Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik - sayidahnapisahdotcom Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
LightBlog

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik

Korang pernah pergi ke negeri Pahang? Haa, seperti negeri-negeri yang lain Pahang juga terdapat beberapa destinasi perlancongan yang menarik tau, jangan tak tahu pula dan salah satunya ialah Cherating. Siapa saja yang tak kenal Cherating kan? Cherating ni kalau korang nak tahu ia merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan banyak kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Bagi saya pula, satu tempat yang paling saya ingat semasa saya kecil adalah Cherating. Cherating adalah kenangan indah saya bersama keluarga saya (bersama abang ipar). Kami berada di Cherating 3 hari 2 malam. Sangat sangat best tau! Dapat main pantai setiap pagi. Dapat tengok Sunset pada waktu senja.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
credit image : tripadvisor.com.au
Di Cherating juga terdapat sebuah resort antarabangsa terkenal iaitu Club Med Cherating, yang merupakan cawangan pertama di Asia. Ada beberapa tempat dan aktiviti menarik yang boleh korang lakukan di sini dan di sekitarnya seperti tengok penyu, kelip-kelip, melawat kilang batik dan lain-lain lagi.
1. Destinasi pertama yang boleh korang pergi ialah Pantai Teluk Mak Nik atau juga dikenali dengan Monica Bay. Ia merupakan pantai rekreasi yang penuh dengan pokok-pokok rhu yang tumbuh meninggi di atas pondok-pondok rehat. Ia juga adalah kawasan yang menarik untuk aktiviti perkelahan. Sesiapa yang mahu menenangkan fikirannya sambil bersantai-santai boleh juga datang ke sini.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Pantai Teluk Mak Nik
credit image : terengganuimpianku.blogspot.com
Tambahan lagi, korang juga boleh melihat penyu bertelur. Bukan mudah tau nak dapat melihat penyu bertelur kerana ia bergantung kepada keadaan persekitaran pantai. Kalau nak tengok penyu tu dengan lebih dekat lagi, korang boleh ke Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating. Berbagai maklumat tentang penyu ada di sini. Terdapat juga beberapa Cherating Hotel yang menarik untuk korang bermalam di sekitar pantai ni.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Penyu di Pantai Teluk Mak Nik

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Banyak pilihan hotel di Cherating

2. Kalau korang seorang pencinta alam pula, korang boleh cuba pergi ke Sungai Cherating untuk menikmati kekayaan alam semula jadi. Mendekatkan diri dengan alam semula jadi dengan menyusuri hutan paya bakau ni memang akan menjadikan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
menyusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating
credit image : fazriani.wordpress.com
Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Sungai Cherating
credit image : ruggedmom.com
Menyusuri Sungai Cherating yang dikelilingi pelbagai jenis pokok bakau memang mengasyikkan tapi korang kena berhati-hati juga kerana kadang-kadang ada ular yang bersidai di mana-mana saja di pokok –pokok bakau tersebut. Terdapat juga binatang liar lain seperti monyet, biawak, burung, ikan dan lain-lain. Tambahan lagi, korang juga dapat tengok ribuan kelip-kelip yang menyinari beberapa kawasan di hutan ini. Cukup indah dan menenangkan.

3. Destinasi seterusnya ialah Pulau Ular. Untuk ke pulau ini korang kena menaiki bot dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit saja korang sudah boleh menikmati keindahan suasana di sini. Siapa sangka ada tempat seunik ini yang terletak tidak jauh daripada beberapa Cherating Hotel yang berdekatan. Jadi korang patut pergi ke sini! Ternyata ianya sangat memukau!

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Pulau Ular Cherating
credit image : indahkuproduction.blogspot.com
Di sini korang boleh melakukan aktiviti snorkeling dan trekking sekitar pulau. Terdapat pelbagai jenis hidupan laut di sekitar pulau ni dan waktu paling sesuai untuk datang ke sini ialah di pagi hari kerana ikan aktif mencari makanan. Bagi yang gemar trekking pula, korang boleh berjalan untuk melihat keadaan sekeliling di Pulau Ular ni. Pasti korang takkan menyesal ke sini.

4. Untuk pengetahuan korang, Cherating juga bersebelahan dengan Daerah Kemaman. Hanya beberapa minit saja memandu untuk sampai ke sana. Jadi secara umumnya, korang juga boleh bercuti di bandar Kemaman sekali. Kira-kira 15 km dari Cherating, korang boleh kunjungi ke Zoo Kemaman bersama anak-anak untuk melihat binatang liar seperti harimau, gajah, burung merak, buaya, burung utan dan sebagainya. Zoo di sini tidaklah sebesar Zoo Kuala Lumpur, namun cukuplah sekadar untuk menceriakan anak-anak korang untuk melihat binatang-binatang liar.

Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
credit image: pelancongan-terengganu.blogspot.com
Cherating Hotel dan Terokai 4 Destinasi Menarik
Gelongsor Air di Mini Zoo Kemaman
credit image: nurmuhamad89.blogspot.com
Selain itu, terdapat juga taman tema air untuk anak-anak bermain. jadi, korang bolehlah relaks-relaks sambil melayan kerenah mereka. Jika korang menginap di sekitar hotel di Kuantan, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh korang kunjungi seperti Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi, Muzium Sungai Lembing dan lain-lain lagi.


Haaa, seronok kan dapat terokai destinasi-destinasi yang menarik. Jadi, korang tunggu apa lagi? Cepatlah rancang percutian korang ke sini. Jangan risau terdapat lebih 50 buah hotel di Kuantan yang boleh korang pilih mengikut bajet. Tidak pun, korang boleh cuba tengok dekat Traveloka.com untuk mendapatkan promosi yang dorang tawarkan. Sangat berbaloi. Yeah!

Post a Comment

9 Comments

  1. cantik2nya gambar yang diambil.. tapi cherating mmg best..

    jemput singgah my blogshop, ada sale instant shawl yang cantik2..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. cantik2 semua gambar!! bestnya kalau bpelung dtg

    ReplyDelete
  3. Saya dah 31 tahun duduk kuantan, first time tau pasal sungai cherating dan pulau ular. Banyak rupenye tempat saya tak explore,hahaha. Boleh la pergi pulau ular pasni. Macam best je!

    ReplyDelete
  4. nice share..mini zoo kemaman tu dh bnyk rosak sbb tak trjaga...

    ReplyDelete
  5. best nye kalau dapat bercuti kat cherating..jom kak cik kita pi..heheh

    ReplyDelete
  6. Sebelum ni pergi cherating.. Hanya lalu je. Tak pernah lagi singgah.. Ada rezeki, leh rasa pergi Sungai Cherating..

    Hope tak ada buaya kat situ. Erk.. Otak negatip pula :D

    ReplyDelete
  7. Cantiknya tempat-tempat kat cherating nie...

    ReplyDelete
  8. Pcl pernah ke Pahang tapii belum jejak ke Cherating. Tungguuu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p