http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

soalan soalan famous di hari raya

By 1:10:00 PM

Okayy memandangkan hari ini baru hari keenam kita beraya eid, makanya boleh lagi la nak bincang topik hotzzz tentang raya kan. Saya rasa ramai je yang tahu soalan soalan famous di hari raya aidilfitri ni. Ada yang siap buat gambar quote lagi tentang salah satu soalan femes di hari raya haha.


Soalan soalan famous di hari raya yang sering ditanya


Bagi yang belum kahwin...
1. Bila nak kahwin?

Tak kisah la awak tu dah berpunya ke belum, dah tunang ke belum, single but not available ke.. asalkan awak belum kahwin lagi mesti ada yang bertanyaa. "Bila nak kahwin?" atau "bila lagiii nak kahwinnn?" atau soalan soalan yang sama waktu dengannya. Kalau setakat tanya je okay.. ada juga yang tanya " dah ada ke belum?" , "dah berpunya ke belum?", "dah ada yang berkenan ke dengan siapa-siapa?". Haaa paroh parohhh. Jawab jangan tak jawab.

Bagi yang sudah kahwin dan belum pregnant...
2. Dah ada isi ke belum?

Ohooo. Ni sensitif ni soalan ni. Lagi-lagi pada pasangan suami isteri yang dah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum ada rezeki lagi kan menimang anak. Sakit ohhh kalau orang tanya macam tu. Conclusionnya, kurang-kurangkan la tanya soalan berbaur macam ni sebab tanpa sedar, soalan ni akan memberi pressure+tekanan+stress+runsing pada pasangan tersebut.

Bagi yang sudah kahwin dan dah ada anak....
3. Bila nak tambah lagi sorang(anak)?

Ataupun statement yang ala-ala le arah situ juga tapi indirect contohnya : "sarah nak adik tuuu". Haa soalan ni sensitif la juga kot. Lagi-lagi bagi pasangan suami isteri yang dah ada 2,3 anak kan. Mungkin mereka perlukan masa untuk besarkan sikit anak-anak mereka atau nak berehat dulu ke kan. Apa-apa pun.. anak itu rejeki. Acewahh.

Bagi yang sudah habis belajar.....
4. Dah kerja ke?

Or.."tengah buat apa je sekarang ni?"
Or.."minta kerja kat mana je?"
Or.. dot dot dottt yang mungkin menyakitkan hati lagi soalan tersebut. Soalan ni mungkin tiada masalah bagi mereka yang mungkin baru fresh graduate tapi mungkin boleh jadi pressure sebab yelaa..kau baru fresh graduate tapi orang pressure kau macam kau dah lama grad. Lagi pressure bila orang yang dah habis belajar lama.


Lagi lagii?

You Might Also Like

3 comments

  1. hahaha.. baru sudah menjawab soalan dia atas..

    ReplyDelete
  2. soalan2 macam ni memang femes waktu raya atau bila2 masa ada saudara mara datang bertandang tak kira musim apa. jadi bertabahlah.. kita pun kekadang panas hati disoal macam ini,jadi jawab la dgn molek2 jangan sampai terkasar bahasa . mana tahu time tu mak cik pakcik makcu ke sesiapa ada calon nak tolak ke kita,terus cancel. hahaha

    selamat hari raya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gituwwww. baek punya cadangan kekekkee.

      selamat hari raya juga! :D

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.