Senarai Biasiswa/Penajaan Terkini 2016/2017 - sayidahnapisahdotcom Senarai Biasiswa/Penajaan Terkini 2016/2017
LightBlog

Senarai Biasiswa/Penajaan Terkini 2016/2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Hmm.. Sekarang ni boleh dikatakan ada 4 musim untuk para pelajar. Pertama, musim persediaan pelajar untuk masuk ke Kolej/Politeknik/Universiti. Kedua, musim mengurus penawaran biasiswa bagi pelajar yang dah dapat tawaran biasiswa. Ketiga, musim mencari biasiswa bagi pelajar yang belum mendapat atau meminta mana-mana biasiswa. Keempat, musim mencari kerja bagi pelajar yang baru sahaja habis belajar. Haaaaa yang keempat ni saya lah hahahahaha. Okay okay kayyyy. Entri ni untuk musim yang ketiga tu. Entri ni adalah khasss untuk pelajar yang masih belum mendapat biasiswa atau yang sedang mencari mana-mana biasiswa yang bersesuaian. So, here is.. SENARAI BIASISWA/PENAJAAN TERKINI 2016/2017. Check it out!

Senarai Biasiswa/Penajaan Terkini 2016/2017

Senarai Biasiswa/Penajaan Terkini 2016/2017
Senarai Biasiswa/Penajaan Terkini 2016/2017
credit foto : dearyayien.blogspot.com
1. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia)

Biasiswa ni dibuka tawaran sekali setahun sahaja. Dalam bulan Mei macam tu biasanya dibuka permohonan. Dan biasanya seminggu je pihak JPA bagi peluang untuk pelajar grab peluang ni. So, bagi sesiapa yang nak apply biasiswa JPA ni memang kena alert la dengan tarikh pembukaan permohonan di laman web official JPA : esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php. Kena sentiasa update dekat situ. Sentiasa check ada berita-berita terkini tentang biasiswa under JPA kat situ. 

Pada bulan Mei 2016 yang lepas, dah tutup dah tawaran biasiswa JPA ni. Sekarang sedang proses penerimaan/penolakan penawaran JPA je. Tapi kalau untuk permohonan, memang dah closed.

Boleh buat rayuan ke tak untuk memohon biasiswa JPA? 
Saya pun tak tahu boleh ke tak buat rayuan dan bila masa nya fasa rayuan dibuka. Jika mahu maklumat lanjut tentang biasiswa JPA, boleh hubungi talian JPA.

2. MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Bila masa permohonan biasiswa MARA dibuka masih lagi menjadi tanda tanya. Saya dah check beberapa laman web yang update tentang biasiswa-biasiswa terkini 2016, mereka beritahu bahawa tawaran biasiswa MARA masib belum dibuka dan tak tahu bila akan dibuka. So, pelajar-pelajar semua sila alert dengan berita pembukaan permohonan online pihak MARA pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh update info-info terkini tentang biasiswa MARA di eduloan.mara.gov.my/maintenance.aspx atau www.mara.gov.my/.

Sementara waktu ni, dimaklumkan bahawa permohonan pinjaman pelajaran melalui Sistem Eduloan masih belum dibuka & sebarang makluman terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA.


Lastly, jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang penajaan biasiswa MARA ni, boleh berhubung dengan Unit Penajaan Program Khas MARA di 03-2613 2032 / 2037 / 2072 / 2063 / 2009 / 2085 / 2110 / 2004.

3. YTN(Yayasan Tenaga Nasional)

Permohonan biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) YTN telah dibuka 1-9 Jun 2016 lepas. Pengambilan diambil pada bulan Jun yang lepas. So, pelajar-pelajar sekalian sila alert biasiswa YTN ni pada tahun depan, 2017. Mungkin biasanya dibuka pada sekitar bulan Jun. Anda boleh sentiasa update sebarang maklumat, pengumuman dan semakan biasiswa YTN ni di ytn.tnb.com.my/sam/ atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8924 7500. 

Biasiswa YTN diberi keutamaan kepada pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan dan Pengajian Bisnes.

4. YTM (Yayasan Telekom Malaysia)

Malangnya, permohonan online dan manual biasiswa YTM juga telah ditutup. Tarikh tutup adalah 14 Mac 2016 yang lepas. Pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi/Asasi boleh la apply Biasiswa YTM ni untuk tahun depan nanti. Mungkin dibuka biasiswa YTM ni pada waktu yang sama iaitu bulan Mac 2017. So, seperti biasa kena sentiasa alert dengan pengumuman penting di website scholarship YTM.

5. Biasiwa Pinjaman Negeri/Yayasan

Okay memandangkan biasiswa-biasiswa yang utama seperti JPA, YTN dan YTM sudah ditutup permohonannya & MARA yang masih tak tahu bila dibuka permohonannya, so anda boleh cuba cari available biasiswa pinjaman Negeri/Yayasan 2016 di www.biasiswakini.com atau di www.biasiswa.info/blog/. Di sini ada banyak update maklumat baru dan terkini tentang biasiswa yang terdapat di Malaysia dan juga luar Negara. Malahan saya tengok haritu, ada banyak tawaran permohonan biasiswa yang sedang dibuka di situ dan ada yang fresh-fresh lagi. So, sila grab peluang anda for those who yang masih lagi memburu biasiswa dan pinjaman bagi mengurangkan beban tanggungan pembelajaran di Alam Kolej/Universiti/Diploma.

That's all!

Itu sahaja sedikit sebanyak perkongsian tentang Biasiswa-biasiswa yang terdapat di Malaysia dan luar Negara. Harap-harap membantu pada anda anda anda anda (100x) yang memerlukan. 

Goodluck! Kalau dah dapat biasiswa tu, uruskan betul-betul naaaa. Jangan bazirkan pada benda yang bukan keutamaan (priority). Simpan sikit untuk akan datang. Jangan nak menjoli jeee macam hakak Sayidah ni hahahhaa.

Daaa~wassalam.


Baca juga entri:

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p