http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com Bulan Jun 2016

By 11:57:00 PM , , , ,

Menurun. Drop. Jatuh. Itu lah yang terjadi pada Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com pada bulan lepas, bulan Jun 2016 jika dibandingkan dengan PV UV bulan-bulan sebelumnya. Mana tak nya, entri bulan Jun lagi sikit dari bulan Mei. Bulan Jun bulan busy saya, nak selesaikan thesis hardbound, bulan Jun jugak lah bulan final exam for final semester saya. So bila dah busy sangat dengan study dan hal-hal universiti, otak pun jadi jammed nak buat entri dan semangat nak karang entri pun dah hilang jauh ke mana. Ni dah habis study, so gigih balik la karang entri, naikkan UV bulan Julai ni. Hehehe inshaaAllah. Jom tengok Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com pada bulan lepas kat bawah ni.

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com Bulan Jun 2016


Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com Bulan Jun 2016
Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com Bulan Jun 2016
1 Jun - 30 Jun 2016..
UV hanya 47,524 users sahaja. PV pula seperti biasa lebih banyak dari UV;iaitu 170,055. 
Jika nak dibandingkan dengan bulan Mei, jatuh sikit. Jatuh banyak ribu la jugak. Yela entri bulan Jun 13 entri je, bulan Mei 24 entri. Tu menurun tu. Padan muka kat diri sendiri hahahhaa

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com Bulan Jun 2016
Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisah.com Bulan Mei 2016

Tapi tapiiii! Yang bestnya bounce rate saya menurun hoyeahhh! Waduh waduhh kalau ada yang tak pernah dengar langsung bounce rate tu..boleh baca di SINI.

Bounce rate pada bulan Jun 18.27%, manakala bounce rate pada bulan Mei 18.66%. Bounce rate ni makin menurun makin bagus. Makin rendah, makin hebat. Tapi tak ada lah saya nak kata saya hebat. Bounce rate je rendah, tapi UV PV kena usaha lagi nak bagi tinggi haha.

InshaaAllah saya berazam bulan Julai ni nak naikkan UV dan PV, nak kalahkan bulan Mei punya. Wish me luck! Lagi-lagi secara officialnya 29 Jun 2016 haritu .. adsense saya dah approved! Alhamdulillah. Lagi bertambah semangat la saya hehehe. Mana yang tahu saya frustrated sebelum ni dengan adsense sebab asyik reject dengan adsense, ketahuilah bahawa saya rasakan bagai mimpi jadi kenyataan bila dapat email dari Adsense yang menyatakan permohonan adsense saya diterimaa homai homaiii~ syukur. Sujud syukur den.

Terima kasih pada Abe We dan Abg Feroz yang banyak membantu dalam urusan adsense ni. Sifu-sifu adsense saya dua dua abg ni haha.

Oh nak tahu macam mana Adsense boleh luluskan permohonan saya? Apa yang saya buat? Apa yang saya ubah di website adsense saya? To be continued...

Tunggu entri saya yang seterusnyaaaa ye hehehe. 
Wassalam :)


Baca juga entri :

You Might Also Like

4 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.