maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA - sayidahnapisahdotcom maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
LightBlog

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Sebelum ni saya ada update entri tentang maklumat terbaru berkaitan elaun latihan amali JPA (boleh baca di SINI). Kali ni, saya nak update pula maklumat terbaru berkaitan tuntutan elaun tesis JPA. Syarat dan borang baru tersebut mula berkuatkuasa dari 1 September 2016. Maksudnya, pada sesiapa yang sudah hantar menggunakan borang lama sebelum 1 September 2016 inshaaAllah masih akan diproses. Cuma bagi yang belum dan baru nak memohon, haruslah menggunakan borang baru. Sebarang tuntutan elaun tesis JPA tersebut yang masih menggunakan borang lama tidak akan diproses.


maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
Syarat-syarat



1. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis.
2. Sekali sepanjang tempoh pengajian.
3. Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan disediakan secara individu.

Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan Yang Perlu Ada

1. Borang Tuntutan yang lengkap diisi - Lampiran A (borang boleh ambil di website esilav jpa atau muat turun gambar di bawah ini)

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
borang permohonan tuntutan elaun tesis JPA

  • Kat mana nak dapatkan borang tuntutan ni? : Anda boleh ambil di BHEP universiti masing-masing atau muat turun di website esilav JPA atau boleh muat turun gambar di atas ni je kot kihkih.
  • Borang baru ni tak perlu cop dekan & majikan (SV).
  • Alamat Bank nak letak alamat mula-mula buka akaun ke? : Saya tak tahu jawapannya. Ada je orang letak hanya "Bank Islam" di ruangan tersebut. Tapi kalau lah saya kan (kalau ye kalau), saya letak je alamat bank (full address) yang saya buka akaun atau alamat bank yang berhampiran dengan rumah saya. 
  • Jenis tuntutan : elaun amali atau tesis.
  • Perlu ke attach kan sekali bil/invois/resit? : Kalau ada, attach kan je sekali.
  • Kalau tak ada bil/invois/resit? : Kalau tak ada, tak apa kot kalau tak sertakan. Tapi usaha kan lah supaya ada sebab di borang permohonan tu ada disebut tentang resit.
  • Jumlah tuntutan nak letak berapa? : Kalau saya dulu saya dapat RM300 untuk elaun tesis tapi dalam borang saya tak letak apa-apa amount pun sebab memang dah ditetapkan. Tapi kalau yang baru ni, saya pun rasa tak perlu letak apa-apa nilai. Tak payah isi RM300 atau apa-apa di situ. Biarkan sahaja kosong. Pengawai JPA yang bertugas akan letak amount di situ.

2. Salinan softcopy tesis (CD)

**CD yang mengandungi full thesis (complete) mestilah dalam bentuk PDF file. 
Kenapa dalam PDF file? Supaya memudahkan proses dan tidak lari tulisan jika dibuka di komputer lain.

p/s: cara-cara untuk burn CD boleh dilihat di SINI

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
softcopy tesis CD
3. Salinan muka depan tesis yang telah disahkan oleh Dekan/Ketua Jabatan/Penyelia Kursus (SV) di universiti berkaitan.

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
salinan muka depan tesis
Contoh muka depan tesis saya:


contoh muka depan tesis jpa
contoh muka depan tesis saya

Ketiga-tiga benda ni hantar by pos ke alamat JPA :

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA

Q: Boleh ke just email dokumen-dokumen yang diperlukan tu ke JPA? 

A: Rasanya tak boleh by email. kalau nak make sure, boleh call pihak JPA sendiri. hantar by hand atau by pos(pos laju) sahaja.



Q: Nak apply elaun tesis ni ada last date atau due date ke? Atau bila-bila boleh asalkan dah submit thesis?

A: Tiada last date atau due date. Yeap. Boleh apply bila-bila masa asalkan selepas dah submit thesis hardbound.

Q: Tarikh credit elaun tesis tu bila? Berapa lama?

A: Tarikh kredit adalah tarikh arahan bayaran dari pihak JPA akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh 1-3 minggu selepas tarikh kredit, tertakluk kepada pihak bank.

Ada yang dah dapat duit elaun tesis JPA katanya ... dalam masa 2 minggu macam tu kalau hantar by hand.



Ada sorang tu submit by pos pada 8 Jun dan 20 Jun ialah tarikh kredit nya.

Q: Macam mana nak tahu dah kredit? 

A: Boleh check di website Myself (https://myself.jpa.gov.my/).

**Jika nak tahu maklumat berkaitan MySELF JPA ni boleh klik SINI

e-SILA ID : No kad pengenalan kita.

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
tuntutan elaun tesis JPA
myself JPA


maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
alamat tulis di depan sampul surat

No telefon JPA (Unit Pembangunan Latihan Sebelum Perkhidmatan) : 03-88853347 
Hubungi JPA/ Contact JPA : 03-88853445 / 03-88853049/ 03-88853489

E-MEL JPA ictbmi@jpa.gov.my / isham.sharuddin@jpa.gov.my

Jadual Tuntutan Pelbagai Tahun 2016

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Jadual Tuntutan Pelbagai - Tahun 2016]


*Ini jadual untuk Tahun 2016. Mungkin 2017 nanti JPA akan keluar jadual yang lain punya


p/s: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat. RM80 termasuk postage. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINISesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah)

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
BIOBAX COOL THERAPHY
FAST RELIEF SPRAY

Post a Comment

12 Comments

  1. Bestnya dapat JPA. kos Ain takleh apply sobs .Bw ahad xD

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum.. saya nak tanya.. saya student uitm dan pemegang tajaan jpa.. bln mac2017 ni saya dah sem akhir.. saya kne mohon elaun tesis ni after tesis saya siap or awal sem macam ni dah boleh mohon. tapi tesis yang saya buat masa sem5 hanya separuh..dan separuh lagi masa development sem akhir.. harap membantu .. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. mohon elaun tesis selepas tesis dah siap. sebab kan kita kena bagi CD softcopy tesis kita & juga tandatangan SV/lecturer kita.

      Delete
  3. salam nak tanya, perlu kemukakan resit hardbound thesis tu atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. untuk procedure yang terbaru ni, rasanya kena kemukakan resit.

      Delete
  4. salam..nk tnye..elaun thesis jpa ni khas untuk org yand dpt tajaan jpa je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. yeap. untuk pelajar yang mendapat jpa je (tajaan/pinjaman).

      Delete
  5. Salam..nak tnye..kenapa saya buka borang yg dkt portal jpa tu still pakai borang yang lama?Confirm ke bole pakai borang yang baru ni?sbb tak jumpa dkt portal jpa pon mengenai borang baru ni..Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. confirm guna borang yang baru ni. kalau awak buka portal esilav jpa pun dia dah update, guna borang baru ni :)

      Delete
  6. assalamualaikum..sye nak tanya..kalau elaun latihan amali tu..nak tuntut lepas habis praktikal atau sblm praktikal? terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Hi Sayidah!!
    Nak tanya, sampul surat tu perlu tak cop apa2 dari pejabat pos sebelum hantar melalui peti pos?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p