"kau tahu bila Allah rindu?"

by - October 10, 2016
Biasanya kita rindu mak ayah, adik beradik, anak-anak, anak buah, sahabat baik, kekasih, suami, isteri atau saudara-mara. Bila kita rindu mereka.. kita hubungi mereka, bertanya khabar, meluahkan rasa rindu, berjumpa & berbual. Tapi pernahkah kita rindu Allah? Atau terfikirkah kita bila Allah rindu kita?


"Kau tahu bila Allah rindu?"


"kau tahu bila Allah rindu?"
"kau tahu bila Allah rindu?"
"Bila?"

"Bila Dia kirimkan kau satu hadiah yang berbentuk ujian dan dugaan"

"kau tahu bila Allah rindu?"
"kau tahu bila Allah rindu?"

Ujian ni banyak. Banyak jenis. Banyak kategori. Banyak cara Allah nak beri. Kekayaan pun satu ujian. Masa lapang pun satu ujian. Kesihatan fizikal pun satu ujian. Rezeki melimpah ruah pun satu ujian.

Dugaan pun banyak. Dugaan ni pula lebih kepada perkara yang buruk atau malang. Tidak mendapat kerja adalah satu dugaan. Takde idea nak update blog pun satu dugaan. Sifat malas pun satu dugaan. Dapat anak yang degil satu dugaan.

Tapi, ingat ingat lah kita bahawa ujian & dugaan ini adalah tanda Allah rindu kita. Rindu kita untuk kembali pada-Nya. Rindu kan kita untuk memohon merayu pada-Nya. Rindu akan kita untuk meminta belas dan kasihan-Nya.

semoga Allah memberi kita kekuatan menghadapi ujian & dugaan ini. Amin ♥

You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p