http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

haritu...nampak lembaga putih di tepi ketika solat

By 10:30:00 PM ,

Okay baca tajuk dia pun dah meremang kan? Lagi-lagi baca time tengah malam. Kan kan kann. Angguk cepat! Hahaha.

Okay lah haritu... 

Saya solat di ruang tamu. Solat jemaah dengan umi. Saya jadi imam, umi jadi makmum. Okay solat lah seperti biasa. Takbiratulihram. Iftitah. Al-fatihah. Surah.... Dan rukun-rukun solat yang lain. 

Saya tak ingat rakaat yang keberapa. Tapi masa tu saya tengah berdiri lah yang pasti. Saya macam ternampak bayang putih kat tepi saya. Zapppp! Serius terkejut! Dupdap dupdap dupdap. 

Tapi jangan salah faham, saya nampak dari mata saya yang tepi. Bukan saya toleh ke kiri semasa saya solat. Hahaha. Saya macam nampak bayangan putih dari tepi mata saya je. Sipi-sipi macam tu.

Benda tu gerak-gerak. 

Aduhhhh den tak khusyuk dah ni hahaha. Cis! Apabenda tu weh. Lembaga mana pula ni mai rumah den. Tak pernah-pernah pun jadi macam ni. 

Tapi, yang peliknya, time saya rukuk atau sujud,  benda tu tak ada. Benda tu hilang. Dissapear. 

Aik. 

Main aucak aucak pula dia?

Then, dah lepas beri salam semua. Saya relaks jelah, taknak tunjuk kat umi saya cuak kan. 

Zikir..doa..salam umi. Bangun.

Saya pun cuba berdiri tegak statik, nak tengok ada ke tak benda putih tu dekat tepi mata saya. 

Ada lagi dia!

Saya kuatkan iman untuk pandang ke belah kiri untuk bertentang mata dengan benda tu. Bismillah....

Rupanyaaa...

Saya sendiri! Cermin kat sebelah saya! Gerak-gerak sebab kipas pasang volume 3. Ciskekkk! Hahaha penat je cuakkkss time solat tadi ingat mende laaa.

Saya bukan nak pedajal anda semua ye dengan ending cerita 'seram' ni. Sebab saya memang rasa seram bila benda atas ni berlaku sehingga lah saya find out rupanya lembaga putih tu ..adalah saya sendiri yang memakai telekung putih! HMPH!

Tak saspens betul lah cerita ni.

HAHAHAHA. *please jangan lempang saya. Kbaii.

haritu...nampak lembaga putih di tepi ketika solat
highlightkan yang AND I SEE ME tu je ye hahaha

You Might Also Like

2 comments

  1. Hahaha.. pernah jadi gak camnie tapi masa tu dekat surau shopping mall..
    Memang cuak giler, dah la solat sorang2.. ingatkan iye lah makhluk asing..
    Rupanya bayangan sendiri.. Abis kekusyukkan solat.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha ingatkan nampak benda tu betul2 . nasib baik lah kalau tak sy yg baca ni pun takut hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.