http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

aku kesepian di bawah blok

By 8:12:00 AM

Harini saya pergi yupiyyeeemm (UPM) sebab ada rehearsal konvo pagi ni. So, cadangnya nak tumpang bilik kawan di kolej. Sebab dia sambung master kan. So, dia stay kolej. 

Okay then, malam semalam saya dah cakap dah dengan dia "moyang (panggilan 'manja' saya untuk dia hehe) esok pagi (harini) aku datang awal tau. Aku call, kau turun bawah blok."

Yelaah, nak suruh dia tolong angkut barang hahaha. Dan saya pun tak tanya la dia duduk bilik nombor berapa kat kolej tu sebab ingat dia akan turun.

aku kesepian di bawah blok

Alkisahnyaaaa, pagi tadi pukul 7:05 dah sampai yupiyem. Nak dekat sampai tu saya call dia, tapi tak berangkat-angkat. Call  banyak kali tapi masuk voice note. Adoiiiiii. Den dah la tak tahu nombor bilik dia berapa.

So, terpaksa la merempat sorang-sorang dekat bawah blok dia. Ditemani dengan da beg saya + toto dalam plastik hahaha. Call lagi banyak-banyak kali. Banyakbanyak kali tu juga lah operator tu bagitahu "the number you have dialled......" =.=

Lepastu, dah give up call dia haha. So, tunggu je la dia call. Masa tu saya berfikiran positif la "mungkin handphone dia jatuh katil so ter off", atau "mungkin bateri fon dia mati", atau blah blah blah. Disebabkan kepositifan tu lah, saya rileks jela. Tunggu dekat bawah blok sorang-sorang. Sempat la main dengan kucing kat situ. Ada dalam 3 ekor. Comel comel je.

Dalam 10-15 minit macam tu, moyang pun whatsapp. "kc.. aku baru bangun.. kau dah sampai ke?"

Hahahaha aku dah agak dah budak ni baru bangun. Lepastu dia pun call. Dia tolong saya bawak barang masuk bilik dia. Saya tanya lah dia "kenapa call kau banyak kali tak dapat myang? Masuk voice note"

Dia jawab "line fon aku tak de kot."

Ohhhh line phone takde. 

So, ending nya.. happy ending hahaha. Okbai :)

You Might Also Like

8 comments

  1. ok motif cerita ini happy ending..sertai segmen ucing nak bloglist (^_^)

    ReplyDelete
  2. singgah pagi...
    hihihi...sabor je la ya... :)

    ReplyDelete
  3. Hahaha, nasib baik last-last happy ending, kalau tak mereputlah kat bawah blog tu...

    ReplyDelete
  4. haaaa, lately ni selalu sgt line phone takde. T_T geram rasa bila emergency takleh call org.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Sabar jelah..
    Bagus sifat KC nie.. Positif sentiasa..
    Dapat main dengan kucing lagi..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.