http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Cara solat sunat hari raya aidilfitri

By 8:11:00 PM , , ,

Lagi 2 hari lebih sikittt kita bakal menyambut Syawal 1437H. Jadi, sebelum saya busy pada hari esok dan lusa, moh le saya share cara sembahyang sunat raya Aidilfitri dan juga beberapa amalan sunat yang diamalkan pagi hari Raya pertama ni. Haaa sebelum pergi solat sunat hari raya aidilfitri, pada pagi tu disunatkan untuk mandi sunat raya. Apa lafaz niat mandi sunat Hari Raya Aidilfitri? Lafaz niat bagi mandi sunat raya aidilfitri ialah : Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Ta'ala. Saya selalu terlupa nak mandi sunat raya ni, padahal malam sebelum tu ingat je. Tapi bila bangun pagi raya dan nak mandi tu tak teringat langsung laaa nak mandi sunat raya. Lepas mandi baru teringat. Lepas mandi jugak laa baru umi ingatkan mandi sunat raya hahaha sabo jele. Jadi, dinasihatkan pesan dekat mak atau mana-mana ahli keluarga untuk ingatkan kita mandi sunat raya pagi raya pertama tu. Hehhe. Disunatkan juga berwangi-wangian, bercantik-cantikkan. Tapi tu semua sunat je. Buat dapat pahala, tak buat tak berdosa. 

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI


lafaz niat solat sunat hari raya aidilfitri
lafaz niat solat sunat hari raya aidilfitri
kredit to : mysumber.com
Lafaz niat sembahyang hari raya aidilfitri:

Ertinya: "Sahaja aku solat/sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala."

Lafaz tasbih: subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallallahuakbar walahaulawalaquwwataillabillahil 'aliyyil 'azim.


TATACARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI


Tak payah azan, tak payah iqamat.

Rakaat pertama:

  • takbir ratulihram (Allahuakbar) sambil niat di dalam hati
  • baca doa iftitah
  • baca takbir 7x diselangi dengan bacaan tasbih
  • baca surah Al-Fatihah
  • baca surah Al-Quran (sunat membaca surah Al-A'la (sabbihismarabbikal a'la...) atau surah Al-Kafirun)
  • meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama


Rakaat kedua:

  • takbir 5x diselangi dengan bacaan tasbih
  • baca surah Al-Fatihah
  • baca surah Al-Quran (sunat membaca surah Al-Ghaasyiyah atau surah Al-Ikhlas)
  • meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  • memberi salam


Ustaz kata... Nak buat solat sunat dua rakaat macam biasa pun boleh. Maksudnya.. Tak payah takbir banyak-banyak pun solat sunat raya sah.

Ustaz kata lagi... Nak solat raya kat rumah pun boleh. Untuk gadis-gadis yang kalau datang ke masjid boleh memabwa fitnah ke...atau mak-mak yang sibuk dengan anak-anak kecil..atau makcik-makcik,nenek-nenek yang berumur, yang tak larat nak pergi masjid..disarankan untuk hanya solat sunat raya di rumah.

Pukul berapa nak pergi masjid untuk menunaikan solat sunat raya aidilfitri? Sebenarnya ikut kawasan/negeri kan. Ada kawasan atau negeri yang solat sunat raya awal. Ada yang lambat sedikit. Hmm berdasarkan pengalaman saya dulu-dulu, pukul8 pagi tu memang dah kena ada kat masjid sebab pernah sekali tu kat kampung Raub, budak-budak lelaki nak dekat pukul 8 macam tu pergi masjid tapi tak sampai beberapa minit dorang dah balik. Dorang kata time dorang sampai kat masjid, semua dah siap solat sunat raya hahaha. Lawak betul.

Tapi ada sesetengah masjid tu agak lambat sikit start solat raya aidilifitri. Pukul 8 lebih pagi macam tu baru start sembahyang raya aidilfitri. So, dinasihatkan pergi awal sikit lah bagi yang berkemampuan. Sebab disunatkan makmum sampai dulu sebelum imam. Lagipun kalau pergi awal sikit, boleh la join jemaah melaungkan takbir. Haa kita takbir-takbir tu pun dapat pahala sunat tau. InshaaAllah.

Lagi satu amalan sunat sebelum solat aidilfitri adalah makan sedikit, buat alas perut. Makan buah kurma kaaa. Makan kuih kaaa. Nak makan rendang pun boleh (adoi sedapnya rendanggg!). Disunatkan untuk makan sebelum pergi solat sunat raya aidilfitri. Terbalik pula kalau solat sunat raya Aidiladha. Disunatkan tidak memakan apa-apa makanan sebelum solat sunat raya Aidiladha. Kalau tak sempat nak makan di rumah, boleh bawa beberapa biji buah tamar atau buah pisang ke..makan di perkarangan masjid. Tapi, kalau betul-betul tak sempat nak makan pun tidak mengapa.

Lagi satu! Lagi satu amalan sunat sebelum sembahyang raya yang mungkin ada yang tak tahu...
Laluan pergi solat raya di masjid dan laluan balik ke rumah dari masjid sebaik-baiknya berbeza. Kalau pergi ke masjid untuk solat raya tadi adalah laluan shortcut, bila pulang dari solat raya tu sebaiknya guna lah laluan panjang. Dan juga sebaliknya.

You Might Also Like

2 comments

  1. Thankyou share. Bukan apa solat sunat raya ni 2 kali setahun mmg kena remind. kalau tak lupa habis. hehe
    Singgah sebelum raya. Ain nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tersalah komen, tersuka komen, tersibuk komen dan banyak lagi ter harap diampunkan :) Selamat pulang ke kampung halaman, Semoga selamat pergi dan balik,
    Pemilik blog theathra.blogspot.my
    Ain Athirah binti Anuar

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir batin juga :D

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.