Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK - sayidahnapisahdotcom Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK
LightBlog

Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK

Haaa first of all, tahu tak filem Pekak ni cerita pasal apa? Secara ringkasnya, sinopsis filem Pekak ni adalah sebuah kisah romantik yang menemukan seorang pengedar dadah pekak yang berusaha untuk mendengar secara normal bersama seorang gadis sekolah yang naif, yang ingin bebas daripada kongkongan bapanya. Pelakon nya pula adalah Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Iedil Putra & kemunculan istimewa Joe Flizzow. Korang boleh tengok trailer filem Pekak di SINI. So, apa yang kecohnya? Kecoh sekarang ni di Facebook dengan tindakan kerajaan Brunei yang tidak meluluskan tayangan filem Pekak ke negara tersebut kerana tidak mengandungi unsur pendidikan. Sebenarnya, bukan itu sahaja yang dikecohkan. Berikutan dengan berita tu juga, semua kecoh dengan seorang blogger ni yang memberitahu sebab dan munasabab kenapa beliau keluar panggung wayang sebelum filem PEKAK berakhir. Saya dah baca dah 11 sebab beliau di blog beliau. Memang... bom! Semua sebab-sebab dia memang DAEBAK!

Kecoh Tindakan Kerajaan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK

Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK
Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK

Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK
Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK

Di bawah ni adalah 11 sebab mengapa blogger Nurulhawa (blog kembarapoketnipis) keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir dan kenapa beliau marah sangat dengan filem PEKAK ni.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.
Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.
Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama
Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca
Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.
Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.
Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu memprovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kanak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masalah yang diangkat dalam filem ini ialah “Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.
8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan. Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus. Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?
10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.
Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat. Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip? Heh.
Dah baca dah? Ada lagi sambungan, tetapi boleh baca full entri di blog blogger Nurulhawa sendiri di SINI.
Kecoh Tindakan Brunei Tidak Luluskan Tayangan Filem PEKAK
Filem PEKAK
Okay.. saya pun hmm tak pandai la kan nak komen lebih-lebih, nak judge lebih-lebih. 
Tapi.. first time saya tengok trailer movie PEKAK ni di TV. Di awal-awal video Trailer Pekak tu saya okay lagi, siap kagum lagi sebab filem ni dapat sambutan di luar negara. Tapi di akhir-akhir video trailer tu, zupppp! Saya terkejut. Serius terkejut. Saya rasa filem ni melampau sangat sebab ada adegan-adegan yang melampau bagi saya. Di hujung trailer tu kita dapat tengok betapa.. arghhhhh! tak patutnya ada adegan macam tu. Lagi-lagi filem Melayu kan.
Okay lah, ada orang bahas cakap memang itu lah realiti anak muda di dalam masyarakat Melayu. Okay. So? So what? Adakah dengan memaparkan masalah-masalah sosial remaja sekarang melalui filem..ianya akan memberi pengajaran pada remaja zaman sekarang? Adakah dengan mendedahkan perangai yang tidak senonoh anak remaja sekarang di luar-luar negara dan di Malaysia akan mengurangkan lagi masalah sosial anak remaja sekarang? I don't think so. 
Okay lah. Mungkin niat Pengarah&pelakon cerita pekak ni baik. Nak beri pengajaran. Sebab ada seorang pelakon filem Pekak-Amerul Affandi sarankan supaya tonton filem ni dengan ibubapa. Tapii.. agak-agak kan. ibubapa nak ke pergi tengok cerita ni dengan anak-anak? Dan anak-anak pun nak ke tengok cerita ni dengan ibubapa mereka? I don't think so. 
Okay lah. Ada orang kata - yang baik buat teladan, yang buruk jadikan sempadan daripada filem ni. Okay awak. Bagaimana dengan budak-budak yang masih innocent, masih 'suci' daripada semua-semua tu pergi menonton adegan-adegan filem Pekak yang tidak sepatutnya? Tak ke mereka akan curious? Dan bila dah curious...nauzubillahi min zalik.
Okay lah. Berapa banyak kali okaylah daaa haha. 
So korang, what do you think?

Post a Comment

10 Comments

  1. Kita orang melayu tak payah ada adengan tak senonoh.kita orang melayu tak nak tengok.(>.<) baik tengok animasi ucing di youtube (>.<)

    ReplyDelete
  2. ALLAHURABBI. siapa yang buat cerita ni. memang patut Brunei tak bagi. Malaysia apa kes lulus cerita macam ni? Allahuakbar, apa nk jadi orang kita?

    ReplyDelete
  3. kebanyakan filem cuba ketengahkan isu semasa, tapi jalan nak selesaikan / solutions nya macam tak cukup. jadi orang sekadar nampak isu semasa macam jenaka dan benda normal.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. filem melayu byk yg kata nk bagi pengajaran tapi kalau tgk dari awal sampai habis byk lg negatif

    ReplyDelete
  5. Janganlah kasihan dan kata Brunei rugi...sharifah amani..brunei take rugi apa apa pun...dan jangan guna perkataan 'dakwah' sesuka hati..

    ReplyDelete
  6. Cadang macam nak sokonglah kan filem melayu, tapi.....

    ReplyDelete
  7. tengok iklan macam best. sekali bila baca ni merata-rata dah rasa macam... hmmph tak jadi tengok.

    ReplyDelete
  8. mesejnya cam nak bagitau pasal masalah sosial budak zaman sekarang tapi dia punya penyelesaian dan pengajarannya tak ada..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p