WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM - sayidahnapisahdotcom WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM
LightBlog

WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Haaa tahu tak apakebenda WORLD #QuranHour ni? Saya pun sebenarnya first time tahu tentang WORLD #QuranHour ni dekat TV, beberapa hari yang lepas. Tengok dekat iklan TV Al-Hijrah tak silap. Terkejut juga kan sebab "eh kenapa aku baru tahu benda ni!!". Haa macam tu la reaksi saya first time tahu benda yang bermanfaat ni kan haha. Rasa macam malu pun ada sebab rasa macam lambat tahu quran hour yang bagus ni. Bila baca #quranhour je mesti kita teringat dekat #EarthHour kan? Di mana kita kena tutup eletrik, semua kena bergelap selama 1 jam. Tapi, kali ni #QuranHour punya turn hoyeah! Satu jam bersama Al-Quran : mengaji Al-Quran, menghayati pengisian Al-Quran, mendengar bacaan Al-Quran, membaca tafsiran terjemahan Al-Quran. QuranHour ni ada lokasi utama dia iaitu di UIAM Gombak. So, kalau sesiapa yang nak join samasama menjayakan #QuranHour ni boleh la pergi ke UIAM pada pukul 8 pagi untuk bersiap sedia untuk #QuranHour yang bermula pada pukul 9 pagi. Tapi, kalau sesiapa yang tak boleh nak join, boleh lakukannya di lokasi, di rumah masingmasing.

WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM

WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM
WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM

World #QuranHour atau #DuniaNgaji

Tarikh : 11 September 2016 (Ahad)
Jam : 8:00 pagi-10:00 pagi
Lokasi PERDANA: Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.
Siaran secara langsung di TV : SinarTV, TV1, TV3, Astro Oasis, TV Alhijrah, TV9.

WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM
WORLD #QuranHour
Haa siap ada siaran langsung di TV lagi tau. Yela kot-kot ada yang rasa kesunyian tiada teman di sisi (sobsob) untuk membaca Al-Quran semasa #QuranHour pada Hari Ahad ni, boleh la ON channelchannel TV di atas nun. Baru lah terasa kemeriahan #QuranHour bersama kan kan. 

Bagi sesiapa yang tidak boleh membaca dan memegang Al-Quran (dalam keadaan uzur :haid), boleh la dengar bacaan Quran di TV/ radio/ handphone/ Youtube untuk join #QuranHour.

Ramai yang puji #QuranHour ni dan mendapat sambutan yang sangat baik (berdasarkan pemerhatian saya dan kata orang lah). Baguih baguih. Benda baik kan, kita kena la puji. Saya pun suka dengan #QuranHour ni. Ramai yang sokong #QuranHour termasuk tokoh agama, ilmuwan, NGO, universiti dan ramai lagi. Jangan memain tau. #QuranHour ni satu dunia tau! Bukan negara Malaysia sahaja. Di Twitter pun dah jadi trending. Daebak tak?

WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM
World #QuranHour trending di twitter
Tapi ada juga la anasir-anasir yang kurang baik (dush dush!) kata sesuatu yang kurang baik lah tentang #QuranHour ni. Sabo jelaaa den dengan orang-orang macam ni tau. Ada yang beri nasihat - jangan baca Quran time #QuranHour tu je. Baca la esok, lusa dan seterusnya juga. Hmmm bagi saya, okay la nasihat tu kan. Dia mengingatkan kita supaya sentiasa membaca Quran. Tapi saya tak tahu la apa motif dia beri nasihat macam tu. Kita bersangka baik je la kan dengan nasihat macam tu atau sewaktu dengannya.

WORLD #QuranHour 11 September 2016, 9 Zulhijjah 1437H, 9:00AM
misi Rosyam Nor dan team - walk for world #quranhour sejauh 47.2KM
Ada sorang ni tau..dia 'kutuk' ikon Rumah Ngaji iaitu Rosyam Nor dan rombongan yang membawa misi Walk for world #QuranHour sepanjang 47.2KM sebagai sokongan #QuranHour yang bermula semalam ke harini. Dia kata dia sokong walk for World QuranHour tu .. cuma dia tak bersetuju dengan pengisiannya yang hanya setakat berjalan, menyihatkan kesihatan. Lepastu dia throwback la zaman dia dulu Ustaz dia suruh dia berjalan sejauh 4KM sambil menghafal surah Al-Jumuah, sambil berjalan sambil hafal Al-Quran. Baru bagus macam tu dia kata. Tak macam Rosyam Nor tu yang hanya SEKADAR BERJALAN kan.

Okay saudara, I got your point. Tapi rasanya tak perlu kot nak banding-bandingkan macam tu. Sekurang-kurangnya dengan Rosyam Nor dan team beliau berjalan sejauh 47.2KM untuk support #QuranHour, (lagi sekali saya ulang 47.2KM!) masyarakat Malaysia dan tak mustahil satu dunia akan turut tahu tentang kewujudan #QuranHour ni. Then, mereka akan find out apa sebenarnya #QuranHour ni. Then, mungkin bagi mereka yang tidak kenal apa itu Al-Quran (non-muslim), mereka nak tahu apa itu Al-Quran. And so on. Nampak tak kebaikan dia di situ? Haaa kan saya dah membebel hahahhaa.

Tapi.. yang saya risau sekarang ni. Saya risau pukul 9:00 pagi hari Ahad ni saya masih zzzzz. HAHAHAHAHA. tapi hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan kan. Lu pikiaq la sendiri sayidah. Hehhee. 

Kbai. wassalam :)


"...Aku hanya bermaksud (mendatangkan) memperbaiki sedaya upayaku. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya daripada Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya (pula) aku kembali."

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p