http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Benarkah Simbol Peace Bermaksud Anak Syaitan?-Ustaz Azhar Idrus

By 12:08:00 PM , , ,

Dulu ada pernah terima satu Viral tentang simbol Peace. Yang menyatakan.. gaya Peace ni tak boleh kita buat dan guna pakai kerana ianya membawa maksud yang tak baik, yang membawa maksud anak syaitan. Ramai yang percaya dengan Viral ni. Tapi ada juga yang tak percaya. Saya pula bila dapat tahu tentang Viral tersebut melalui Whatsapp, saya tidak mempercayainya 100%. Saya hanya ragu-ragu eh betul ke tidak. Sahih ke tidak maklumat tu. Boleh percaya ke tidak orang duk kata simbol peace membawa makna anak syaitan. Saya di pertengahan. Di antara percaya atau tidak. Tapi kekadang saya buat juga la gaya peace bila bergambar kan sebab dah terbiasa haha. Dannn Alhamdulillah pada suatu hari (time awal-awal hari raya haritu) terjawab la sudah persoalan dan keraguan saya selama ni. Saya terjumpa satu video kat YouTube yang berjudul "benarkah simbol peace bermaksud anak syaitan?-Ustaz Azhar Idrus". 

Benarkah Simbol Peace Bermaksud Anak Syaitan?


Benarkah Simbol Peace Bermaksud Anak Syaitan?-Ustaz Azhar Idrus
Benarkah Simbol Peace Bermaksud Anak Syaitan?-Ustaz Azhar Idrus
Soalan : Benarkah buat 'Peace' (simbol peace di tangan) maknanya Syaitan/anak Syaitan?

Jawapan : 

Le ni (sekarang ni) banyak sangat benda-benda mengarut yang dibuat untuk membenarkan perkataan sendiri. Kalau buat tangan gini..setan. Buat gini setan. Dulu..baca al-fatihah bacaan setan. Habis setan belaka. Nak mengaji sungguh macam jadi ulama-ulama payah. Jangan duk reka hok baru.

Tak salah. Peace(tanda peace) satu isyarat sahaja yang diterima pakai bukan untuk budaya dah, bukan untuk agama diterima pakai. Dia isyarat-isyarat orang bisu, isyarat-isyarat yang difaham seluruh dunia. 

Kalau buat gaya ni (telunjuk tangan di mulut) orang faham. Apa maknanya? Diam.
Kalau buat gini (gaya best)? Maksudnya bagus.
Kalau buat gaya gini (love gaya korea)? Haa ni mesti semua orang faham. Semua dunia pakai.
Begitu juga dengan buat peace. Maknanya kedamaian. Kita tengok umat Islam di Syria buat gitu (buat gaya peace) maksudnya takmo berperang dah,jangan berperang dah.

Info UAI :

1. Gaya peace bermaksud kedamaian, keamanan.

Benarkah Simbol Peace Bermaksud Anak Syaitan?-Ustaz Azhar Idrus
Peace - damai/aman
2. Gaya peace terbalik bermaksud poligami. Kekekeke (ni UAI gurau-gurau je >.<)

Benarkah Simbol Peace Bermaksud Anak Syaitan?-Ustaz Azhar Idrus
Peace terbalik - poligami 
3. Gaya peace terbalik & setengah maksudnya kemaluan wanita (faraj). Haram membuat simbol ini. 

Benarkah Simbol Peace Bermaksud Anak Syaitan?-Ustaz Azhar Idrus
Peace setengah - faraj

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=DuiLTB8npj0


Baca juga entri:

You Might Also Like

9 comments

  1. Alhamdulillah jelas.terima kasih berkongsi ya :)

    ReplyDelete
  2. ucing singgah sini (>.<) peace.

    ReplyDelete
  3. okay, yg no 3 tu akak tak tau...anyway thanks tau share ni...

    ReplyDelete
  4. kan?/buat gaya apa pun semua setan..hehhe..rajin sangat puak2 ni buat tafsiran sendiri..

    ReplyDelete
  5. hahaha..item no 2 tu..betul ke? maksudnya nak nikah 2 ke? hehehehe

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  6. Tq kongsi info dik...

    Slm perkenalan dr kak eila

    Meh sggah blog hakak
    http://byummufayyadh.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.