Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin - sayidahnapisahdotcom Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
LightBlog

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
credit foto: weheartit.com
MEMASAK

Ni memang kebanyakan kaum perempuan sangat takut. Especially saya hahahahaha. Sebab saya bukan jenis yang pandai memasak. Sekadar biasa-biasa saja sebab just selalu bantu umi masak. Tapi saya jarang masak seorang diri. Jarang masak masakan yang saya masak sendiri tanpa bantuan orang lain. Biasanya tolong orang masak atau orang lain pantau dan arah-arahkan apa yang saya kena buat time memasak. Haa tapi bila dah kahwin nanti, takkan la saya nak call mak saya suruh datang rumah bantu masak pula kan haha terkojottt suami den nanti. 

Tapi kan. Percaya lah lepas kita kahwin nanti automatik skill memasak kita akan bertambah baik dengan sendirinya tau. Tak percaya? Tanya lah kakak-kakak saya hahaha. Mereka macam saya juga sebelum kahwin. Tak berapa nak hebat dalam memasak. Tapi, bila dah lepas kahwin sekarang ni, alaa setakat masak simple tu eleh pejam sebelah mata jelah haha. 

Sebab bila mereka yang dah berkahwin, mesti tanggungjawab memasak untuk suami (dan keluarga) tu ada. Then, mereka mesti akan berusaha untuk memasak. Erti kata lain - desperate. So, bila dalam keadaaan terdesak, nak tak nak mesti kita kena memasak. Tu yang search Google resepi-resepi, call mak tanya macam mana nak masak ni, macam mana nak masak tu hehe. That's the EFFORT. So, bila lama-lama dah memasak walaupun agak terkial-kial mula-mula, ianya akan jadi natural. Bak kata orang, alah bisa tegal biasa. 


ANAK

Yang ni of course not me lah kan haha. Tapi saya tahu ada kaum wanita yang di luar sana takut nak timang anak lepas kahwin. Takut nak mengandung. Takut nak menghadapi sakitnya bersalin. Takut tak tahu nak handle baby nanti. Tak semua perempuan yang merasakan hal anak penyebab mereka belum bersedia untuk kahwin. Tapi memang ada orang yang sebegini rupa. Bukan sahaja kaum perempuan, malah ada kaum lelaki yang takut juga.


KERJA RUMAH

Kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, sidai kain, sapu rumah, mop lantai, basuh tandas, lipat kain. Itu lah perkara yang memang wajib si isteri kena buat. Wajib ke? Kalau tak ada pembantu rumah, memang kerja si isteri la kan haha. 

Biasa orang yang ada maid ni, dia kurang bersedia untuk menghadapi kerja-kerja rumah selepas berkahwin. Unless dia memang kaya dan dia boleh hire pembantu rumah. Tapi kekadang lelaki tak suka ada pembantu rumah. Lelaki suka si isteri yang buat kerja-kerja rumah. Haa kalau macam ni, acamno? 

Kalau orang yang tiada maid dekat rumah pun macam saya, saya bahagi-bahagi buat kerja rumah dengan mak saya. Contohnya saya saya bilas kain, umi sidai kain. Saya basuh pinggan, umi memasak. Saya sapu rumah, umi mop lantai. So, beban kerja rumah tu berkurangan. Tetapi, bila dah kahwin nanti rasanya semuanya si isteri kena buat. Melainkan ada si suami yang sangat baik dan romantik yang sanggup tolong si isteri buat kerja rumah. Hehhe.

DAH TAK BOLEH SELALU LAGHA

Perkara lagha a.k.a buat perkara yang sia-sia hahaha. Contohnya: tengok drama korea (hehehe), baca Novel, stay up sampai 3,4 pagi sebab layan Running Man, online internet lama-lama. Haaa ni lah antara perkara lagha yang saya buat dan saya juga pasti remaja (remaja kew? :P) seperti saya lakukan juga hahaha. 

Nanti lepas kahwin, mesti dah jarang ataupun tak boleh dah nak lagha selalu. Melainkan si suami ada minat yang sama seperti di atas. Haa tu best lah. Tapi, kalau dah anak, jangan harap la kan nak selalu layan drama Korea lah, nak baca Novel lah. Sebab memang masa diluangkan dengan melayan karenah anak-anak. Betul tak para ibu? Hehe.

DUIT

Duit dalam bank tak cukup. Duit dalam dompet apatah lagi. Kerja pun belum. Pasangan pun belum ada kerja. Kewangan tak berapa nak stabil lagi. Makanya, tak bersedia lah untuk kahwin. Nehi nehiiii.

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
credit foto: sister-fathima.tumblr.com
Walau apa-apa pun, walau takut mana sekalipun nak kahwin, walau tak bersedia mana pun.. sampai bila kan? Orang kata, kalau nak tunggu SEDIA tu datang, sampai bila-bila kot tak kahwin haha. Kalau dah ada calon, dah ada restu kedua-dua belah pihak keluarga.. apalagiiii. Hehehhe. 

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
credit foto: pinterest.com

Saya bila nak kahwin? 
Ehemm.. tunggu la 'orang tu' datang minang hahahaha. Kbai.
Tapi.. Apakah saya sudah bersedia untuk berkahwin?
Belum kot. Bangun pagi pun.......susah. Tak habis lagi nak bermanja dengan umi abi hahaha. Kbai lagi.

Lepas ni, mungkin saya buat entri tanda lelaki belum bersedia untuk berkahwin. STAY TUNED :)


Baca juga entri:

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p