http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Ular masuk dalam rumah, nak buat apa?

By 3:14:00 PM , ,

Ular tak pernah masuk dalam rumah saya (Alhamdulilllllahhhh~ >.<). Mungkin sebab saya tinggal di rumah flat dan berada di Tingkat atas. So..kalau ada ular masuk dalam rumah saya ni memang pelik lah kan ..tapi tak mustahil lah kan.. tapi nauzubillahi min zalik lah hehe. Ular ni memang spesis yang bahaya jika ianya spesis yang berbisa. Boleh melumpuhkan manusia. Boleh juga membawa maut. Then, ular hitam sering dikaitkan dengan 'benda ghaib'. Orang kata kalau kita bermimpi ular hitam, maksudnya kita sedang diganggu Jin. Orang juga kata kalau ular hitam masuk dalam rumah kita, berkemungkinan ular hitam itu adalah Jin sebenarnya. Dan ada caranya untuk handle situasi di mana ular masuk dalam rumah. Ustaz Azhar Idrus ada terangkan caranya bagaimana. (tapi kalau saya dalam situasi sebegitu rupa..memang saya tak fikir apa dah..terus lari panggil orang hahahaha kbai)

Ular masuk dalam rumah, nak buat apa? - Ustaz Azhar Idrus

ular masuk dalam rumah
credit foto : plus.google.com
Kalau ular masuk dalam rumah, nak buat apa?


Jawapan : 

Nabi pesan kat kita..kalau ular masuk dalam rumah, maksudnya di antara tiga (3):
1. Ular betul
2. Jin kafir
3. Jin Islam

Bila mung(kamu) masuk dalam rumah ada ular, jangan tetak dulu.melainkan mung suruh dia keluar 3 kali.

"Hey ular.. tubik(keluar)lah. Jangan duduk dalam rumah aku. Balik cepat."

Tak kisah la nak cakap macam mana pun. Yang penting suruh tubik. Orang putih (cakap omputeh) pun boleh.

"Mr. Snake! Get out from my house!"
(kekekeke)

Kalau dia(ular) Jin Islam, dia keluar. Dia akan keluar.
Kalau Jin kafir, dia ada pilih sama ada keluar atau tak keluar. Kalau dia tak keluar, mung tetak mampuih(tetak ular tu)..dia padam dah (maksudnya hilang kot). 
Yang ketiga ular betul

Jadi.. Nabi suruh kita cakap (cakap seperti tadi).

Dan..Kalau ular betul pun. Kalau Allah izin, dia faham. Dia akan tubik juga kalau kita cakap. Tak kira bahasa apa pun, dia akan faham. (jika diizinkan Allah, ular akan faham bahasa kita)



Baca juga entri:

You Might Also Like

4 comments

  1. kalau saya, taktahu la sempat suruh dia keluar dulu atau saya lari dulu :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. bila ular masuk rumah, perkara pertama adalah selfie! kemudian post dalam insta dan fb dengan ayat "tolong!! ular masuk rumah saya!! nak buat apa ni!!" ha, cam gitu..hahahaha.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  3. huhu. sy xtau nak buat apa. sbb mmg geli dgn binatang kulit mcm tu.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.