http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

sahabat seperti air

By 10:23:00 PM , ,

sahabat seperti air


sahabat seperti air
sahabat seperti air
Dahaga.. cari air
Mandi.. cari air
Masak.. cari air

Kenapa tidak kita contohi air?
dicincang tiada putus,
dibakar tiada hangus,
dimana duduk ikut acuan,
mengalir ikut arus,
ikut hukum Allah,
ikut aliran,
tiada mudik ke hulu,
tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah,
nampak lemah,
nampak cair,
api marak.. airlah pemadam,
pokok layu.. airlah disiram.

Berlembutlah seperti air,
berjuanglah seperti air,
lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
akhirnya berlubang jua si batu..
biar hati seperti air,
biar sejuk biar tenang,
tampak lembut, tampak cair.

Kemenangan tetap milik air,
jangan keras seperti batu,
keras dan kaku,
terhempas pecah berderai,
pecah bersepai.

Berjuanglah seperti air,
dicincang tiada putus,
dibakar tiada hangus.

Sahabat juga macam air.


Dipetik dari FB YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.