Terpesong Sedikit Arah Kiblat Ketika Solat..Boleh Ke? - sayidahnapisahdotcom Terpesong Sedikit Arah Kiblat Ketika Solat..Boleh Ke?
LightBlog

Terpesong Sedikit Arah Kiblat Ketika Solat..Boleh Ke?

Assalamualaikum! Ketika solat, kekadang kita tak boleh nak statik satu tempat je. Kekadang tu sejadah kita sampai senget benget lepas solat selesai haha. Kekadang kita rasa dada kita tak tetap pada satu arah saja. Maknanya.. arah kiblat kita juga akan terpesong sedikit la kan. Sikitttttt la. Takde la banyak. So.. Sah tak solat kita kalau terjadi situasi begitu? Yelaaa.. kekadang kan kita bangun berdiri dari sujud tu terrrrrpijak telekung, lepastu nak betulkan kain telekung mesti lah kita akan bergerak sedikit kan. Kekadang juga kita bangun dari sujud nak ke tahiyat akhir, mesti arah qiblat kita (arah dada) tergerak ke kanan sikit atau ke kiri sikit. Kekadang kita nak rapatkan saf mestilah memerlukan pergerakan yang kemungkinan besar arah kiblat kita akan berubah sedikit. Haaa so macam mana? Boleh ke tidak dimaafkan jika terpesong sedikit arah kiblat ketika solat? Sah ke tidak sembahyang kita? Kena solat balik ke?

Terpesong Sedikit Arah Kiblat Ketika Solat..Boleh Ke? - Ustaz Azhar Idrus

Terpesong Sedikit Arah Kiblat Ketika Solat..Boleh Ke?
boleh atau tidak..terpesong sedikit arah kiblat ketika solat?credit foto: waverunnersfastpitch.net
Soalan : Semasa saya sembahyang, saya sedar saya senget terpesong sikit kiblat. Batal ke dop (batal ke tidak)?

Jawapan : Sikit tak batal. Dimaafkan pada Syara'. Yang tak maafnya banyak (banyak pesong jadi batal). Contohnya: kiblat di utara, tetapi solat ke selatan. Tetapi jika kiblat senget sikit dari yang sebetulnya..dimaafkan pada syarak, takde masalah. Sebab apa? Sebab kita semua ni duduk dalam keadaan isytihad belaka. Tidak tepat sebenar-benarnya tepat sebagaimana kita sembahyang nampak Kaabah. Jadi, senget sikit tiada masalah.


Semoga bermanfaat! Wassalam :)


Baca juga entri:

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p