http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

misi mencari kerja

By 2:28:00 PM , , ,

Dah habis belajar bulan lepas.makanyaaaaa kena cari kerja lah kan. Dah takmo sambung master, makanya kena lah cari jawatan kosong terkini mana-mana bulan Julai punya. Setelah berehat dan menternak lemak time puasa haritu, inilah masanya kena start misi yang satu ni (selain misi menguruskan badan yang hmm bila nak berjaya ni =.= ) iaitu misi mencari kerja. Iye misi mencari kerja! Misi ini telah saya jalankan pada hari......
kelmarin. Ke ..semalam? Hahhahaa.

misi mencari kerja

misi mencari kerja
misi mencari kerja
p/s:moga dipermudahkan :)
Disebabkan saya mengambil ijazah dalam bidang matematik. makanyaa peluang kerjaya tu dalam bidang tu juga la kan. So, kerja such as cikgu, pensyarah, tutor, guru tuisyen, guru ganti dan sewaktu dengannya memang sesuai sangat la dengan bidang saya ni. Kerja kat bank pun boleh apply juga sebab ada kira-kira kan. Tapi kelayakan bank ni more to finance/accounting. Eventhough saya ada ambil 4 semester subjek akaun, tapi still major stsudies saya bukan akaun, so macam tak boleh nak apply juga kan.

Research assistant (RA) pun ada sorang akak blogger ni suruh try minta jugak. Bila ditanya macam mana nak cari jawatan kosong RA ni. Katanya..pergi ke website Universiti tu sendiri dan cari kat situ under penyelidikan. Saya tak try lagi ni. Tapi bakal try ushar nanti.

Semalam ada sorang kawan rapat tu beri screenshot kata ada kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban.. ada tengah cari guru ganti Matematik [siapa berminat, boleh terus ke pejabat sekolah, 067630388]. Memang menarik tawaran ni. Tapi sekolah sains tu semua student lelaki hahaha. So, saya macam tak berani sangat. Bukan takut apa. Takut tak boleh handle hahaha. So..hmmm abi umi suruh apply sebab yela as a experience mengajar kan. Atleast kalau mengajar kejap kat situ ada juga pengalaman mengajar. Tapi..tu lah confidence level nak mengajar kelas yang semuanya lelaki and in fact sekolah lelaki macam ermm ermmm. takpe kot. taknak kot hahaha.

Lepastu.. malam semalam ada juga cari-cari jawatan kosong yang berkaitan bidang Matematik pendidikan kan. Contohnya jobstreet, jobmalaysia.. tapi hmmm ada yang minta syarat kelayakan yang ada experience 1,2 tahun lah. Ada yang 3 tahun lagi. 
Ada yang syarat kena fluent in English & Mandarin lah. Adoiii den dah la tak pernah belajar bahasa Mandarin. Plus, tak fasih mana pun English kan. Setakat menulis English tu boleh la juga. 

Lepastu saya tengok banyak jawatan kosong terkini 2016 punya yang..

1. ada yang sesuai dengan kelayakan saya tapi dah close dateline pulakkk!
2. tak banyak pun kerja kosong yang memerlukan dalam bidang Matematik. Banyak yang Engineering, Accounting, Finance
3. jauh bebeno lokasi nya dari rumah saya. 
4. kerja full time. saya kalau boleh nak part time kot. sebab sambil-sambil tu cuba nak cari peluang kerja tetap yang gaji lebih masyuk & lebih menjamin.

So... as a conclusion..Moh le kita update resume/CV kasik cantik kasi mantop kasik baguih dulu~! Hahahaha. 


List website yang boleh ushar Jawatan Kosong Terkini 2016 bagi semua bidang:

You Might Also Like

7 comments

  1. Salam,maaf yer.boleh tak share sini,peluang kerja.
    Jika rajin silalah masuk url nih.
    toneexcel.biz/139838.




    ReplyDelete
  2. kak cik, try post ad kat mudah.my untuk cari kerja

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sayidah..akak doakan agar awak dapat mencari apa yang awak impikan, insha Allah..anyway, Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin dihulurkan walaupun belum penah bersua wajah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak shikin. amin aminn. terima kasih kak. selamat hari raya juga.maaf zahir batin. semoga kita dapat bersua wajah suatu hari nnt :)

      Delete
  4. Salam kak cik wat la pasal resume plak yunk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. okayy farrel. nnt kakcik buat :D

      Delete
  5. Terima kasih kongsi laman web kami di blog anda kami amat hargai harap kita boleh terus berkerja-sama di masa hadapan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.