http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

diam tandanya.......

By 6:02:00 PM , , , , ,

Orang dedulu kata .. kalau perempuan tu bila ditanya kemudian dia diam. Diam tandanya setuju. Diam lepas tu tersipu-sipu malu-malu kucing harimau, memang maksudnya setuju la tu. Hahaha. Tapi cuba kalau diam sambil buat muka cemberut, marah, masam, mata menjeling.. haa maksudnya apa tu? Diam tandanya... banyak tanda sebenarnya. Kita kena kaji dan juga analisis maksud ke-silent-an tersebut.

diam tandanya.......


diam tandanya.......
diam tandanya.......
1. Marah / tidak puas hati

Pernah tak dengar.. "kalau kau marah, baik kau diam". Sebab bila marah ni, tendency untuk berkata-kata kasar, menyakitkan hati, mencarut memang tinggi. Bila marah ni juga, kekadang kita akan bertindak luar kawalan dan mengikut emosi. Jadi, lebih baik diam. Tenangkan fikiran.

Tu kekadang orang kalau kepoh atau biasa aktif kan, tiba-tiba dia diam. Kemungkinan dia sedang marah atau tidak puas hati dengan sesuatu.

Macam mana nak tangani orang yang senyap sebab tengah geram dan marah membara ni? Kalau saya.. Saya biarkan dia dulu. Biar dia sorang-sorang tenangkan jiwa. Sambil tu, fikir jalan penyelesaian. Sebab kekadang miscommunication dan salah faham je. So jika itu yang berlaku, lebih baik terangkan keadaan yang sebenar dengan cara yang berhemah.

diam tandanya.......
diam tandanya.......
credit image : novantinc.blogspot.com
2. Merajuk

Okay diam sebab merajuk ni macam lebih kurang dengan diam sebab marah. Tapi merajuk ni versi ngengada sikit haha. Diam sebab merajuk ni most of the time sebabnya dia nak kita pujuk dia. Nak bagi dia extra kasih sayang dan perhatian dan lebih dari segala-gala segi lah. Tu saya kata tadi mengada-ngada lebih haha. 

Tapi jangan main-main, kadang-kadang diam sebab merajuk ni kalau tidak dibetulkan keadaan dengan cepat, masalah boleh jadi lebih besar.

3. Malas/penat/tiada mood

Pernah tak berada dalam keadaan macam ni? Kita rasa macam "ya Allah malasnya nak borak-borak". "Tak ada mood la nak bergurau". "Penat la nak cakap-cakap dengan orang sebelah". "Tak ada mood la nak chat dekat group whatsapp". Orang yang diam sebab malas/penat nak cakap ni..kita jangan ambil hati sangat dengan dia. Kita buat macam biasa je. 

Kita cakap je la dengan dia, kita bercerita je sorang-sorang story kita kat dia (walaupun dia response sikit-sikit tapi yang penting dia beri perhatian penuh kat kita).. kot-kot dia terhibur dengan keletah kita ke kan haha.

diam tandanya.......
diam tandanya.......
credit image: simplyorthodox.tumblr.com
4. Sibuk

Okay point ni biasanya diaplikasi kan pada orang yang bukan tinggal dengan kita. Contohnya, kawan atau kekasih atau adik beradik atau saudara-mara. Yelaa biasa meriah je dia dekat group whatsapp atau personal whatsapp dengan kita, tapi tiba-tiba diam. Kita pun macam takut kita ada buat salah ke apa ke kan. Ada sakitkan hati dia ke. Ada terbuat dia kecil hati ke.

Tapi lohh sebenarnya, dia busy sangat-sangat dengan urusan harian, kerja. So, tu yang diam je tu. Nak balas pun tak sempat sebab nanti kang balas sepatah, kita pula tak puas hati kan. "Kenapa awak balas sepatah je ni?" "Kenapa awak balas sikit-sikit je ni? Dah bosan dengan saya ye?" Tetibe kan hahaha.

So, moh le kita lebih memahamii orang yang diam kerana sibuk ni. Dia bukannya sengaja pun, cuma sebab dia busy.

diam tandanya.......
diam tandanya.......
credit image : tumblr.com
5. Tenangkan keadaan

Suasana tegang. Sini pendapat lain, sana pendapat lain. Masing-masing meluahkan ketidakpuasan hati. Keadaaan jadi tidak tenteram dan huru hara. Jadi, dia berdiam diri. Kerana tidak mahu serabutkan lagi keadaan. Mahu tenangkan keadaan. Walaupun dia ada point of view dia sendiri, dia cuba simpan dulu. Dia diam. Cuba tidak masuk campur. 

Atau dia diam.. memang untuk tenangkan keadaan + untuk menilai dan menganalisis keadaan yang sebenar.

6. Hati tidak tenteram

Frust. Kecewa. Sedih. Murung. Tertekan. Banyak masalah dan dugaan. Stress. Runsing.

Semua ni membuatkan hati kita tidak tenteram. As a result, kita akan jadi orang yang pendiam. Kita dalam dunia kita yang sendiri. Melayan perasaan.

Sebaiknya, kalau jika ini yang terjadi, cepat-cepat settle down kan perasaan tu. Jangan biarkan hati tak tenang dan tak tenteram lama-lama. Sebab syaitan memang suka kacau dan senang masuk dalam badan (hasut) bila kita down. Dekatkan diri dengan Allah, kawan dengan orang yang soleh solehah, menghadiri/mendengar ceramah agama/motivasi, minta nasihat kawan baik, berzikir, jangan berseorangan.

diam tandanya.......
diam tandanya.......
credit image :  englishblogmmg.edublogs.org
So korang biasanya diam sebab apa? Banyak lagi maksud seseorang diam ni sebenarnya. Boleh jadi disebabkan benda yang baik atau kurang baik. Boleh jadi dia diam sebab nak behave. Tak nak cakap benda-benda yang buang masa. Atau.. Ada yang diam sebab dia tengah feeling pressured or sad. 

Saya kekadang diam sebab lapar sangat muahahahhaa. 
Okay lah bye adios! :)

You Might Also Like

7 comments

  1. Diam tandanya bijaksana. Barangsiapa beriman dengan allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau diam 😍

    ReplyDelete
  2. Mai akan diam bila terlalu sedih , kalau sepatah je keluar suara nanti boleh banjir, hahaha, lebih baik diam.

    Terlalu marah pun diam, sbb kalau keluar suara nanti menusuk org lain, lebih baik diam.

    ReplyDelete
  3. Diam akak diam berisi...selalunya lebih kepada protes dan malas nak semak otak

    ReplyDelete
  4. diam i semua yang tersenarai di atas..muahahahha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.