November 2016 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, November 30, 2016

November 30, 2016

MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?

1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Saya tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?


MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?
MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR (MAHA 2016)?


  • Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
  • Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
  • Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.


KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K

KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI


  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala.
  • Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.


Ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.


MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?
BAUCAR RM73 - JUS QALBI MAHA 2016

MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?
BAUCAR RM35 - JUS QALBI MAHA 2016

MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?
BAUCAR RM15 - JUS QALBI MAHA 2016

MAHA 2016 : APA YANG MENARIK DI BOOTH D18, HALL C JUS QALBI AL-EHSAN?
BAUCAR RM53 - JUS QALBI MAHA 2016

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421


Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan
November 30, 2016

3 Days Giveaway by Hanis Masturina

3 Days Giveaway by Hanis Masturina

3 Days Giveaway by Hanis Masturina


Tarikh berlangsung Giveaway ini : 27-30 November 2016
KLIK BANNER UNTUK JOIN!

HADIAH

3 Days Giveaway by Hanis Masturina

3 Days Giveaway by Hanis Masturina

3 Days Giveaway by Hanis Masturina

Hasil carian imej untuk novel kenapa aku

TOP REFERRAL (1) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 NOVEL

TOP REFERRAL (2) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 PERFUME PEN

RANDOM 3 PESERTA : 1 PERFUME PEN + 2 Trial AJ HAIR SHAMPOO


Testimoni AJ HAIR CARE

testimoni AJ Hair Care

aj hair care

Sesiapa nak trial AJ HAIR CARE percuma boleh usahakan untuk jadi TOP REFERRAL !!! CEPAT GIVEAWAY INI BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI SAHAJA ! Jangan lepaskan peluang ini !

Tuesday, November 29, 2016

November 29, 2016

gian nak menulis, bercerita di blog!

Ye den tengah gian ni. Arghhh! Gian nak merepek, meraban, berkongsi cerita, meluahkan rasa, bertanyakan pendapat dan semua yang sama lingkungan maksud dengannya haha. Yela kalau perasan (kalau perasan la hehe), 7 hari yang lepas kat blog ni tak ada pun entri yang personal atau perbincangan kan? Semuanya - entri Giveaway, review/advertorial & info. Boring kan kan? Angguk cepat haha.

gian nak menulis, bercerita di blog!


gian nak menulis, bercerita di blog!
gian nak menulis, bercerita di blog!
credit image : weheartit.com
Okay ada beberapa sebab kalau saya tak update entri personal/perbincangan/pendapat/tips di blog:

1. Busy
2. Malas
3. Tak ada mood nak menulis
4. Masalah internet
5. Tak ada idea nak tulis apa
6. Sakit / tak sihat

Haa yang tu jelah kemungkinan-kemungkinan yang ada. Dan kali ni puncanya adalah sebab yang pertama sekali, iaitu busy. Sibuk.

Saya busy dengan job blog, buat kerja freelancer editor subjek addmaths, urus dropship dan ada la beberapa lagi ke-busy-an. Bila bergabung semua memang tak cukup tangan dan fikiran. So, memang kalau saya busy, nak buka blog pun saya malas sebenarnya haha. Tapi rasa bertanggungjawab untuk meriahkan blog sayidahnapisahdotcom ni menggunung tinggi (selain daripada entri job/review). 

Oleh itu, muncul lah entri Giveaway/segmen. Iye, tu memang hobi saya sejak dulu - join GA/segmen ni haha. 

gian nak menulis, bercerita di blog!

Tapi, tipu la kalau saya tak rindu nak karang entri personal di blog ni kan, tak rindu nak berceloteh tentang apa-apa. Hmm.. Takpe takpe. Bulan Disember nanti saya muncul dengan lebih banyak entri-entri personal/perbincangan/pendapat inshaaAllah. Stay tuneddd semuaa hehe.

gian nak menulis, bercerita di blog!

Sunday, November 27, 2016

Friday, November 25, 2016

November 25, 2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Tarikh tamat penyertaan : 10 Disember 2016.

Instagram saya : @ sayidahlurvechoc

Antara hadiah yang bakal pemenang dapat ialah :-

Image result for topup
Topup free? Serius? Seriuslah.. Semua rangkaian boleh tau. Jangan nombor luar negara sudah...

Image result for 50 ringgit
Image result for 20 ringgit
Duit cash pun ada? Tudiaa.. Kalau hampa tak join , memang rugi gila !! Cepat join!!

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016
Haaa.. Sabun kopi pun ada. Sabun ini susah didapati tau sekarang. Amat terlaris !

Image result for totebag
Totebag juga ada. Tetapi bukan macam inilah designnya. Aku rahsiakan designnya khas untuk pemenang saja tahu tau. 

Image result for notebook tumblr
Notebook juga ada gaiss.. Design dirahsiakan juga. Katanya nak surprise untuk pemenang juga.

Kenapa Mega Giveaway? Sebab penganjur nak mencari ramai pemenang. Cuba teka berapa pemenang yang bakal  diumumkan? Haaa.. jawapannya lebih kurang 15 , 16 orang! Wahh!

Jom la join Mega Giveaway ni! Ada masa lagi ni nak join. Jika ada rezeki, korang menang. Hehehe.

Saya tag Kak Jati & Kak Linda.

Thursday, November 24, 2016

November 24, 2016

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik

Korang pernah pergi ke negeri Pahang? Haa, seperti negeri-negeri yang lain Pahang juga terdapat beberapa destinasi perlancongan yang menarik tau, jangan tak tahu pula dan salah satunya ialah Cherating. Siapa saja yang tak kenal Cherating kan? Cherating ni kalau korang nak tahu ia merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan banyak kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Bagi saya pula, satu tempat yang paling saya ingat semasa saya kecil adalah Cherating. Cherating adalah kenangan indah saya bersama keluarga saya (bersama abang ipar). Kami berada di Cherating 3 hari 2 malam. Sangat sangat best tau! Dapat main pantai setiap pagi. Dapat tengok Sunset pada waktu senja.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
credit image : tripadvisor.com.au
Di Cherating juga terdapat sebuah resort antarabangsa terkenal iaitu Club Med Cherating, yang merupakan cawangan pertama di Asia. Ada beberapa tempat dan aktiviti menarik yang boleh korang lakukan di sini dan di sekitarnya seperti tengok penyu, kelip-kelip, melawat kilang batik dan lain-lain lagi.
1. Destinasi pertama yang boleh korang pergi ialah Pantai Teluk Mak Nik atau juga dikenali dengan Monica Bay. Ia merupakan pantai rekreasi yang penuh dengan pokok-pokok rhu yang tumbuh meninggi di atas pondok-pondok rehat. Ia juga adalah kawasan yang menarik untuk aktiviti perkelahan. Sesiapa yang mahu menenangkan fikirannya sambil bersantai-santai boleh juga datang ke sini.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Pantai Teluk Mak Nik
credit image : terengganuimpianku.blogspot.com
Tambahan lagi, korang juga boleh melihat penyu bertelur. Bukan mudah tau nak dapat melihat penyu bertelur kerana ia bergantung kepada keadaan persekitaran pantai. Kalau nak tengok penyu tu dengan lebih dekat lagi, korang boleh ke Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating. Berbagai maklumat tentang penyu ada di sini. Terdapat juga beberapa Cherating Hotel yang menarik untuk korang bermalam di sekitar pantai ni.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Penyu di Pantai Teluk Mak Nik

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Banyak pilihan hotel di Cherating

2. Kalau korang seorang pencinta alam pula, korang boleh cuba pergi ke Sungai Cherating untuk menikmati kekayaan alam semula jadi. Mendekatkan diri dengan alam semula jadi dengan menyusuri hutan paya bakau ni memang akan menjadikan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
menyusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating
credit image : fazriani.wordpress.com
Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Sungai Cherating
credit image : ruggedmom.com
Menyusuri Sungai Cherating yang dikelilingi pelbagai jenis pokok bakau memang mengasyikkan tapi korang kena berhati-hati juga kerana kadang-kadang ada ular yang bersidai di mana-mana saja di pokok –pokok bakau tersebut. Terdapat juga binatang liar lain seperti monyet, biawak, burung, ikan dan lain-lain. Tambahan lagi, korang juga dapat tengok ribuan kelip-kelip yang menyinari beberapa kawasan di hutan ini. Cukup indah dan menenangkan.

3. Destinasi seterusnya ialah Pulau Ular. Untuk ke pulau ini korang kena menaiki bot dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit saja korang sudah boleh menikmati keindahan suasana di sini. Siapa sangka ada tempat seunik ini yang terletak tidak jauh daripada beberapa Cherating Hotel yang berdekatan. Jadi korang patut pergi ke sini! Ternyata ianya sangat memukau!

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Pulau Ular Cherating
credit image : indahkuproduction.blogspot.com
Di sini korang boleh melakukan aktiviti snorkeling dan trekking sekitar pulau. Terdapat pelbagai jenis hidupan laut di sekitar pulau ni dan waktu paling sesuai untuk datang ke sini ialah di pagi hari kerana ikan aktif mencari makanan. Bagi yang gemar trekking pula, korang boleh berjalan untuk melihat keadaan sekeliling di Pulau Ular ni. Pasti korang takkan menyesal ke sini.

4. Untuk pengetahuan korang, Cherating juga bersebelahan dengan Daerah Kemaman. Hanya beberapa minit saja memandu untuk sampai ke sana. Jadi secara umumnya, korang juga boleh bercuti di bandar Kemaman sekali. Kira-kira 15 km dari Cherating, korang boleh kunjungi ke Zoo Kemaman bersama anak-anak untuk melihat binatang liar seperti harimau, gajah, burung merak, buaya, burung utan dan sebagainya. Zoo di sini tidaklah sebesar Zoo Kuala Lumpur, namun cukuplah sekadar untuk menceriakan anak-anak korang untuk melihat binatang-binatang liar.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
credit image: pelancongan-terengganu.blogspot.com
Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Gelongsor Air di Mini Zoo Kemaman
credit image: nurmuhamad89.blogspot.com
Selain itu, terdapat juga taman tema air untuk anak-anak bermain. jadi, korang bolehlah relaks-relaks sambil melayan kerenah mereka. Jika korang menginap di sekitar hotel di Kuantan, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh korang kunjungi seperti Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi, Muzium Sungai Lembing dan lain-lain lagi.


Haaa, seronok kan dapat terokai destinasi-destinasi yang menarik. Jadi, korang tunggu apa lagi? Cepatlah rancang percutian korang ke sini. Jangan risau terdapat lebih 50 buah hotel di Kuantan yang boleh korang pilih mengikut bajet. Tidak pun, korang boleh cuba tengok dekat Traveloka.com untuk mendapatkan promosi yang dorang tawarkan. Sangat berbaloi. Yeah!