http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Ahli Kumpulan Nasyid Brothers, Salleh Meninggal Dunia

By 5:40:00 PM ,

Beberapa minit yang lalu, saya dikejutkan dengan berita ahli kumpulan Nasyid Brothers, Salleh meninggal dunia yang saya dapat tahu dari group Whatsapp. Innalillahiwainnailahirajiun.

Ahli Kumpulan Nasyid Brothers, Salleh Meninggal Dunia


Ahli Kumpulan Nasyid Brothers, Salleh Meninggal Dunia
Ahli Kumpulan Nasyid Brothers, Salleh Meninggal Dunia
credit foto: bharian.com.my
Di laman web Berita Harian Online melaporkan anggota kumpulan Nasyid Brothers, Mohd Salleh Mohamed Deril, 40 tahun, yang juga bapa kepada tiga orang anak meninggal dunia kira-kira jam 3:20 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung. Semalam, arwah Salleh dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung dan dilaporkan berada dalam koma.

"Jenazah kemudian akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Kampung Tiram Jaya, Tanjung Karang malam ni", kata Hafiz Hamidun.

Ahli Kumpulan Nasyid Brothers, Salleh Meninggal Dunia
Ahli Kumpulan Nasyid Brothers, Salleh Meninggal Dunia
1 jam yang lalu, NasyidKini juga pos berita terkini tentang pemergian Salleh Brothers yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir beliau & mengucapkan takziah pada ahli keluarga beliau serta penggiat nasyid.

Ya Allah...
Waktu kecil dulu-dulu saya dibesarkan dengan muzik nasyid dan lagu-lagu kumpulan nasyid popular seperti kumpulan Brothers. Lagu Brothers yang paling popular sekali ada TEMAN SEJATI. Rasanya ramai yang tahu lagu tersebut. Memang famous.

"selama ini 
ku mencari-cari
teman yang sejati
buat menemani
perjuangan suci"


Itu adalah antara bait lirik yang masih segar di ingatan saya sehingga sekarang.

Semoga arwah Salleh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

You Might Also Like

3 comments

  1. sedihnya :( lagu feveret saya masa kecik tuu

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiuun. Sedihnyaaa.. Membesar dgn lagu2 dia je..

    ReplyDelete
  3. إنا لله وإنا إليه راجعون

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...

    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
    آمِيّنْ

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.