http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

apakah maksud di sebalik nama Sayidah Napisah?

By 9:13:00 PM

Saya ada lima adik beradik termasuk saya. Saya anak yang bongsu. Well, seperti yang saya beritahu sebelum ni, saya sebenarnya ada adik lelaki tapi dia meninggal dalam kandungan. So saya anak kelima dari lima adik beradik.

Nama kakak saya Sumaiyah. Nama dia diberi inspirasi dari kisah wanita solehah, Sumayyah. Siapa Sumayyah ni? Apa kisah hebat beliau? Sila search sendiri haha. Kumpulan nasyid Hijjaz pernah create lagu Sumayyah. Haaaa go through je lirik lagu tu.

Nama abang kedua saya pula Sufyan At-Tsauri. Namanya inspirasi dari seorang lelaki yang warak, Sufyan Ats-Tsauri. Haa siapa pula Sufyan Ats-Tsauri ni? Pergi search sendiri haha.

Okayy. Nama saya pula umi kata inspirasi dari kisah seorang wanita (dikatakan wali Allah) yang bernama Sayyidah Nafisah. Wuduk wanita ini mampu menyembuhkan lumpuh seorang anak Yahudi. Whoaa nampak tak betapa hebatnya Sayyidah Nafisah ni?

Tapi nama saya Sayidah Napisah. Bukan Sayidah Nafisah. Tapi kalau saya tulis nama saya dalam Arabic (jawi) pun, nama saya memang Sayidah Nafisah. Sebab huruf jawi "pa" takde dalam nama Arab. So kena tulis "fa".

apakah maksud di sebalik nama Sayidah Napisah?
apakah maksud di sebalik nama Sayidah Napisah?
thanks to Kak Amy buat gif nama den ni hehe
Okay so apa maksud di sebalik nama saya, Sayidah Napisah? Saya dapat tahu apa maksud di sebalik nama saya ni time saya di sekolah Menengah. Sebab form 1-3 saya duduk di kelas first di mana kami wajib ambil subjek Arab & kelas KKQ (Kelas Kemahiran Quran). So dari kelas KKQ tu lah saya dapat tahu.

Saya tanya Ustaz apa maksud nama saya? Pastu ustaz suruh saya cari sendiri kat kamus =.= Saya pun cari lah tapi sayangnya tak jumpa pun dalam kamus. So, dengan tak putus asanya saya tanya lagi kat ustaz apa maksud nama saya. Ustaz pun beritahu laa apa maksud nama saya. Jeng jenggg~

Sayidah (sin ya dal ta marbutoh) : cik / puan/ ketua perempuan
Napisah (nun fa ya sin ta) : yang berani

So, bila digabungkan jadilah ketua perempuan yang berani! Yeayy berani! Kekeke. Secara realiti nya, berani keeeeee sayidah uitt? Tutt tutt. Hmmm berani kot. Hehe.

So, apa maksud nama korang pula? Share la dengan saya ^-^

You Might Also Like

11 comments

  1. Seindah nama..seindah maksudnya moga menjadi doa yang baik juga.amin..

    ReplyDelete
  2. Sedap nama sayidah. Lya tak tahu maksud nama penuh Lya, kena google ni.

    ReplyDelete
  3. seindah wajah seindah namamu sayidah napisah. hehe. busyra adalah khabar gembira. :)

    ReplyDelete
  4. Wahh sedapnya nama..maksud pon best jer..Kan kan kan KC kan..

    ReplyDelete
  5. betul ke takde huruf pa dalam jawi? bukan fa tu tu titik satu and pa tu titik 3?

    alhamdulillah name yg baik dan sentiasa didoakan yg baik baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bhsa arab tak ada pa. hanya ada fa. yang tu ustaz bagitahu hehe

      Delete
  6. berani la jugak cik sayidah ni..berani cari typo orang..hahahah

    ReplyDelete
  7. Sedapp nama yg diberi...salam berkenalan..

    ReplyDelete
  8. Sedappp nama yg diberi...salam berkenalan:-D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.