aku ada satu impian baru

by - September 27, 2016
Semua orang ada impian, semua orang ada benda yang diimpikan dalam hidup dia. Kadang-kadang tu ada banyak sangat impian, sampai penuh satu mukasurat list impian yang ingin dikecapi haha. Oh, impian dengan cita-cita lain ke..sama maksud dia? Berdasarkan pengetahuan saya, definisi impian dan cita-cita ni lain. Cita-cita ni adalah apa yang kita nak jadi pada masa akan datang. Impian pula adalah sesuatu yang kita nak achieve atau dapatkan pada suatu hari nanti. Contohnya, cita-cita saya ialah menjadi seorang guru yang berkaliber dan disayangi oleh anak muridnya. Impian saya pula adalah dapat pergi menunaikan haji di Mekah pada suatu hari nanti. Haaa kan berbeza tu hehe.

aku ada satu impian baru


aku ada satu impian baru
aku ada satu impian baru
Walaupun takde orang tanya, tapi nak cerita juga satu impian baru saya haha.

Untuk pengetahuan semua, saya akan bermula menjadi tutor minggu ni di rumah saya di Sikamat, Seremban. Mengajar student PT3 subjek Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab pada pagi Sabtu dan Ahad. Selain itu, saya ajar budak Tingkatan 4 Addmaths pada waktu malam weekdays. 

So, impian baru saya adalah saya nak mengajar pelajar-pelajar tutor saya dengan bersungguh-sungguh kemudian, mereka terima dan faham apa yang saya ajarkan kepada mereka. Kemudian, mereka dapat jawab peperiksaan dengan baik. Dan akhirnya semuaaa student under kelas tutor saya mendapat keputusan yang cemerlang!

AMIN....

Itu lah impian saya yang ke...hmmm berapa ntah haha. Saya harap impian saya menjadi kenyataan. Sebab saya nak sangat bantu pelajar-pelajar luar sana cemerlang dalam pelajaran/peperiksaan terutamanya dalam subjek Matematik/Matematik Tambahan. 

Jadi... 

wish me luck! Saya pun nervous ni nak ajar student hahaha. Doakan saya dapat buat yang terbaik ye! :)

You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p