http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

kan best kalau ada teknologi yang boleh tuliskan entri blog berdasarkan apa yang kita arahkan dalam fikiran

By 3:30:00 PM

Haaa tak boleh nak panjang lagi ke tajuk ni sayidah oiii? 17 patah perkataan..hmm memang out of format SEO! hahaha. Tapi takpelahh sekali sekala, dua kali dua kala apa salahnya :P

Dah lama sebenarnya nak buat entri ni dengan bertajukkan "kan best kalau ada teknologi yang boleh tuliskan entri blog berdasarkan apa yang kita arahkan dalam fikiran". 
sebab dah lama terfikir..

"Kan best kalau ada teknologi atau application baru yang boleh baca fikiran kita pada masa tu kemudian terjemahkannya dalam bentuk tulisan ke dalam blog"

teknologi yang boleh tuliskan entri blog berdasarkan apa yang kita arahkan dalam fikiran
teknologi atau application yang boleh baca fikiran kita
credit foto :ww.pinterest.com
Wahhh ni tahap pemalas punya olang ni hahaha. Bukan apa, kadang-kadang kita malas kan nak taip dekat laptop atau phone. Atau kita tengah buat kerja lain, tuptuptup masa tu juga laaa idea untuk tulis entri datang. Atau ayat/idea dalam fikiran kita mesti tak sama bila kita taip di blog. Mesti ada lain sikit. Atau kita malas nak update entri blog sebab kena fikir ayat kemudian taip panjang-panjang.

Haaa so, kalau ada teknologi hebat tu..kita just tekan klik je, then dia akan terjemahkan atau pindahkan ayat-ayat dari fikiran (minda) kita ke dalam nota teknologi tu. So, nanti dah siap, kita copy paste je ayat tu masuk ke dalam blog kita. Tinggal nak edit sikit dengan tambahkan gambar seketul. Taraaa siap dah entri blog kita!

Perghhhh mudahnya kalau macam tu kan. Bestnya kalau ada teknologi macam tu. Teknologi yang makin memalaskan manusia haha. 

Tapi tu lah. Memang terfikir sejak dulu (lagi-lagi bila mood malas menjelma) "kan best kalau ada orang create teknologi ni". Tapi kalau ada pun, mesti mahal bak hangg. Mesti tak mampu den nak beli hahaha.

Tapi seriously la kan..
kalau ada teknologi atau apps yang berfungsi macam kat atas tu, korang nak beli tak? 

You Might Also Like

3 comments

  1. terminat nak baca entry ni sebab tajuk dia panjang sangat! hahahha. ada bagusnya jugak tulis tajuk panjang2 kan? tarik minat orang membaca..hehehhee

    ReplyDelete
  2. bahaya jugak kalau ada teknologi tu, hehe boleh disalah guna nak baca fikiran orang

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. ada bagus dan ada buruknya. kalau time malas mmg seronok la guna teknologi mcm ni. haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.