http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

ROTI HANGIT

By 11:14:00 PM , , ,

KISAH ROTI HANGIT

ROTI HANGIT
kisah roti hangit
credit foto: babab.net
Seorang anak menceritakan:

Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.

Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku.

"Sayang... jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit."

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit.

Ayahku merangkul aku ke dadanya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:

"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.

Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.

Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya.

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati."

Sumber: whatsapp.

You Might Also Like

4 comments

  1. sungguh mendalam maksud roti hangit..deep sangat.

    ReplyDelete
  2. cerita dalam dunia sebenar, susah nak jumpa mereka yang semacam ni, kalau ada pun, mungkin sedikit. bila dapat roti yang hangit macam tu, ditambah pula dengan diri yang sedang lapar, mulalah macam-macam boleh jadi. atau mungkin, si ibu buang sahaja roti tu, dan ajak suami dan anaknya makan luar.

    pernah dengar, makan benda hangit ni, boleh bawak pada sakit kanser, sama macam makan sate. hahahahaha.

    yang sebenarnya, fokus pada intipati ayat yang nak disampaikan, tapi pergi fokus pada roti hangit pulak! hahahaha

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  3. Allah.. Tersentuh hati..
    maksud yang mendalam..
    mengingatkan pada kekhilafan sebelum ini..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.