http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

kecoh group whatsapp bila teka maksud Jawi lama

By 12:03:00 PM

Pada suatu hari tu, di group whatsapp...

kecoh group whatsapp bila teka maksud Jawi lama
ayat Jawi lama
pakchu: kakcik..tolong bacakan untuk Pakchu.. hadiah sup gearbox menanti .. resepi makchu.

Okay kakcik tu saya lah haha. Masa pakchu post gambar jawi lama kat atas tu dan diberi kepada saya untuk diteka.. saya tak perasan langsung! Saya tak perasan yang pakchu suruh saya teka. Hahaha so saya abaikan jela mula-mula. Orang lain yang ramai duk teka haha.

kakyong: kumbang hinggap di kambing kambing datang kumbang terbang. ada betul ka pakchu? walaupun saya bukan kakcik >.<

pakchu: not bad but salah

kakyong: wow menarik ni. kakcik cepat jawab.

kak eita: kumbang hinggap di kumbang, kumbang datang kumbang terbang. betul tak?

pakchu: tu ayat baby otw

kakngah pula teka : kumbang hinggap di kembang, kambing datang kumbang terbang. pakchu..betul enggak?

pakchu: para juri menapikan ayat tersebut.. sila cuba lagi. makchu kata tawaran sup dah nak tutup.

kakngah teka lagi: kumbang hinggap di kembang, kumbang datang kumbang terbang.

pakder: kembang2 hidung nak jawab, akhirnya sup terbang jua..

HAHAHAHA lawak la pakder ni.

kak atie: kumbang hinggap di kembang, datang kambing kumbang terbang. kembang aih jawab soklan ni.

HAHAHA.

pakchu pun bagi la hint sikit: baca dengan frasa jawi lama.

kakngah: pakchu..apa jawapan sebenarnya?

kak atie: ala nantila hehe.

pakchu: kakcik tak jawab lagi.. tito yaaa..

Haaa masa ni la saya baru perasan! masa ni la saya skrol balik sebab pelik pakchu seru saya hahaha. then, baru lah perasan teka-teki jawi lama tu ditujukan untuk saya muahaha. so lambatt.

kak atie: ala lambat ar kecik (kakcik) ni.. sup kambing dah kembang.. datang kecik sup kambing kembang pon habisss.

HAHAHA.

saya: eh baru perasan haha. jap jap. 

Den pun berfikir laa dengan merenung ayat jawi lama tu. tapi tak tahu. sebab dah ramai dah jawab sebelum ni. so, macam blur nak jawab apa.

saya: taktahu pakchu >.< distracted dengan jawapan-jawapan yang ada.

pakchu: u must try.

am: kumbang hinggap di kambing, kambing datang kumbang terbang. lulus tak pakhu?

kak atie: kecik ko mesti jawab..kitorang kat opis ni dok kambing kembang kambing kembang dah ni.

HAHAHAHA.

saya: haha. kakcik siap bukak kamus jawi kat tenet ni. kalau kambing hinggap kat kumbang camne? kumbang mati haha.

pakchu bagi hint lagi sambungan dari hint pertama: bila sebut frasa, ianya mesti 2 perkataan yang bersangkutan. contoh: gadis manis, cantik jelita, hitam putih, para hadirin, jiwa bangsa.

am: kumbang datang terbang ke kambing, kumbang hinggap di kambing. pecah pale

HAHAHA.

saya pun gigih la search kat internet pantun yang berkaitan dengan jawi lama + ada word kambing kumbang kembang hhaha. pastu saya pun jumpa satu ni!

saya: jap macam dah jumpa je! kumbang hinggap di kembang, kambing datang kumbang terbang. betui ka pakchu? 

then, panjang lagi la perbincangan ni haha. perbalahan/ketidakpuasan hati semua ada. adoii memang kecoh la time tu dekat group. 

dan akhirnya, pakchu bagi jawapan yang betulll. 

pakchu: 
KUMBANG HINGGAP
DI KEMBANG KIAMBANG
DATANG KAMBING
TERBANG.
maksud pakchu KEMBANG KIAMBANG itulah frasanya. KEMBANG itu asalanya bahasa jawa yang bermaksud BUNGA. Jadi, bila sebut KEMBANG KIAMBANG maknanya BUNGA KIAMBANG.

Lepastu semua duk "Oooooooo". hahaha. adehh ponek den fikir.
Dan pakchu akhirinya dengan..

pakchu: sape jawab kumbang hinggap di kembang kiambang, datang kambing terbang.. dipersilakan datang rumah pakchu. yang jawab salah, dilarang datang.. yang senyap jer boleh datang tapi bawak kambing...

KAMBING GOLEK.

hahaha adoii lawak la.

Tapi gain something ilmu yang baru lah. dapat tahu ayat jawi lama hehe. Korang yang teka tadi, dapat jawapan betul tak? :P

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.