan macam entri saya tengah buat ni.. agak senang lah. Sebab pendapat kita kan. So boleh la macam-macam nak beritahu.

Okay contohnya kan. Nak buat entri tentang kebaikan Green Tea. Orang yang tak pernah minum Green Tea atau lihat sendiri pun Green Tea ni macam mana .. memang akan susah nak cerita tentang kebaikan Green Tea. Sebab apa? 

Sebab satu, dia tak pernah pun minum Green Tea tu so tak ada pengalaman berkaitan dengan Green Tea tu langsung. Kedua, ianya berbentuk fakta. Mungkin dia boleh search kebaikan/kelebihan Green Tea. Tapi untuk explain dan kembangkan tentang kelebihan-kelebihan tu, sangat susah.

Tapi sebaliknya, kalau orang yang dah amalkan Green Tea ni (contohnya saya) boleh la kembangkan lagi setiap kelebihan Green Tea tu dengan lebih tepat. Sebab saya dah experience sendiri. Saya dah pernah minum. Saya tahu apa rasa dia. Saya tahu apa yang berubah dengan diri saya sejak minum Green Tea. Saya boleh terangkan warna dia macam mana. So, entri tentang Kebaikan Green Tea tu nak buat jadi mudah.

4. Kekurangan data internet/internet lembab

Okay ni saya pernah alami. Dan ianya sangat SAKIT
Sakit hati! Hahahaha.

Tengah mencurah-curah idea keluar, internet lembab pulakkk. Tengah syok-syok tulis, data internet habis pulakkkk. Tengah fenfeeling cari gambar-gambar best untuk masukkan dalam entri, line internet tu boleh pulak kejap ada kejap tak ada. Eeeeii sakit pulak hati kita.

5. Malas

Ye. Ni pun selalu gak datang jugak jenguk si malas ni. Bila malas datang, rajin hilang. So, kalau idea ada pun, buat derkkk je .. sebab malas kan hahaha.

Eh jap.No. 5 ni sama ke dengan no.2? Macam sama je haha. Okay skip skip. :P


6. Korang ada nak tambah point tak? Hehehe.

Post a Comment

11 Comments

  1. salam , itulah masalah masalah blogger heheh

    ReplyDelete
  2. semua blogger pernah rasainya terutama no 1,2 & 5..

    ReplyDelete
  3. No 4 tu selalu terjadi. Nak taknak kena bersabar dan redha je lah.. :)

    ReplyDelete
  4. Bukan saja nak tulis entri, kadang idea nak tulis komen pun banyak,tapi....

    1. Busy
    2. Tak ada mood
    3. Tak ada idea nak kembangkan main idea
    4. Kekurangan data internet/internet lembab
    5. Malas

    ReplyDelete
  5. maka berhuhuhu la jawabnya,ngeee~~~

    ReplyDelete
  6. Memang inilah dilema setiap blogger.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Ni laa dilema yg perlu dilalai seorang blogger hehee

    ReplyDelete
  8. Kadang-kadang ada penyakit malas..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p