http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Cara Melegakan Dan Merawat Sakit Gigi

By 11:37:00 AM , ,

Siapa pernah mengalami situasi salah satu ni - sakit gigi sampai menangis-nangis, sakit gigi sampai rasa nak hentak-hentak kepala, sakit gigi sampai tak boleh nak buat apa? Kalau ada, tahniah sebab anda dah melepasinya. Kalau sesiapa yang sedang mengalaminya, harap bertabah. Kalau siapa yang belum mengalaminya (contohnya saya), siap sedia la pada hari yang mendatang mungkin anda akan kena hahaha. Banyak jenis tau sakit gigi ni. Sakit gigi geraham atas lah, sakit gigi bengkak lah, sakit gigi berlubang lah, sakit gigi geraham belakang lah, sakit gigi geraham bawah lah, sakit gigi saat hamil pun ada juga ye?  Okay .. bila sakit gigi biasanya korang buat apa untuk legakan? Korang just tahan je kesakitan tu? Atau jenis yang memang kebal sekebal-kebalnya just ignore sakit gigi tu? Atau tak tahan then terus pergi klinik minta ubat? Atau ada tips dan cara melegakan dan merawat sakit gigi yang diamalkan sendiri di rumah?

Cara Melegakan Dan Merawat Sakit Gigi


Cara Melegakan Dan Merawat Sakit Gigi
Cara Melegakan Dan Merawat Sakit Gigi

5 Cara Melegakan dan Merawat Sakit Gigi


5 tips melegakan sakit gigi dan seterusnya menyembuhkan sakit gigi ni (inshaaAllah) kawan saya yang beri. Sebab dia dan keluarga dia pernah amalkan ketika mereka sakit gigi. So, kalau nak cuba boleh lah.

1. Tempek daun bunga raya putih (first time saya dengar sebenarnya haha)
2. Kumur air garam (sila tahan kepedihan ketika buat cara no.2 ni ye haha)
3. Makan ubat homeopati
4. Tak makan makanan yang buat badan kita panas such as bihun, daging & lain lain.
5. Tuam dengan ais batu

Last solution: pergi klinik jumpa doktor.

Cara Melegakan Dan Merawat Sakit Gigi
daun bunga raya putih
credit foto: ciksitiwankembang.com
Mungkin ada yang pernah buat cara-cara di atas ketika mengalami sakit gigi kan. So, macam mana? Berkesan tak? :)

You Might Also Like

1 comments

  1. kumur air garam tu pernah try tapi baik sekejap je.. letak bunga cengkih pada bahagian gigi yang sakit/berlubang pun pernah tapi tak tahan rasa bunga cengkih yang 'pelik' tu.. hahahahahaa.. :p

    apapun bagus juga tips yang KC kongsikan.. mudah-mudahan ada yang mujarab la terutama bila sakit gigi melampau di tengah malam buta, mana ada klinik gigi yang buka.. kalau pergi hospital pun tak boleh pergi bahagian emergency.. menangis lah kau kat situ.. hahahahahaa... :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.