http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

best dan tak best jadi anak bongsu

By 12:18:00 PM

Anak bongsu biasa dilabel sebagai manja, manja, manja dan hmmm manja hahahaha. Betul ke dak anak bongsu macam tu? Mestilah betul. Anak bongsu kottt haha. Dah la manja..comel pulak tu. Errkk terpuji diri sendiri pula. Okay wake up sayidah! 

Okay okay... Saya Sayidah. Anak bongsu dari lima beradik. Ada dua kakak, dua abang. Sebenarnya kalau nak diikutkan saya bukan lah anak bongsu tapi disebabkan adik lelaki saya meninggal ketika masih dalam kandungan umi. So, here I am! Being the youngest in the family.

Kekadang saya cemburu tengok orang lain ada adik. Ada kawan nak jadi geng dalam keluarga. 
Tapi kekadang bersyukur juga tak ada adik. Sebab banyak karenah je nak dilayan kalau ada adik ni. Tapi yang tentu, kalau saya ada adik, mesti saya jadi kakak yang baik dan comel. Eh hahahah.

best dan tak best jadi anak bongsu
best dan tak best jadi anak bongsu
gambar hiasan semata. credit foto: emgn.com
Selama 23 tahun menjadi anak bongsu ni, hmm let me tell you apa yang best dan tak best jadi anak bongsu ni (from my experience). 

Yang bestnya..

Pertama... dapat duit raya dari kakak abang yang dah kerja! Hahaha ni heaven. Kekadang tu time raya.. penyumbang duit raya terbesar adalah adik beradik saya sendiri. Yela masing-masing dah kerja. Lepastu, 2 kakak dan 1 abang dah kahwin. So, abang ipar dan kakak ipar saya pun bagi saya duit raya sebab saya tak kerja lagi. Perghhhhh.. tak ke bila kumpul-kumpul duit raya dari mereka.. dah jadi beratus ringgit? KEKEKEKE yeahoo boleh la buat duit poket sikit. 

Kedua... they (my kakaks and abangs) always be my strongest supporter. Kalau saya ada masalah, mereka tolong. Kalau saya kekadang kekurangan duit, mereka bantu mana yang mereka mampu. Kalau saya dalam kesusahan, mereka nasihat saya. Kalau saya dalam kesedihan, mereka beri kekuatan. Kalau saya buat salah, mereka tegur. By the way, that's the function of siblings right? Disebabkan mereka ni jenis yang sporting dan agak terbuka, saya suka nak share things dengan mereka yang saya tak boleh nak share dengan umi abi. 

Next.. lebih dimanjai. Kekadang keluar dengan akak atau abang, mereka belanja makan. Kekadang pergi mall ke, mereka tanya ada nak beli apa-apa ke. Kekadang pergi kedai baju, mereka belanja baju. Kekadang tak ada kasut, mereka belikan kasut. Kekadang kalau saya tak ada duit nak beli topup (lagi-lagi sekarang ni saya tengah jadi penganggur yang berjaya=.=), minta tolong mereka topup kan, mereka topup kan. Umi abi pula lebih manja kan saya dari yang lain-lain ..kot haha. Sebab saya bongsu dan tak kahwin lagi. So, dengan saya la umi abi nak bermanja-manja lebih. Lagi-lagi saya seorang je yang duduk kat rumah sekarang.

Keempat.. inspirasi dan role model. Which is my kakaks dan abangs. In some aspect and view, saya selalu kagum dengan mereka. Dengan kerjaya mereka. Kesungguhan mereka. Kewibawaan mereka handle family masing-masing. Kekuatan mereka dalam menjalani hidup mereka. So, daripada situ, saya ambil kebaikan mereka menjadi suatu kebaikan yang saya cuba tanamkan juga dalam diri saya. Tetapi, yang buruk mereka idok le saya ikut. Apa orang kata tu.. yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan tauladan.

best dan tak best jadi anak bongsu
best dan tak best jadi anak bongsu
Yang tak bestnya..

Dikongkong oleh umi abi lebih dari adik beradik yang lain? Hahaha. Disebabkan saya anak bongsu kan, so protection dari my parents sangat strong. Tapi guna word kongkong macam kejam pula kan. Guna perkataan over protection pun macam kejam. So nak guna perkataan apa yang sesuai ni ye? 
Anak bongsu lebih 'disayangi' ? Haa memang 'sayang' benau sampai nak keluar rumah dengan kawan-kawan pun susah nak kasi hahahaha. Tapi itulah life seorang anak bongsu

Kedua.. selalu kena buli =.= Lagi-lagi dengan abangs. Memang kerja nak buli saja adik bongsu yang comel ni tau. Dikatanya saya dinasour la =.= gergasi la =.= (sebab badan saya chubby). Lepastu, kalau nak buat apa-apa, biasanya mesti disuruh adik bongsu. "kakcik, ambik tu" "kakcik, ambik ni" "kakcik basuh pinggan" "kakcik pergi buat kerja ni" "kakcik buat ni". Bunyi macam kejam je selalu kena buat kerja kan, tapi memang tu lah hakikatnya haha. Tapi alaa setakat buat yang senang-senang, takde hal lah.

Next.. tak ada geng. Umi geng dengan abi. Kakak pertama geng dengan kakak kedua. Abang pertama dengan abang kedua. Den? Tak ada siapa nak geng dengan sayaa huwaaa *menangis tepi bucu katil. Hahaha. 

Tapi tu mungkin dulu la. Sekarang ni bila adikberadik semua dah besar-besar, masing-masing ada yang dah kahwin.. so, kira geng sama rata lah. Tapi still la kekadang rasa ada gap tu. Kakak pertama dengan yang kedua dah kahwin and dah ada anak. So, bila jumpa cerita tentang anak-anak lah. 

Abang pertama dan kedua suka game (Dota, dan sebagainya) dan suka bola. So, mereka kalau jumpa boleh la borak-borak pasal minat mereka yang sama. 

So, saya..... main je la dengan anak-anak buah hahahaha. Tapi apa apa pun, bahagia la dah ada 6 anak buah yang comel-comel kekeke.

best dan tak best jadi anak bongsu
best dan tak best jadi anak bongsu
Hmm.. tu je kot. Alaa kesimpulan sebenarnya ...

best jadi anak bongsu ni lebih dari tak bestnya. :)

You Might Also Like

5 comments

  1. SERONOK BANYAKKK jadi anak bongsu kan.. hihi

    ReplyDelete
  2. agree! :D sy pun bongsu jugakkkk. dan rasanya kalau sy ada adik, habis spoil adik tu sy buat. haha dapat rasa sy akan jadi kakak yg memanjakan kalau ada adik. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Tak berapa best sebenarnya, saya anak bongsu dari 7 beradik. Kalau abg atau kakak buat sesuatu biasanya LEPAS!, SAYA buat mesti sangkut. Contohnya nak masuk pengakap mak tak bagi, nak kerja jauh-jauh ayah tak bagi. nak jadi askar @ polis, lagi adik beradik tak bagi, tak badan muka calar-balar kena ragging. Nak duk hostel pun tak boleh.
    Jadi duklah kat rumah, tapi nak lepas senang je, belajar pepandai masuk Ipt, ha ha ha lepas tu kerja, dapatlah bebas. setelah dekat 20 thn teperap kat rumah.

    ReplyDelete
  4. saya anak tengah-tengah, terkepit, tersepit. hahahaha..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.