October 2016 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Sunday, October 30, 2016

October 30, 2016

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water

Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water yang best ni? Jom Join di SINI.


Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water ni? Senang je.
1. Follow Instagram @fadzirazak
3. Komen "Garnier come clean
2. Repost gambar ini beserta caption @hermomy" 4. Tag 2 kawan
Giveaway akan tamat pada 30 Oktober 2016. Pemenang akan diumum pada 31 Oktober 2016. Pemenang akan dipilih secara random dan yang menepati syarat-syarat di atas saja. Giveaway hanya untuk #igers di malaysia saja
Thank you @hermomy untuk sponsor hadiah. untuk maklumat lanjut pasal Garnier Micellar Cleansing Water ni, boleh tengok dekat sini http://bit.ly/2e9QLxD  
#hermoxfadzi #hermomy #garniermicellarwater #garniercomeclean #hermomy #kakikontest #kakikontestMY
October 30, 2016

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

Tarikh tamat penyertaan : 31 Oktober 2016

Link FB Page : www.facebook.com/sayidahnapisahdotcom
Link FB Personal : www.facebook.com/sayidahnapisah
Link Twitter : www.twitter.com/sayidahlovechoc
Link instagram : www.instagram.com/sayidahlurvechoc
October 30, 2016

Segmen Ucing Nak Bloglist

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html


Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

Friday, October 28, 2016

October 28, 2016

bolehkah berpuasa pada hari Jumaat sahaja?

Mungkin ada yang tahu, mungkin juga yang masih tak tahu tentang persoalan bolehkah berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Haa boleh ke tak boleh? Cepat jawab hehe.

bolehkah berpuasa pada hari Jumaat sahaja?

bolehkah berpuasa pada hari Jumaat sahaja?
bolehkah berpuasa pada hari Jumaat sahaja?
credit foto: simply orthodox

Jawapan bagi persoalan di atas ialah tak boleh jika puasa yang dilakukan pada Hari Jumaat tersebut adalah puasa sunat. Maksudnya, contoh lah nak puasa sunat saja-saja pada hari Jumaat sahaja, tak boleh. Cara yang betul adalah.. berpuasa sunat pada hari Khamis + Jumaat ATAU Jumaat + Sabtu. Maksudnya kena puasa sunat pada hari Jumaat dengan hari sebelumnya atau selepasnya. Tak boleh puasa sunat pada hari Jumaat sahaja. Kena ada pasangan.

Tapi, kalau puasa yang dilakukan adalah puasa wajib, boleh untuk berpuasa pada hari Jumaat sahaja. Tak perlu nak pasang-pasang dengan hari Khamis atau Sabtu. Contoh puasa wajib : puasa ganti, puasa nazar. So, kalau nak puasa ganti hanya pada hari Jumaat sahaja, boleh. Tiada masalah. Sebab benda wajib kan. Bila-bila boleh.

Sekian, semoga bermanfaat! :)

Thursday, October 27, 2016

October 27, 2016

mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!

Assalamualaikum semuaa! Haa malam ni saya nak kongsikan kisah seorang kawan baik saya ni. Haritu dia ada ternampak post Instagram saya tentang testimoni berkesan produk Biobax Cool Theraphy. So, dia pun nak beli satu botol Biobax kat saya untuk mama dia yang asyik ngadu sakit kaki sebab seharian berdiri buat kerja. So, kawan saya ni kesian la kat mama dia. Dia pun terus whatsapp saya untuk beli 1 biobax.

mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!


mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
Al-kisahnyaa, haritu jumpa dia time Konvokesyen di UPM.. saya tanya la dia "macam mana guna Biobax okay tak?"

Dia dengan terujanya jawab "Okayy! Ma (mama) biasa spray dan sapu Biobax tu kat kaki sebelum tidur. Bangun tidur je dah hilang rasa sakit. Lega."

Then, dia pun tambah sikit lagi "saya pun ada guna kalau saya lenguh-lenguh atau sakit belakang. Memang melegakan dan saya suka bau dia! Wangi! Lepastu bila spray rasa sejuk, bila sapu rasa panas! tapi panas yang best. Rasa panas yang sedap" ^-^

Alhamdulillah. Syukur sangat ada pelanggan Biobax saya yang puji dan suka dengan keberkesanan Biobax ni. Hehe.

Oh for your information, Biobax ni bukan sahaja bagus untuk melegakan sakit kaki sahaja, banyak lagi kegunaan dia. Serba guna.

  • sakit pinggang
  • sakit lutut
  • kejang kaki
  • resdung
  • lenguh-lenguh badan
  • sakit sendi
  • selsema
  • sakit tulang pinggul
  • kaki terseliuh
  • kebas kaki
  • sakit tangan
  • kebas tangan
  • sakit segugut


Banyak kan kelebihan dia! Dah laa diperbuat daripada 100% bahan organik. So, jangan risau. Baik dan boleh digunakan bagi semua peringkat umur. No side effect. Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pernah masuk surat khabar Kosmo dan Utusan. Pernah masuk dalam TV Al-Hijrah. Hasil produk orang Melayu.

mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
melegakan sakit belakang/ sakit tulang pinggul
mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
terus hilang sakit tapak kaki!

 
mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
boleh tidur lena dengan Biobax!
mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
menyembuhkan sakit kejang kaki!

 
mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
menyembuhkan kaki terseliuh!
mak kawan puji Biobax dapat legakan sakit kaki dengan segera!
Irene Nadia - duta produk Biobax!

Kalau nak order, senang je. Contact je saya di 0172008642. Nak mudah, whatsapp sahaja saya. Pasti akan dibalas dengan cepat.
Oh, kalau sesiapa berminat nak jadi agen atau dropship Biobax, whatsapp je saya. Nanti saya guide anda :)

Harga hanya RM80 sahaja termasuk harga postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. Tahan selama 3-4 bulan dengan 500 kali semburan. InshaaAllah anda tidak akan menyesal membelinya :)

October 27, 2016

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne 
Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.

Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

1. Haute Couture

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne 
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

2. Femme Chic

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne 
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3.Celebrite

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne 
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

4.Glam Star

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne 
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Glam Star
Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Haute Couture

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera
untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Wednesday, October 26, 2016

October 26, 2016

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending tapi 5 bintang saya bagi !

Sabtu lepas (22 Oktober 2016), sehari sebelum hari konvo saya.. saya pergi tonton wayang dengan kawan saya tengok movie The Wailing. Cerita Korea. Dan ada sedikit Jepun dalam tu. Saya memang paksa kawan saya cari cerita seram/hantu yang sedang ditayangkan dalam pawagam untuk kami tengok haha. So, dia pun cari kat Internet, jumpa la movie The Wailing ni. Kalau tengok di satu laman website ni, rating bagi movie seram korea ni adalah 4 bintang. Tapi bagi saya, saya bagi 5 bintang untuk cerita ni!

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending tapi best!


REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
Kenapa saya beri 5 bintang cerita The Wailing ni? Sebab dia unexpected. Mungkin pada permulaan cerita ni, kita akan fikir "alaaa, macam cliche je cerita ni.", "macam boleh agak je ending dia", "boleh teka siapa yang jahat ni", atau "mesti sama je cerita hantu ni dengan cerita lain. tiada kelainan.".

Tapi tu pada awal-awal la. Tapi kemudian, makin lama korang tengok... confirm. confirm korang akan confuse juga macam hero cerita ni haha. Tak tahu siapa yang jahat, siapa yang baik. Mana satu yang boleh dipercayai, mana satu yang tak boleh dipercayai. Keliru nak buat keputusan. Tak tahu nak ikut cakap siapa. Arghhhh! Aku pulak stress haha.

Cerita ni unik sebab korang takkan tahu apa ending dia. Saya ada teka siapa yang jahat, siapa yang baik. Tapi saya salah =.= Rupa-rupanya ada dua yang jahat, seorang yang baik. Hero The Wailing ni pun ada satu tahap saya ingat dia jahat tapi rupa-rupanya dia baik je haha. Tapi untuk sesiapa yang tak suka benda yang mengerikan, saya nasihatkan tak payah la kot tengok cerita ni hehe.

**Saya minta maaf awal awal dulu sebab saya nak spoil kan The Wailing movie ni haha. 

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: heavenofhorror.com

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: salon.com
Okay mula-mula satu kampung ni digemparkan dengan berita-berita yang mengerikan sana sini. Ada orang mati, rumah terbakar, ada yang kena gantung di pokok dan macam-macam lagi. Then, cerita jadi gempak bila anak perempuan hero The Wailing ni yang kena pula. Oh hero ni kerjanya adalah polis. So, anak perempuan hero ni kena rasuk, perangai berubah menjadi kasar dan kurang ajar. 

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
anak perempuan hero
credit foto: hancinema.net
Lepastu, mak hero panggil sorang bomoh ni untuk ubatkan anak perempuan tu. Hero syak seorang lelaki Jepun jahat sebab bila pergi ke rumah lelaki Jepun tu, ada semua gambar-gambar yang pernah menjadi mangsa di dalam kampung tu & ada jumpa satu bilik dia macam tempat pemujaan.

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
lelaki jepun a.k.a syaitan
credit foto: vox.com

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
bomoh


Dalam pencarian siapakah orang jahat tu juga, muncul la seorang perempuan tiba-tiba. Dia macam bagi hint dekat Hero ni. Hint siapakah dalang bagi semua permasalahan ni. Haaa masa ni memang saya fikir perempuan tu baik dan lelaki Jepun tu jahat. Okay lepastu, firasat saya tu berubah bila satu scene: perempuan tu sihirkan bomoh. Dia buat bomoh tu muntah-muntah darah dengan teruknya bila bomoh tu nak masuk kawasan rumah Hero. Dia juga kacau bomoh ni dalam kereta sampai bomoh tu takut. So, masa ni saya macam.. "eh perempuan ni jahat ke? takkan la bomoh ni jahat pula sehinggakan perempuan tu nak kenakan bomoh?".

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: vox.com

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: youtube.com
Keadaan bertambah confuse lagi bila hero jumpa perempuan tu. Perempuan tu kata bomoh tu jahat, lelaki Jepun tu pun jahat dan perempuan tu nasihatkan jangan balik ke rumah sebab ada kuasa jahat kat rumah dia. Masa tu, hero kena pilih salah satu : sama ada stay dengan perempuan tu di situ atau balik ke rumah sebab anak perempuan dia ada kat rumah. Okay masa ni seriusss saya terikut confuse juga macam hero tu haha. Tak tahu nak pilih mana satu. Tak tahu nak decide mana yang betul. Perempuan tu halang la hero tu daripada balik rumah. Siap merayu lagi jangan pergi. Hero ni macam nak ikut kata perempuan tu tapiii! 

Tapi last minit tetibe hero tu nampak klip rambut anak perempuan dia dekat belakang perempuan tu (atas lantai). So, hero anggap perempuan tu yang jahat sebab haritu, bomoh kata kat hero.. "yang buat jahat dekat anak perempuan dia adalah yang curi salah satu barang anak perempuan dia dan melalui barang tu lah, anak perempuan dia dirasuk". So, hero teringat kata-kata bomoh tu. Dia pun terus lari dari perempuan tu dan balik ke rumah.

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: avclub.com
Rupa-rupanya! Rupa-rupanya perempuan tu yang baik. Dan bomoh yang kononnya nak bantu pulihkan anak hero & lelaki jepun tu yang jahat sebenarnya ish. Dua 'orang' ni bersubahat. 

Okay sebenarnya lelaki Jepun tu bukannya manusia pun. Dia adalah syaitan yang menjelma menjadi manusia. Serius meremang bila dia dedahkan bahawa dia adalah syaitan pada akhir cerita. Mula-mula dia bagi hint kepada anak saudara kawan hero (sorry tak ingat nama dia hahaha), dia kata "syaitan/iblis tidak mempunyai daging dan tidak mempunyai tulang". 

Masa dia bagi hint tu, memang penonton akan confuse sama ada perempuan tu atau lelaki Jepun tu yang syaitan (jahat). Selepas ayam berkokok tiga kali, baru lah semua (penonton) akan terkejut (saya assume jela penonton akan terkejut sebab saya terkejut haha). Masa tu lah lelaki Jepun tu perlahan-perlahan tukar bentuk dan rupa menjadi syaitan. Meremang weh masa tu! Dengan senyuman dia yang jahat gila tu sambil tangkap gambar lelaki anak saudara kawan hero tu.. perghhhh torbaekk meremang time tu!

So, ending dia.. hero jadi gila. Isteri dan mak hero kena bunuh dengan anak perempuan hero (sebab time bunuh tu anak perempuan hero dirasuk). Anak perempuan hero tu saya tak tahu apa jadi. Rasanya mati kot. Atau jadi gila juga. Syaitan dan bomoh tu terlepas lah. Thats why I kata sad ending.

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending
REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) 18+
REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending
saya dan kawan saya tonton movie the wailing di GSC IOI Mall
Tapi best la cerita ni. Tak menyesal tengok di wayang hehe. Sesiapa yang dah tonton The Wailing ni di pawagam, berapa bintang korang bagi? Jangan tanya saya mana satu yang lagi best antara cerita ni dengan Train To Busan sebab saya tak tengok lagi Train To Busan tu muhahaha.

October 26, 2016

FREE 1GB INTERNET FOR EVERY TOPUP VIA MAXIS PAY

Saya kan setia dengan Maxis dari dulu sampai sekarang. Tak pernah curang haha. So, haritu dapat one message daripada Maxis beritahu tentang Maxis Pay Bank Promo : Free 1GB Internet For Every Topup Via Maxis Pay. Wow macam menarik! Daripada topup guna Cimbclicks atau topup di kedai, tak dapat apa-apa.. baik topup melalui Maxis Pay ni. Untung-untung dapat free internet 1GB. Tapi promo Maxis 'Free 1GB Internet For Every Topup via Maxis Pay' ni sehingga 31 Oktober je. So, cepat-cepat la grab peluang keemasan ni ye.

FREE 1GB INTERNET FOR EVERY TOPUP VIA MAXIS PAY


FREE 1GB INTERNET FOR EVERY TOPUP VIA MAXIS PAY
FREE 1GB INTERNET FOR EVERY TOPUP VIA MAXIS PAY

Promotion period : 1 September 2016 - 31 Oktober 2016.


Untuk setiap topup RM30 dan ke atas melalui Maxis Pay, subscribers akan diberi ganjaran 1GB internet dan valid selama 3 hari sahaja.

Okay kalau anda berminat, boleh  topup via Maxis Pay di http://www.hotlink.com.my/de. Nanti anda boleh bayar melalui Online Banking (cimbclicks, maybank2u dan lain-lain lagi).

So, lepas dah topup RM30 atau lebih dari tu via Maxis Pay, kita akan diberi ganjaran 1GB Internet tapi kita tak dapat serta merta ganjaran tersebut. Tapi yang pasti within 72 hours, kita akan dapat ganjaran tu.

FREE 1GB INTERNET FOR EVERY TOPUP VIA MAXIS PAY
FREE 1GB INTERNET FOR EVERY TOPUP VIA MAXIS PAY

Jangan risau, tiada unsur penipuan atau scam sebab saya dah pernah buat. Dan memang saya dapat free 1GB Internet bila saya topup RM60 via Maxis Pay haritu. Tapi rasa menyesal sebab topup sekaligus RM60. Patutnya saya topup la asing -asing RM30 & RM30, so that saya boleh dapat free internet 2GB kan? Hahaha.

So.. goodluck uolls! Saya saje je sharing info ni kot-kot ada orang yang tak tahu. Sharing is caring kan? :D
October 26, 2016

Kang Gary meninggalkan Running Man permanently! sobss

Huwaaaaaaaaa~ huwaaaaaaaaaa! Andwaeee! No! Hahaha meroyan jap. Seriously? Seriously? Seriously Kang Gary meninggalkan Running Man? Iye betul tentang berita tu. Bukan khabar angin atau gurau jenaka lawak senda. Ermmm. Kat media sosial Astro Gempak dan website yang boleh dipercayai iaitu allkpop.com pun dah sahkan berita Kang Gary meninggalkan Running Man :( Saya tahu pun sebab saya buka Twitter tadi. Lepastu nampak first trends di Twitter adalah Running Man. Aik? Pelik juga kenapa orang ramai tweet pasal Running Man sekarang ni padahal show Running Man keluar hari Isnin. Then, saya pun klik la trending tu. Then, haaa! Terkeluar bijik mata den baca "Kang Gary officially leaves Running Man".

Kang Gary meninggalkan Running Man November ini


Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
"I want to spend more time on music, and I want to study it more" - Kang Gary

Walaupun Gary sudah dipujuk oleh staff Running Man untuk tidak keluar dari Running Man tapi ianya tidak mengubah keputusan Gary. So, staff Running Man hormat dengan keputusan beliau tersebut.

"We sincerely thank Gary for putting everything into the show for 6 years, as one of the original members of Running Man. Gary wishes to focus on his career as a musician, and we wish him the best" - production staff Running Man

Gary has been a part of the SBS variety show for six years since July 2010, and his last filming with the Running Man cast will be on October 31. - Soompi

Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently 
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Stresssss! Gary
Serius sedih ni. Tapi tak ada la sampai menangis kan. Hahaa. Tapi betul saya sedih ni. Heartbroken. Sebab Gary dah dengan Running Man hampir 6 tahun lamanya tau! Gary akan filming dengan Running Man cast last pada 31 Oktober. Lepastu, no more Kang Gary dalam Running Man pada bulan November dan seterusnya. Confirm saya akan menangis last episod Kang Gary dalam Running Man minggu depan! Sobsob.

Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently 
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Kang Gary meninggalkan Running Man permanently
Running Man 7012
Saya tak pernah miss walaupun satu episod Running Man pun tau haha so memang akan terasa kehilangan Gary nanti bila tonton Running Man selepas pemergian beliau. Mesti ahli Running Man pun akan terasa kehilangan Gary.

Tiada lagi 'dried squid Gary', tiada lagi 'go straight Gary', tiada lagi 'ugly Gary'. 
No more monday couple. 
No more 7012. 
No more peaceful Gary.

Its okay lah. Hidup ini perlu diteruskan hahaa. Life must go on and we must move on. Kbai.

Monday, October 24, 2016

October 24, 2016

muzik berhenti dan bermain dengan sendirinya

muzik berhenti dan bermain dengan sendirinya
muzik berhenti dan bermain dengan sendirinya

Saya ni jenis yang dengar muzik sebelum tidur almost every night. Pasang earphone kat telinga.

Ada satu malam tu.. macam biasa la. Cucuk wayar fon telinga di handphone. Lepastu sumbat dua bulat earphone tu dalam telinga. Baring. On muzik di playlist. Play.

Then, sambil dengar muzik tu, sambil tu baca la perbualan kat whatsapp dan tengok apa yang patut. Then, rasa macam nak layan video dekat YouTube. Saya pun buka la YouTube. Dan for your information, kalau kita tengah dengar muzik di fon and suddenly kita play video di YouTube, muzik di fon kita tu akan tertutup.

So, malam tu pun berlaku la situasi macam tu. Then, okay lah tak kisah. Lepas dah lama layan YouTube saya pun keluar la dari YouTube tu sebab nak pergi ke whatsapp pula. Then, saya rasa nak tidur. Saya buka la wayar earphone dari phone saya.. Tiba-tiba ada muzik dari phone tu. Seriously mula-mula jadi macam tu memang saya terkejut sangat tau. Saya kelip-kelip je tengok phone tu. Pelik. Takut pun ada. "aku tak on pun, macam mana muzik ni boleh play" hahaha.

Kadang-kadang tu sebelum on video YouTube, saya awal-awal dah off muzik dekat phone. Tapi still, bila saya buka wayar earphone sebelum tidur, muzik akan play. Haa tu agak scary la sebenarnya haha.

Tapi tak ada la rasa seram sangat sebab malas nak fikir yang bukan-bukan haha. Sebab nanti perasaan takut yang over tu lah sebenarnya yang membenarkan otak kita makin berimaginasi benda-benda yang menakutkan.

Hmm korang pernah alami tak apa yang saya pernah alami?
October 24, 2016

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.

Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 


Ehemmm sebab kenapa saya patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin ni ye?
Sebab saya teringin nak hadiahkan play doh ni kepada dua anak buah saya yang memang minat dengan play doh. Dan juga saya tak pernah beri hadiah kepada anak buah saya, so saya harap kalau saya menang play doh ni, itu lah hadiah pertama saya buat mereka. Hadiah dari hasil titik peluh (walaupun tak ada peluh haha) saya sendiri. Yela saya tak kerja lagi, takde duit gaji tiap-tiap bulan lagi. So, tak mampu nak bagi hadiah mahal-mahal kat anak buah hehe.

Conclusionnya, I'm the best candidate to win this Giveaway hahaha. Dah macam dalam interview dah.

Kbai!

Sesiapa nak join, boleh klik banner. Tarikh tamat penyertaan : 7 November 2016

Wednesday, October 19, 2016

October 19, 2016

aku kesepian di bawah blok

Harini saya pergi yupiyyeeemm (UPM) sebab ada rehearsal konvo pagi ni. So, cadangnya nak tumpang bilik kawan di kolej. Sebab dia sambung master kan. So, dia stay kolej. 

Okay then, malam semalam saya dah cakap dah dengan dia "moyang (panggilan 'manja' saya untuk dia hehe) esok pagi (harini) aku datang awal tau. Aku call, kau turun bawah blok."

Yelaah, nak suruh dia tolong angkut barang hahaha. Dan saya pun tak tanya la dia duduk bilik nombor berapa kat kolej tu sebab ingat dia akan turun.

aku kesepian di bawah blok

Alkisahnyaaaa, pagi tadi pukul 7:05 dah sampai yupiyem. Nak dekat sampai tu saya call dia, tapi tak berangkat-angkat. Call  banyak kali tapi masuk voice note. Adoiiiiii. Den dah la tak tahu nombor bilik dia berapa.

So, terpaksa la merempat sorang-sorang dekat bawah blok dia. Ditemani dengan da beg saya + toto dalam plastik hahaha. Call lagi banyak-banyak kali. Banyakbanyak kali tu juga lah operator tu bagitahu "the number you have dialled......" =.=

Lepastu, dah give up call dia haha. So, tunggu je la dia call. Masa tu saya berfikiran positif la "mungkin handphone dia jatuh katil so ter off", atau "mungkin bateri fon dia mati", atau blah blah blah. Disebabkan kepositifan tu lah, saya rileks jela. Tunggu dekat bawah blok sorang-sorang. Sempat la main dengan kucing kat situ. Ada dalam 3 ekor. Comel comel je.

Dalam 10-15 minit macam tu, moyang pun whatsapp. "kc.. aku baru bangun.. kau dah sampai ke?"

Hahahaha aku dah agak dah budak ni baru bangun. Lepastu dia pun call. Dia tolong saya bawak barang masuk bilik dia. Saya tanya lah dia "kenapa call kau banyak kali tak dapat myang? Masuk voice note"

Dia jawab "line fon aku tak de kot."

Ohhhh line phone takde. 

So, ending nya.. happy ending hahaha. Okbai :)