http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Lelaki Anak Emak...what's the problem?

By 6:42:00 PM , ,

Jom kita definisikan dulu maksud anak emak ni. Maksud anak emak ni ialah anak yang sangat-sangat taat kepada emaknya, tidak mahu berenggang dengan maknya, tak boleh berjauhan dengan maknya, sayang dia kepada emaknya melebihi segala-galanya, sangat menghormati dan menjaga hati emaknya, tidak suka apa-apa pun yang menganggu perasaan emaknya. Iye, memang baik anak emak ni jika kita lihat daripada definisi dia dan memang baik pun in reality. Dalam entri ni saya mahu bincangkan secara spesifik – lelaki anak emak. Pernah jumpa lelaki anak emak dalam hidup anda? Saya tak pernah jumpa face to face tapi pernah nampak. Siapa? Pelakon six packs Shaheizy Sam hehe. Beliau dikenali oleh orang ramai sebagai seorang anak emak dan beliau tidak malu untuk mengakuinya. Isteri Shaheizy Sam, Syatilla pun sudah sedia maklum bahawa Shaheizy Sam ialah anak emak. Dan selain Shaheizy Sam mesti ada ramai punya lah lelaki yang menjadi anak emak dalam kalangan kenalan kita kan. So… what do I think of lelaki anak emak ni?



Lelaki Anak Emak...what's the problem?


Lelaki Anak Emak...what's the problem?
Lelaki anak emak :)
credit photo : mingguanwanita.my
Apa yang ada dalam fikiran saya bila orang mention pasal lelaki yang anak emak ni ialah.. “bukan bagus ke lelaki yang anak emak ni? Dah lah sentiasa berbakti untuk mak dia, buat baik dengan mak dia, sayang mak dia sepenuh jiwa raga.. semua tu benda baik. So, what’s the problem?” Itu lah benda pertama yang come out di dalam fikiran saya bila orang cakap pasal lelaki yang anak emak ni. Tetapi, ada isu yang mengatakan lelaki yang anak emak ini terlalu mementingkan maknya lebih dari segala-galanya. Yelah dah anak mak kan. Orang ada kata lagi..lelaki anak mak ni selalu pentingkan maknya di dalam semua situasi dan keadaan. So, lagi sekali saya nak tanya .. what’s the problem now?

Saya berpendapat lelaki yang anak emak ni ada reason untuk dia berbuat sedemikian rupa. Mereka ada sebab yang munasabah untuk mereka taat kepada emak mereka hingga dilabel sebagai anak emak. Apa reason nya? Mungkin lelaki yang anak emak ni telah nampak kesusahan dan kepayahan emaknya sejak kecil lagi, jadi dia rasa dia sangat bertanggungjawab untuk menjaga emaknya apabila sudah besar. Mungkin juga lelaki anak mak ni merasai pengalaman pahit dan gelap bersama-sama emaknya semasa dia kecil, jadi dia berasa dia sebagai anak lelaki wajib membahagiakan emaknya apabila dia sudah besar. Mungkin lelaki anak mak ni merasakan mak dia telah memberikan full support dan kasih sayang yang tidak terhingga semasa dia kecil jadi dia perlu membalas jasa emaknya apabila sudah besar. So yeahh…what’s the problem with a guy who anak emak?

Bagi saya, mereka yang berbakti, menyayangi dan bertanggungjawab terhadap emak mereka adalah insan yang berjaya di dunia ini, malah tak mustahil berjaya juga di alam akhirat sana. Allah telah berfirman, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Jika ibubapa redha pada kita, maka Allah pun redha pada kita. Kalau kita berbakti pada ibubapa kita, sudah semestinya mereka rasa bahagia justeru merasa reda dengan kita. Bukan kah itu membuatkan Allah reda pada kita?


Lelaki Anak Emak...what's the problem?
orang kata lelaki anak emak ni selalu ada konflik bila sudah berumah tangga
credit photo : iramummysikembar.blogspot.my
Ohhhh saya tahu! Saya tahu mana ‘salah’ dan ‘silap’ lelaki anak mak ni. Mungkin isu lelaki anak mak ni menjadi kurang enak apabila para lelaki anak emak ni terlalu mendengar kata mak mereka, hidup terlalu dikontrol oleh mak mereka, semua keputusan mereka tak boleh buat nak sendiri sebaliknya emak mereka yang decide, semua hal diuruskan oleh emak mereka termasuk hal-hal kecil, hal-hal rumahtangga mereka pun emak mereka hendak masuk campur hingga tiada privasi mereka dan isteri mereka (jika lelaki anak mak sudah berkahwin). Haaa itu lah yang masalahnya. Tapi bukan semua lelaki anak mak yang berperangai over seperti itu kan? Saya takut nak katakan benda tu salah, sebab iyelah kang kalau melawan kata emak kang, derhaka pulak kan. Tapi, saya berpendapat jika semua perkara tersebut dilakukan secara kerap dan berlebihan, ianya sangat tidak baik untuk hidup lelaki anak mak tersebut. Jika ianya masih dalam kadar yang masih okay, okay lah ia.


Nak tak suami yang lelaki anak mak?


Pergh soalan kan gituww. Hahaha. Jika soalan itu ditujukan kepada saya.. Jawapan saya sama lah macam sebentar tadi. Kalau menjadi anak mak yang tidak keterlaluan dan masih boleh diterima, apa salahnya. Lelaki yang anak mak ni orang kata sifatnya…caring, penyayang, bertanggungjawab dan menghormati orang tua. Siapa lah yang taknak suami yang bersifat macam ni kan? Hahahaha.

Okay ini hanya pendapat saya sahaja. Lain orang lain pendapat. Maaf jika ada yang terasa ke apa, sekian :)


baca juga entri hits yang lain:

cara nak tahu lelaki suka perempuan
perempuan kalau ketawa...........lelaki kalau menangis............
definisi sebenar lelaki terletak pada.........

You Might Also Like

1 comments

  1. Situasi yang paling elok anak selesa dengan layanan ibu begitu juga ibu..sederhana..nak jadi ank mak tak salah...asal tidak sampai mengabaikan tanggungjawab lain dan ibu pula biarpun anak itu sangat sayang dan taat padanya jangan diambil kesempatan..in sya Allah semua ok.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.