Tanda-Tanda Awal Strok Haba dari Kementerian Kesihatan Malaysia - sayidahnapisahdotcom Tanda-Tanda Awal Strok Haba dari Kementerian Kesihatan Malaysia
LightBlog

Tanda-Tanda Awal Strok Haba dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tanda-Tanda Awal Strok Haba dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Strok Haba atau dikenali sebagai 'Heat Stroke' berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah Celcius atau lebih dalam masa 10-15 minit.

Malah, strok haba sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

Tanda-Tanda Awal Strok Haba dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Strok Haba Pembunuh Senyap

9 Tanda/Simptom Awal Strok Haba

1. Kerap sakit kepala
  • muntah
  • loya
  • tidak selesa

2. Mudah hilang fokus 
  • mengalami kekeliruan hingga tidak sedarkan diri
  • mengalami halusinasi

3. Lidah menjadi bengkak

4. Suhu badan meningkat ketara
  • melebihi 39 darjah Celcius

5. Nadi berdenyut laju
  • sukar bernafas
  • jantung berdebar

6. Tekanan darah rendah

7. Badan lesu dan kerap pengsan
  • kekejangan otot

8. Badan tidak berpeluh 
  • tidak berpeluh walaupun di bawah panas matahari

9. Kulit kering dan kemerah-merahan
  • kulit panas

Tanda-Tanda Awal Strok Haba dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Tanda awal strok haba/heat stroke

Di dalam Akhbar Metro Ahad, ruangan Sihat, mengatakan sesiapa yang mengalami strok haba boleh terkena komplikasi dehidrasi kritikal dan jika tidak dirawat segera, boleh mengalami komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.

Alhamdulillah berdasarkan tanda atau simptom di atas, saya rasa saya tidak terkena strok haba. Saya dekat bilik ni pun, kadang-kadang peluh peluh sebab panas sangat. Rasa bahang je bilik. Walhal kipas dah pasang volume 5 dah. Kalau pergi kelas ke.. bersedialah  dengan tisu atau kain lengan baju untuk lap lap muka yang berpeluh peluh menitikk sebab matahari terik huihh. Memang cabaran sungguh sekarang ni. Kena bertabah menghadap musim El-Nino hingga bulan Julai/Ogos. 

Tapi time mula-mula musim El Nino, memang saya kerap juga sakit kepala. Rasa macam denyut-denyut je kepala. Lagi satu, saya ada jugak bengkak dekat lidah sikit. Tapi sekarang ni mungkin saya dah adapt dengan cuaca panas dan perbanyakkan minum air mineral, saya dah tak sakit kepala dan lidah bengkak dah. Alhamdulillah.

Semoga kita lebih alert dengan strok haba ni dan melebihkan usaha untuk mengelakkan dari mengalami strok haba yang dikatakan sebagai pembunuh senyap.

Post a Comment

1 Comments

  1. no 1 tu macam kerap je jadi.. ermm..nasib dah ok...risau pulak kite..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p