http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

jenis yang suka ulang lagu favourite juta kali

By 6:32:00 PM

jenis yang suka ulang lagu favourite juta kali


Walaupun tak ada orang tanya kan. Tapi nak juga cerita haha.

Saya jenis yang suka dengar muzik. Suka dengar lagu. Suka ikut nyanyi sama (tapi tak suka karaoke haha). Saya minat dengan macam-macam genre muzik. Campur-campur. Balada ke, pop ke, pop rock ke, hip hop ke. Nasyid, KPOP, lagu jenis rancak, lagu jenis slow.. kebanyakannya semua ni taste saya. Saya suka juga dengar muzik piano. Tenang je rasa. Terbuai-buai perasaan kejap kalau dengar lagu cover by piano. Baru-baru ni saya minat dengan muzik piano cover by Smyang Piano. Boleh search kat YouTube. Best sesangat!

jenis yang suka ulang lagu favourite juta kali
jenis yang suka ulang lagu favourite juta kali
credit foto: tumblr.com
Dan lagi satu habit saya. Saya jenis yang suka duk ulang lagu yang saya suka banyak-banyak-banyak-banyak kali dalam satu masa tu. Contohnya sekarang ni, pada saat saya tengah taip entri ni.. saya sedang dengar lagu Sorry-Justin Bieber. Saya duk repeat je lagu ni dari tadi. Tak tukar-tukar lagu lain. Sebab saya tengah syok dengar lagu ni hahaha. Tu tak kira lagi berapa kali saya dengar lagu ni time lagu ni baru mula-mula keluar di YouTube. Sampai .. satu hari tu saya duk ulang lagu ni je. Sampai boleh hafal hampir keseluruhan lagu ni hahaha.

Macam haritu, Maher Zain baru keluarkan lagu-lagu baru beliau di YouTube. Lagu-lagu Maher Zain yang baru boleh tahan best best semua : lagu by my side, let it go, i'm alive, jannah, good day, close to you, true love dan ummati. Saya dengar semua lagu ni banyak-banyak kali. Repeat and repeat and repeat over and over again. Sampaikan..kalau orang dengar mesti orang annoying sebab asyik lagu yang sama je hahaha. Banyak kali tu kan sampai hampir semua lirik lagu ni saya dah hafal sebab dah banyak kali duk dengar.  

Macam haritu juga, saya dah melekat syok dengan satu kumpulan lelaki Korea ni : BTS (Bangtan Sonyeondan). So, saya dengar lagu-lagu lama dan baru dorang for many times: save me, bapsae, i need u, boy in luv, converse high, butterfly, let me know, tomorrow, cypher, born singer. Sampai ada saya dah hafal perkataan Korea dalam lagu tu tanpa tengok lirik dia pun hahaha.

Oh, lagu Melayu saya kurang layan sikit sebab saya tak ikut perkembangan sangat lagu Melayu. Kecuali lagu tu memang betul-betul popular atau lagu tu saya terdengar kat Radio ke atau lagu tu penyanyi favourite saya (contohnya Najwa Latif, Shila Amzah) nyanyi ke.. haaa baru saya layan. Macam lagu baru (hmm baru ke?) Shila Amzah feat Alif Satar - Selamanya Cinta sedap juga bila dengar banyak-banyak kali. See? Banyak-banyak kali lagi juga saya repeat hahaha.

Kebanyakannya, saya akan dengar lagu Inggeris. Tak kisah la lagu nasyid dalam bahasa Inggeris ke (contohnya Maher Zain, Raef, Mo Sabri dan Harris J) atau lagu penyanyi omputih.. memang saya layan. Kalau lagu tu menarik perhatian saya atau melodi muzik dia kena dengan taste saya.. saya akan dengar banyak kali. Sampai saya jemu. Tapi biasanya kali ke seratus ulang pun belum tentu jemu lagi haha. Tapi, kena hati-hati juga la dengan lagu omputih ni. Kekadang muzik artis omputih ni boleh tahan sengal dia hahaha. Ada word yang tak sesuai dengan budak bawah 18tahun & ada word double meaning. 

jenis yang suka ulang lagu favourite juta kali
credit foto: picwallart.com
Tapi.. dari pandangan saya, benefit yang saya dapat dari saya dengar lagu Inggeris banyak-banyak kali tu.. saya rasa skill English saya sedikit improve. Sebab?

1. Bila ada word English yang saya tak faham, saya search maksud dia. 
So, I know the new words in English with its meaning and learn new vocabulary.
2. Saya try nyanyi sekali ikut bait-bait lirik lagu Bahasa Inggeris tu. 
So, I learn to speak English smoothly.
3. Bila saya betul-betul minat lagu tu, saya akan search lirik dia dan dengar sebutan dia macam mana. 
So, I know how to pronounce the words correctly.

Makanya, dari situ.. sedikit sebanyak beri faedah dan kebaikan juga kat saya. Bagi saya, selain daripada tengok Running Man & drama korea yang subtitle nya dalam bahasa Inggeris.. penyumbang kepada saya semakin mahir dengan bahasa Inggeris adalah dengar lagu bahasa Inggeris dan cuba faham lirik tu. Yelaa nak harapkan terror bahasa Inggeris melalui baca novel BI dan baca surat khabar Inggeris, memang saya tak laa haha. Pernah try baca novel BI, tapi umphhh setahun pun tak habis lagi haha.

Okay tu je. Perangai saya yang jenis suka ulang lagu banyak kali memang roomate saya time duk kolej kat UPM memang dah tahu. Hahaha. Saya tahu bukan saya sorang je jenis yang macam ni. Mesti ada juga antara korang yang sama spesis dengan saya kan? Hehehe baik ngaku cepat. Okayyy daaa~

p/s: sekarang ni, di akhir entri ni pun saya still dengar lagu Justin Bieber-Sorry lagi hahahaha. kbai.

Wassalam :)

jenis yang suka ulang lagu favourite juta kali
credit foto : geniusquotes.org

You Might Also Like

4 comments

  1. Ena dulu seorang lemah English. Tapi sejak mula suka dengar lagu English, banyak term2 baru ena jumpa dan sedikit sebanyak meningkatkan kefahaman ena dalam bhs English. I love music.

    ReplyDelete
  2. Saya kalau betul2 fall in love dgn lagu tu baru diulang-ulang. Tapi few songs je la kot setakat yg sy ingat

    ReplyDelete
  3. Samalah.. kalau suka dengar lagu tu, memang akan ulang sampai muntah.. hehe

    Btw, kadang pronounciation dalam lagu tak berapa nak tepat sangat sebab deme nak match kan dengan music deme.. anyway, it's a good effort... ^_^

    ReplyDelete
  4. kita la tu yg jenis ulang lagu bnyak kali smpai bosan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.