http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

"pertanyaan aku bukan maksud untuk mencabar, tapi untuk mendapatkan jawapan"

By 5:21:00 PM ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Ohooo. Mesti korang ada yang tertanya-tanya "panas sangat ke soalan tu sampai nak kena label pertanyaan tu as a 'mencabar'?". Hmm tak berapa nak panas laa pertanyaan dia tu kan, tapi seriously. Bila saya kena soal dengan pertanyaan ni pun, saya macam..hmmmm okayy. hmmm betul juga tu. Tapi hmmmmm, what sould I answer it? Hmmm dan hmmm over again. 

"pertanyaan aku bukan maksud untuk mencabar, tapi untuk mendapatkan jawapan"

"pertanyaan aku bukan maksud untuk mencabar, tapi untuk mendapatkan jawapan"
"pertanyaan aku bukan maksud untuk mencabar, tapi untuk mendapatkan jawapan"
credit foto: polyvore.com
Soalan yang ditujukan kepada saya:

Assalam kakcik (kakcik: nama panggilan saya). 
Aku kan, aku asyik fikir je benda ni. Tapi aku tak dapat jawapannya lagi.
Kalau kau tahu, tolong bagitahu aku ye.
Macam ni.. kan dalam Quran ada ayat..

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dan sebaliknya.kan?

Habistu, macam mana pula dengan Firaun dan isterinya? Nabi Luth dengan isterinya? *mengikut sejarah-sejarah dulu*
Pertanyaan aku bukan maksud untuk mencabar, tapi untuk mendapatkan jawapan.


Okay. So..jika korang disoal dengan pertanyaan di atas.. Apa yang korang jawab? Sebab bila saya disoal sebegitu rupa, seriously I have no legit answer. Speechless. Clueless. Saya tak tahu nak balas apa. Saya tak tahu nak jawab dengan cara yang 'berilmiah' la kata orang kan. I.DO.NOT.KNOW. Saya tahu dia tanya macam tu bukan erti dia nak lawan Tuhan, nak lawan ayat-ayat Al-Quran. Yes I know. But, still.. saya tak tahu nak jawab apa haha.

So, as usual. Bila ada soalan-soalan berkaitan dengan agama ni kan, lebih baik bertanya dengan yang lebih arif. So, I asked my pakchu (ustaz) that question.

Then, he answered.

Nabi Luth dan Firaun wujud sebelum Quran diturunkan. Maknanya, tiada kena mengena dengan ayat berkenaan. Jadi, kesimpulan ayat tu ditujukan kepada umat Nabi Muhammad, bukan Umat Nabi Lut atau umat Nabi Musa.

Secara logik ..orang yang baik, mustahil dia akan cari pasangan yang buruk. Kalau orang tu baik tapi cari jodoh yang buruk juga.. mesti dia ada azam untuk ubah perangai pasangan untuk jadi baik, maka dua-dua akan jadi baik.

Tapi jika gagal didik pasangannya hingga dia pun jadi buruk, maka memang benar ayat tu.. orang yang buruk dapat pasangan yang buruk. Wallahualam.


Wow! Jawapan yang sedikit tapi padat dan mengena dush di hati. Tepat. 

So.. semoga jawapan yang diberikan dapat menjawab soalan awak ye ;) 

You Might Also Like

2 comments

  1. hurmh.. betul tu.. mungkin orang yang baik hadir untuk membimbing orang yang kurang baik tu,,, tapi, semua dengan kehendakNya

    ReplyDelete
  2. sy pun speechless kalau kena tanya camtu. okayy, nampak jugak the point from your pakchu :) thank youuu

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.