http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

teringin nak belajar main piano

By 10:02:00 PM

teringin nak belajar main piano
teringin nak belajar main piano dan hebat seperti Min Sugaa
Walaupun tak ada orang tanya, nak story mory jugak.

Saya sangat sangat sangat teringin nak belajar main piano. SANGAT. Dari dulu lagi nak belajar. Dari zaman sekolah rasa nak belajar tu ada. Tapi sampai sekarang tak kesampaian hajat tu sebab tak ada kawan yang mahir main piano + sebab tak ada piano + sebab tak ada orang nak ajar + sebab tak ada duit nak pergi kelas piano. Hahaha banyak nau sebab nya.

Saya pernah juga dulu teringin nak main gitar. Tapi sekarang dah tak ada keinginan nak main gitar. Tapi keinginan nak belajar main piano memang dari dulu sehingga sekarang masih ada. Dan makin kuat rasa nya. Lagi-lagi haritu saya ada jumpa satu channel YouTube : Smyang Piano. Dia buat cover lagu guna muzik Piano. Ohmaiiii best gilos. Tenang je.

teringin nak belajar main piano
teringin nak belajar main piano
Tapi dah kenapa saya nak sangat belajar main piano ni? Sebab apa? Soalan serius ni.

+ Sebab saya suka dengar muzik yang dialunkan dari piano.
+ Muzik piano buat saya tenang
+ Muzik piano lembut dan mengasyikkan
+ Tengok orang main piano macam best dan cool

Haa tu lah sebab-sebabnya saya teringin sangat nak belajar main piano haha. Susah ke senang ye main piano ni? Macam susah je. Sebab jari kena cepat menari-nari atas keyboard piano tu. Tangan saya ni dah la pendek je. Tak tahu la sampai ke tak haha.

Takpelahh, jadi impian jelah main piano ni. Moga impianku tercapai suatu hari nanti Amin. Kot-kot lepas dah expert main piano, boleh jadi cikgu mengajar piano pula ke kan haaa. Berangan je la kau sayidah uit.

Okay, jom layan muzik piano bawah ni :)


You Might Also Like

2 comments

  1. Hasdrat yang baik teruskan usaha ya

    ReplyDelete
  2. Kak cik belajo piano pastu nanti ajar akak pulak ye.. Hahaha..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.