May 2016 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, May 31, 2016

May 31, 2016

First Giveaway By Izzati Suhaide

First Giveaway By Izzati Suhaide


First Giveaway By Izzati Suhaide
Klik SINI untuk join


Syarat-syarat adalah:

1) Buat tajuk entri "First Giveaway By Izzati Suhaide"

2) Follow blog berikut:

3) Follow IG:
zatiesuhaide, iz_hijabist, rizzdania, azlinda.alin, by_khaty, norazilah72, yanieyusuf, amysyeera, nizam84, anizz_annisaa, mreenadotcom

4) Like Page:



5) Masukkan blog berikut ke dalam bloglist anda:
Izzati Suhaide
Irrayyan
Mastura Din

6) Add facebook Parizan Mohd Zain

7) Follow G+
+Izzati Suhaide 
+Amanda Suria 

8) Like post berikut
http://bitly.com/1Tu9axb
http://bitly.com/21yfZUA
http://bitly.com/1NkfQS0
http://bitly.com/1X9lPvi
http://bitly.com/1OeP5cD
http://bitly.com/1X9lTLl
http://bitly.com/1TnvR65
http://bitly.com/1O1tCJk


Senarai hadiah:
1) Produk VCO - 8 x pemenang
2) Produk Hanalays - 1 x pemenang
3) Flower Shawls - 1x pemenang
4) Tudung Aidijuma - 1 x pemenang
5) Cash RM20 - 1 x pemenang
6) Cash RM10 - 4 x pemenang
7) Topup RM10 - 3 x pemenang
8) Rosesoap - 1 x pemenang
9) Novel Inggeris Far Away by Aisya Sofea - 1 x pemenang


*Hadiah akan bertambah jika penyertaan lebih 50*

Jom Join. Ajak rakan-rakan anda yang lain. Good Luck!

Tarikh tutup 31 Mei 2016 jam 11.59pm

May 31, 2016

Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor

Wah wah wahhhh! Inilah peluangku inilah peluangku! Inilah peluangku untuk merasai menikmati spicy ramen yang dah lama den mengidam ni! Hahaha. Dah lama dah cari ramen ni tapi tak jumpa jumpa arghh! So, dengan sukacitanya saya join Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor ni. Tamat pada 2 Jun 2016. So, korang yang tak join lagi, jom jom join. Ada 11 pemenang yang akan dipilih secara randomn untuk memenangi  Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor ni. Harap harap la saya terpilih amin amin amin. Haa sila amin kan sekali dengan saya hehe.

Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor

 Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor

Saya tag dua orang blogger : Perdu Cinta & Zatie Suhaide

Monday, May 30, 2016

May 30, 2016

Produk Izeara Xtravaganza Memang Tak Panas Tapi........

Ingat tak kes seorang wanita ni yang bernama Bella membuat laporan polis kerana ketidakpuasan hati beliau terhadap satu produk kurus ni? Sebab apa beliau report polis? Sebab first, produk tersebut tak panas. Second, badan beliau tiada berlaku perubahan pengurangan berat badan. Walhal beliau baru je guna sehari produk tersebut. Adehh tak faham le Bella ni. Okay lah the point is sekarang ni, saya nak highlightkan pada produk tersebut… Haaa apakah nama produk kurus yang menjadi bualan hangat tersebut? Jeng jeng jenggg~~ Ya tepat sekali! Nama produk tersebut adalah Produk Izeara Xtravaganza! Saya telah mencuba produk izeara Xtravaganza ni lebih dari seminggu. Memang tak panas langsung bila pakai produk ni tapi....ternyata hasilnya tidak mengecewakan!

Apakah isi kandungan Produk Izeara Xtravaganza ?


Produk Izeara Xtravaganza Memang Tak Panas Tapi........
Produk Izeara Xtravaganza keluaran Izeara International

Okay sebelum tu, moh le kita kenali dengan lebih dekat lagi Izeara Xtravaganza ni. Antara kandungan yang terdapat di dalam produk kurus Izeara Xtravaganza ni adalah:

Aqua, Carbomer, Propylene Glycol, Euchema Cottoni (Seaweed) Extract, Gracinia Cambogia (Garcinia) Extract, Oryza Sativa (Rice) extract, Citrus Lemon (Lemon) Extract Triethanolamine, Cafeisilane.

Apakah kelebihan Produk Izeara Xtravaganza?


Produk Izeara Xtravaganza Memang Tak Panas Tapi........
Limited offer produk Izeara Xtravaganza RM109 sahaja dari harga asal RM149!!
Bila bercerita tentang suatu produk ni, tak sah la kalau kita tak kongsikan kelebihan dan kekuatan sesuatu produk tersebut, bukan? Okay jom ushar 8 kelebihan Izeara Xtravaganza ni.


Memecahkan Iemak dengan pantas

Izeara Xtravaganza ni dibuat dengan 15x more faster burn fat. 15 kali lebih pantas dan cepat membakar lemak lemak terkumpul di dalam badan!

Langsung tidak panas

Izeara Xtravaganza adalah sebuah produk kurus yang juga c.o.o.l serum, 6inch body serum. Jadi produk ni lain sikit daripada produk-produk kurus lain yang mana krim mereka panas dalam membakar lemak. Jika dicalitkan sedikit serum Izeara Xtravaganza ni pada kulit pun dah terasa sejuk menyerap sampai ke tulang. Tapi apabila dah disapu ke kulit, rasa sejuk tu hilang dan digantikan pula dengan rasa smooth saje.


Tidak melekit & berbau harum

Ye..Produk cool serum Izeara Xtravaganza ini tidak melekit, tidak berminyak dan berbau harum. Tambahan lagi, apabila cool serum Izeara ini dah disapu ke kulit badan kita, senang je cuci tempat sapuan tersebut. Mudah je nak basuh tak perlu banyak-banyak kali basuh dan tak perlu guna sabun pun untuk menghilangkannya.

Kesan yang pantas

Disebabkan produk ini 15x lebih pantas membakar lemak, maka kesannya juga lebih pantas. Bak kata arahan di kotak Izeara Xtravaganza, jika mahukan keputusan yang cepat dan pantas, boleh menggunakan Izeara ini 3-5 kali sehari.


Punyai kelulusan dari pihak kesihatan


Dijamin halal


Boleh dibawa untuk solat

Haa kot-kot sementara tunggu waktu azan nak berkumandang tu, boleh la gunakan peluang tu untuk calit dan sapu sikit cool serum Izeara Xtravaganza ke tempat yang kita mahukan tempat tu kurus contohnya perut, peha dan bawah lengan. Jangan risau kerana produk ini dijamin boleh dibawa ke solat.


Mengandungi Doa&Zikir


Produk kurus Izeara Xtravaganza ini tidak boleh dilangkah kerana produk ini mengandungi doa dan juga zikir. Sebelum menggunakan produk ini juga kita diperingatkan untuk menyebut kalimah Bismillah. Lebih afdhal gituuu~


Testimoni Berjaya Produk Izeara Xtravaganza oleh saya sendiri


Produk Izeara Xtravaganza Memang Tak Panas Tapi........
Saya telah mencuba produk Izeara Xtravaganza yang nyaman ni! Anda bila lagi?
Saya dah cuba Izeara Xtravaganza ni sudah 9 hari tidak termasuk harini. Dan ternyata saya merasakan sendiri perubahan pada tempat tempat yang saya sapu dengan produk ni. Saya merasakan pengurangan inchi di tempat tempat yang saya sapu setiap hari. Saya sedar pengurangan ni sebab saya memang ukur berapa inch dan catat setiap minggu. Dan bila saya guna produk ni, ternyata nampak pengurangan inci di kawasan saya sapu tersebut. Walaupun tidak banyak dan tidak ketara pengurangannya , tetapi tetap menggembirakan saya.


Haa anda anda semuaa.. Ingin Hapuskan Iemak anda sekarang ? Mahukan badan yang kurus di hari raya nanti?

Ada offer tau sekarang ni! Harga asal Izeara Xtravaganza ialah RM149 diturunkan kepada harga RM109 sahaja buat masa sekarang. LIMITED OFFER tau! So, apalagi grab sekarang!


Boleh pm saya dekat sini untuk order/pertanyaan lanjut :

atau boleh sms/whatsapp di :
 017-2008642



Sunday, May 29, 2016

May 29, 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com


Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
May 29, 2016

Kenapa Saya Suka Dimasukkan Ke Dalam Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan?

Blogger terkenal, sifu Hasrul Hassan telah melancarkan satu segmen Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan dua hari yang lepas. Haaa ada 5 syarat yang harus dipatuhi untuk menyertai segmen Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan ini. Nak tahu apa dia? Klik SINI!

Kenapa Saya Suka Dimasukkan Ke Dalam Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan?


Kenapa Saya Suka Dimasukkan Ke Dalam Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan?
Print Screen blog Hasrul Hassan
Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan
Senang je jawapan bagi soalan ni. Sebabnya…saya suka abang Hasrul Hassan. Eh! Maksud saya..saya minat, kagum dan hormat dengan blogger bernama Hasrul Hassan yang juga idola saya dalam dunia blog. Hehe. Makanya, bila dah beliau buka peluang yang jarang-jarang ni, tersangat suka dan berbesar hati lah saya untuk grab peluang ni. Bak kata pepatah, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Yela kot-kot ada rezeki blog saya terpilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist idola saya sendiri kannn. :)

Wednesday, May 25, 2016

May 25, 2016

Are You Ready to be a Homeowner?

Are You Ready to be a Homeowner?


For a lot of people, buying a home is a huge financial achievement, and a milestone. However, this milestone can become the biggest mistake of your life is you aren’t ready for it. Here are questions to help you determine if you’re prepared to be a homeowner or not:

Did you do your research?

The Malay Mail Online expresses the importance of investigating the property you’re interested in. They say knowledge is power and it’s the absolute truth. When you know more, you’re in control of the facts, you can make better decisions. For instance, if you’re raising a family or have kids, don’t see if the property is near a school or not. Find out if the property is a part of the kind of community you want your kids to grow up in. Do you see yourself putting down your roots? Then that property might be worth more than a cursory look.

Are You Ready to be a Homeowner?
are you ready to be a homeowner?
credit photo to: themalaymailonline.com

Are your finances ready for it?

Buying a house isn’t just a one big purchase. It’s a series of payments made over time. Have you got enough to make those payments over the next seven to ten years? asks the Free Malaysia Today. And if you do, will your other financial responsibilities suffer? You’re going to stack those expenses on top of your monthly car premiums, your home insurance, and homeowner’s association fees. Then there are your monthly utility bills to consider along with your living expenses. Do you have the financial wherewithal to cover all those costs? If that’s a confident and definite yes, then you’re ready. However, if you often find yourself struggling to make ends meet, usually short on funds or have huge credit card bills you’re still paying off, you might not be in the best position to buy a house, from a financial standpoint.

Are you updated on the latest trends and tools?

If you’re buying a house, you have to be in touch with what’s happening in the industry, know the current trends and learn how to use better tools when you set out on your home buying adventure. With so many home-listing sites like PropertyGuru Malaysia, finding land for sale is simple, easy and convenient. Browse through properties that appeal to you anytime, anywhere you are. This way, you can save up on a lot of the expense of bopping over from one site to another just to have your first look at a property. If you’re still using traditional ways to find real estate homes, then you aren’t ready.

Are you doing this on your own?

There’s a lot of work—paperwork to be filed, people to meet, contracts to review and sign, among other things—that goes into buying a house. Do you have help? If you think you’re saving up on the cost of hiring a real estate agent by taking on this whole process yourself, you might want to reconsider your stance on that. Some first time home buyers start out that way, thinking they’re saving on agent’s fees. But the amount of time you need to put in as well as effort just to see results will quickly make you think otherwise. Also, agents have the connections, experience and skill that allow them to do a much better job at it than you ever will. Some might even net you an opportunity to view houses that might not be out on the market yet simply because they have the kind of connections that provide them with handy insider’s knowledge. If you haven’t got an agent yet, then you still aren’t ready.

Are your emotions getting the best of you?

Most buyers think finding the perfect home means falling in love with a house at first sight. But that rarely happens. And when it does, you might fall in love with a house that’s way out of your league, financially speaking. So don’t let your emotions rule your head. While you must buy property that appeals to you, make sure you choose among properties you can well and comfortably afford. Never let your heart trump your head and make you choose a house that’s going to put you in debt for many, many years to come. If you can’t control your emotions, then you aren’t ready quite home owner material just yet. At least not the sensible, money-wise kind you should be.

Did you explore all your financing options?

The best way to buy a home is to choose a mortgage with a short lifespan. The sooner you finish all the payments, the less you spend on the interest. The longer the mortgage drags on, the more you lose to the interest. However, if this isn’t possible, then there are other financing options you can consider. Make the rounds. Ask people you trust with financial training. This should prove helpful as you try to figure out which financing works best for your situation. However, if all the financing options leave much to be desired or you just can’t seem to find the right one, maybe it’s not the financing that’s the problem but rather your finances. If you’ve got too little savings at this point, even the best financing options won’t be able to help you out.

Are You Ready to be a Homeowner?
credit photo to: chaneycapital.com

Home buying is serious business. So make sure you go into it as prepared as you can be. Financial readiness is a huge part of it so keep that in mind.


Want to know how to rich and make your financial stable? Read this! Click the link HERE.

Saturday, May 21, 2016

May 21, 2016

Jangan lupa malam ni...malam Nisfu Syaaban 2016

Assalamualaikum semuaa! Perghhh blog ni dah 3 hari ke 4 hari tak berupdate. Huwaaa dah berhabuk dah fuh fuh fuh. Busy sangat sampai tak boleh nak cerna otak untuk update selalu kat sini hehe. Tapi kali ni curi masa kejap untuk buat entri malam Nisfu Syaaban 2016 yang sangat barakah ni. Haa sebenarnya saya baru tahu malam ni malam Nisfu Syaaban dari group whatsapp saudara saya hehe. Saya ingat lagi 15 Syaaban yang lepas saya ada buat entri tentang doa Nisfu Syaaban dan terjemahannya. Boleh baca di SINI. Bila saya check hari ni berapa Syaaban, rupa-rupanya tarikh harini 21 Mei 2015 ialah 14 Sya'ban 1437H dalam kalendar Islam Tahun 2016. Oleh itu, malam Nisfu Syaaban 2016 jatuh pada malam ini & Nisfu Syaaban 15 Syaaban jatuh pada esok, 22 Mei 2016. Korang boleh tengok full Kalendar Islam Tahun 2016 di website SINI. Biasanya perkataan Nisfu Syaaban ni mesti kita teringat pada puasa sunat Nisfu Syaaban je kan? Walhal, ada lagi amalan yang boleh dilakukan pada malam Nisfu Syaaban dan pada hari 15 Syaaban.

Antara amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban 2016


Jangan lupa malam ni...malam Nisfu Syaaban 2016
malam Nisfu Syaaban 2016 - malam 21 Mei 2016
Nisfu Syaaban - 22 Mei 2016
Nisfu Syaaban ini bererti pertengahan bulan Islam, bulan Syaaban. nisfu=pertengahan/tengah-tengah. Yang dikatakan malam Nisfu Syaaban ialah pada malam ini. Apa istimewanya malam Nisfu Syaaban ni? Malam Nisfu Syaaban adalah malam tutupnya semua amal kita. Malam di mana buku amalan kita ditutup selama setahun. Banyak amalan yang dianjurkan pada malam Nisfu Syaaban ni, antaranya:

  • solat sunat Nisfu selepas solat Maghrib
  • baca Yasin 3kali, dengan niat tertentu
  • wirid zikir - hasbunallah wa nikmal wakillu nikmal maulaa wa nikmannasirr sebanyak 70 kali
  • puasa pada esoknya iaitu 15 Syaaban (22 Mei 2016)

Bacaan Niat Puasa Sunat Nisfu Syaaban


Apakah niat puasa sunat bulan Syaaban? Boleh lihat di bawah ini.


niat puasa sunat bulan Syaaban
Niat puasa sunat bulan Sya;ban ni boleh baca dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Arab. Dua-dua diterima. 

Dan untuk pengetahuan semua, kita boleh puasa sunat sehingga puasa Nisfu Syaaban ni je. Selepas 15 Syaaban dianjurkan untuk tidak berpuasa kerana hujung-hujung bulan Syaaban (nak dekat masuk bulan Ramadhan) kita tidak perlu untuk berpuasa sunat dah. Tetapii!

Tetapi kalau pada sesiapa yang hendak puasa ganti selepas tarikh 15 Syaaban ni, boleh aje. Dan sangat digalakkan pun sebab puasa ganti ni kan namanya pun WAJIB. So, puasa ganti ni bila-bila hari pun boleh puasa. Walaupun nak puasa ganti pada hari Jumaat sahaja pun boleh. Kan kalau puasa sunat tak boleh puasa hari Jumaat sahaja. Kalau puasa sunat hari Jumaat, mesti kena berpasangan dengan hari Khamis atau hari Sabtu. Tapi kalau puasa ganti, tak payah pair pun tak apa. Nak puasa ganti pada hari Jumaat sahaja pun diterima kerana puasa ganti tu bukan sunat tapi WAJIB dilakukan.


Bacaan Doa Nisfu Syaaban Dan Terjemahannya

Doa Nisfu Syaaban ni boleh dibaca selepas Maghrib atau malam ni lah (malam 21 Mei 2016). Malam di mana buku amalan kita diangkat.

Bacaan Doa Nisfu Syaaban Dan Terjemahannya
bacaan doa nisfu Syaaban

Bacaan Doa Nisfu Syaaban Dan Terjemahannya
terjemahan doa nisfu syaaban 2016

Doa Nisfu Syaaban ni boleh nak baca dalam Bahasa Arab ataupun Melayu. Dua-dua boleh :)


Boleh ke Menyambut Malam Nisfu Syaaban?



*SAMBUTAN NISFU SYA’BAN (FATWA MUFTI MESIR)*
Mufti Mesir; Syeikh Prof Dr. Ali Juma’ah Muhammad
(Terjemahan; Ustaz Ahmad Adnan Fadzil)
Soalan : ......dan berpuasa besoknya? (Soalan diringkaskan dari soalan asal yang panjang)
Jawapan;
1. Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang diberkati. Kelebihannya disebut oleh banyak hadis yang saling menguatkan antara satu sama lain mengangkat darjahnya kepada hasan dan kuat. Oleh itu, memberi perhatian kepada malam itu dan menghidupkannya merupakan tanda kecintaan kepada agama tanpa diragui lagi. Ini setelah kita mengenepikan hadis-hadis yang dhaif atau maudhuk berkenaan kelebihan malam tersebut.
Di antara hadis-hadis yang ada bagi kelebihan malam tersebut;
A) Hadis dari Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Suatu malam aku mendapati Rasulullah tiada bersamaku, lalu aku keluar mencari beliau. Aku menemuinya di perkuburan al-Baqi’ sedang mendongak kepalanya ke langit, lalu baginda berkata kepadaku; “Wahai Aisyah, apakah kamu khuatir Allah dan RasulNya akan menganiayai kamu”. Aku menjawab; “Aku tidak rasa begitu, akan tetapi aku mengangka kamu keluar ke rumah isteri kamu yang lain”. Lalu Nabi bersabda; “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah Taala turun ke langit dunia, lalu Dia mengampunkan hambanya lebih ramai dari bilangan bulu kambing milik kabilah Kalb (*Kabilah al-Kalbi; satu kabilah di kalangan orang Arab yang paling banyak membela kambing) (HR Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).
B) Hadis dari Sayyidina Mu’az bin Jabal yang menceritakan; Nabi s.a.w. Bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya. Lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama” (HR Imam at-Thabrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).
C) Hadis dari Sayyidina Ali bin Thalib r.a. yang menceritakan; Nabi bersabda; “Bila tiba malam Nisfu Sya’ban, bangunlah menghidupkan malamnya dan berpuasalah pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun pada malam itu ke langit dunia bermula dari saat terbenam matahari dan Allah berkata; Tiadakah orang yang memohon ampun untuk Aku ampuninya. Tiadakah orang yang memohon rezki untuk aku beri rezki kepadanya. Tiadakah yang ditimpa bala, untuk aku beri keselamatan untuknya. Tiadakah orang yang melakukan demikian dan demikian…hinggalah terbit fajar”. (HR Imam Ibnu Majah)

Tidak menjadi halangan untuk membaca Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib secara beramai-ramai kerana ia masuk dalam pengertian menghidupkan malam tersebut. Dalam perkara zikir, Syariat memberi keluasan kepada umat Islam. Mengkhaskan beberapa tempat tertentu dan masa-masa tertentu untuk beramal soleh secara berterusan merupakan suatu yang masyru’ (disyariatkan) selama pelakunya tidak mengiktiqadkan ia adalah kewajipan Syariat yang berdosa siapa meninggalkannya.
*info dari ayah saudara, Ustazdin Alhaj*

Ucapan Pada Malam Nisfu Syaaban 2016


Pada semua yang mengenali diri ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan saya, secara sengaja atau tidak sengaja. Saya insan yang lemah dan of course tidak sempurna, jadi jika ada saya mengguriskan hati sesiapa minta maaf ye. 

Dan saya sudah maafkan semua juga :) kosong kosong.

Semoga pada tahun yang baru ni dan pada lembaran buku yang baru ni, kita semua akan lebih diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Amin.

Mari lah kita memeriahkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan-amalan mulia inshaaAllah!


Baca juga entri hits:

Monday, May 16, 2016

May 16, 2016

HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by PapaGlamz

Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon
HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by PapaGlamz

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basically, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by PapaGlamz
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz -sekian-
May 16, 2016

16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU!

Bagi cikgu cikgi dan para pendidik di luar sana, selamat Hari Guru! Iye harini 16 Mei 2016, tarikh di mana kita menyambut Hari Guru sedunia. Korang dah wish selamat Hari Guru kepada cikgu, cikgi, dan pensyarah korang dah? Saya belum hahaha. Ohh happy teacher's day ni bukan setakat untuk cikgu sekolah atau pensyarah matrik/universiti/politeknik/kolej sahaja, tetapi untuk mak ayah kita yang telah mendidik kita sejak dari baby lagi. Didik kita supaya menjadi manusia yang berguna. Pada kawan kawan kita pun, kita boleh wish jika ada dalam kalangan mereka yang mengajar kita erti persahabatan gituwww. Haaa nak wish kepada suami/isteri atau pasangan pun boleh. Iyelah..mereka lah yang mengajar kita erti cinta kan? Cia cia cia cia :P


Tema Selamat Hari Guru 2016


16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU!
selamat hari guru pada semua guru di dunia :)

Tema hari guru untuk tahun 2016 adalah Guru Pembina Negara Bangsa. Dikhabarkan, majlis pelancaran sambutan Hari Guru 2016 ke 45 peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Abd Razak pada harini ini, 16 Mei 2016 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah.


Hadiah Selamat Hari Guru


Haaa time zaman zaman sekolah korang..pada hari guru, korang ada sediakan hadiah apa apa tak untuk diberikan pada cikgu sekolah korang? Saya time sekolah rendah dan menengah dulu, memang gigih la sediakan hadiah. Walaupun hadiah tak semegah mana pun kan, tapi nak jugak bagi. Tapi tak ada lah semua cikgu saya bagi hadiah. Kebiasaannya pelajar akan beri hadiah kepada guru yang dia paling sayang, paling hormat dan biasanya cikgu tu ialah cikgu yang pernah mengajar mata pelajaran.

Hadiah apa yang murid boleh berikan kepada para cikgu? Ala hadiah tu jangan lah mahal-mahal sangat kalau tak mampu. Saya cadangkan hadiah seperti buku nota (buku diari), sapu tangan (untuk cikgu lelaki), tudung/shawl (untuk cikgu perempuan), apa apa jenis makanan/snack (coklat, kek, biskut), pensil box dan apa-apa benda yang cikgu tu boleh guna setiap hari. Sebenarnya, saya pun tak ingat sangat saya bagi hadiah apa time sekolah dulu hahahaha. Tapi yang penting hadiah tu ikhlas dari hati yang suci murni lah acewah kihkih.


Ucapan Selamat Hari Guru


Selain hadiah yang berbentuk kebendaan, kita boleh juga buat surat tulis ucapan hari guru pada guru guru kita. Tulislah dekat kad ucapan tu apa yang kita rasa sepanjang cikgu tu mengajar kita. Ataupun ucapan-ucapan yang mendoakan cikgu tu semoga berjaya dunia akhirat dan tercapai segala impian cikgu, semoga diberi tubuh yang cergas sihat supaya dapat meneruskan menjadi cikgu mendidik anak bangsa. Kalau tak mampu nak beli kad ucapam yang cantik cantik/mahal mahal, cukup lah sekadar kad buatan sendiri, sendirian berhad. Cikgu ni tak kisah pun kalau bukan kad kedai pun, yang penting ucapan hari guru tu :)


Kata kata Mutiara (Sajak) Selamat Hari Guru



BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979


Dia Seorang Guru Tua

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


SEKAPUR SIREH BUATMU GURU

Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insane terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insane bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!

Ahmad Abid Khairuddin



Dalam banyak banyak cikgu, mesti ada cikgu yang garang (biasanya cikgu disiplin), cikgu cantik, cikgu comel, cikgu baik hati, cikgu lemah lembut, cikgu paling bergaya, cikgu suka tidur, cikgu suka tolong pelajar, dan macam macam lagi kategori atau gelaran yang kita berikan pada certain-certain cikgu kan. Bukan di sekolah sahaja, malah makin bertambah di alam unversiti/kolej hahaha.

16 MEI 2016, SELAMAT HARI GURU!
jenis jenis cikgu

Apa-apa gelaran dan jenis cikgu pun, mereka tetap guru kita kan :) So, apalagi jom wish selamat hari guru pada insan insan yang telah mendidik dan mengajar kita sehingga ke tahap ini !


jom baca entri hits ni juga: