http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

MENTAL - SHAZ JOHAR

By 5:53:00 PM ,

Watak penting dalam Mental ni : Raudhah, Maya, Tuan Jin, Rashid, Rania, Puan Sierra, Benjamin, Dr Salman. Mental ini adalah hasil karya Shaz Johar (2012).

MENTAL

MENTAL - SHAZ JOHAR
MENTAL - SHAZ JOHAR
Secara ringkasnya, sinopsis bagi novel fixi Mental ni.. Maya jadi tukang gaji kepada keluarga Tuan Jin sudah dua tahun lamanya. Tuan Jin ada isteri namanya Puan Sierra. Ada anak perempuan Rania dan anak lelaki Rashid. Tuan Jin ada hubungan sulit dengan Maya. Puan Sierra tak tahu pun, yela nama pun hubungan SULIT kan. 

Tapi Rashid dapat tahu hubungan sulit mereka. Jadi, untuk tidak membongkarkan rahsia tersebut, Maya kena ikut cakap Rashid. Rashid yang bencikan anggota badannya menyuruh Maya untuk memotong tangan kanannya dengan menggunakan kapak. 

Si Rania tu pula masalahnya adalah dia berjinak-jinak dengan gereja. Menyanyi lagu-lagu church, pergi ke gereja setiap Ahad. Seolah-olah cuba menjadi murtad. Tapi Rania kata dia bukan nak murtad pun, dia hanya menyanyi lagu di dalam church je. 

Benjamin adalah jiran kepada Tuan Jin. Dia ni berminat dengan Maya. Cuba nak goda Maya. Maya tak berminat sangat pun tapi still la memanfaatkan Benjamin untuk kepentingan dia sendiri. 

Dr Salman adalah doktor yang merawat dan mengawasi Rashid kerana sikap Rashid yang selalu cuba memotong tangan kanannya. Rashid kata dia tak suka tangan kanannya. Tu bukan tangan dia. Tu tangan hantu. Thats why dia nak potong. Jadi, Dr Salman diminta Tuan Jin untuk membantu merawat Rashid.

MENTAL - SHAZ JOHAR
MENTAL - SHAZ JOHAR
Okay, di manakah mental sebenarnya? Iye, memang kita tengok seolah-olah yang mental sekarang ni Rashid kan? Atau Rania sebab cuba nak jadi murtad tapi tak tahu pun sikap dia tu boleh memesongkan akidah dia. Tapi bukan. Tidak sama sekali. Bukan mereka yang mental. 

Tapi sebenarnya Maya la yang mental. Maya lah yang gila. Saya syak Maya ni yang tak betul bila saat di mana  semua orang ungkit-ungkit pasal Raudhah tapi Maya langsung tak ingat dan tak tahu pun Raudhah tu siapa. Kat situ saya dah musykil dah. Pelik kenapa Maya seorang je tak tahu kewujudan Raudhah walhal orang lain di sekeliling dia semua kenal Raudhah. Dan betul lahh. Sebenarnya Raudhah tu adalah dia sendiri. Raudhah tu adalah Maya. 

Alkisah.. Raudhah pernah kemalangan dulu dengan sahabat baik (lebih kepada kekasih) nya iaitu Maya. So, time mereka kemalangan tu, Raudhah sedang mengandung anak kembar Tuan Jin. Raudhah kahwin dengan Tuan Jin bukan lah atas dasar cinta sebaliknya ibu bapa Raudhah yang paksa kahwin. Lebih tepat, Raudhah adalah isteri kedua Tuan Jin. Isteri pertama Tuan Jin sakit, tak boleh mengandung. Thats why..ada syarat.. selepas Raudhah dah bersalin, Raudhah dan Tuan Jin bercerai. Sebagai balasan, tak silap saya Raudhah diberi bayaran yang agak lumayan. Raudhah pun tak kisah kot sebab dia bukan cintakan Tuan Jin pun. So disebabkan kemalangan tu, Raudhah gugur. Maya mati. Maya tu adalah isteri kepada Benjamin. Tapi Benjamin tak cintakan Maya pun sebaliknya dia cintakan Raudhah. Tapi Raudhah kan dah kahwin dengan Tuan Jin.

Thats why laa selepas kemalangan yang berlaku dua tahun yang lepas, Raudhah jadi mental. Kehilangan sahabat baiknya dan keguguran anak kembar nya. Dan mengaku dia adalah Maya. And for your information, Rashid dan Rania tu tak wujud pun. Itu hanya lah rekaan Raudhah sendiri. Sebenarnya, nama Rashid dan Rania adalah nama yang bakal diberikan kepada anak kembar nya selepas melahirkan.

Then, kan kita ada sebut tentang hubungan sulit tu. Bukan hubungan sulit pun tapi sebenarnya hubungan sah. Suami isteri kan.

Yang Rashid suruh Raudhah potong tangan tu sebenarnya Raudhah sendiri yang cuba memotong tangannya.

Dr Salman pula sebenarnya adalah doktor yang merawat Raudhah.Dr Salman dah cuba banyak ikhtiar untuk membantu Raudhah mengembalikan memorinya dan memulihkan Raudhah.

Ending dia...jeng jeng jengggg. Adakah Raudhah pulih atau masih mental hingga ke hujungnya?

Pergi la baca sendiri hahaha.  Oh ada lagi satu yang saya tak cerita berkaitan dengan cerita ni. Kalau nak tahu, beli la ye novel fixi ni untuk mengetahui apa yang saya missing haha.

MENTAL - SHAZ JOHAR
sinopsis MENTAL - SHAZ JOHAR
Berapa bintang ye saya nak beri kat novel Mental ni? Ermmm ermmm disebabkan novel ni berjaya buat saya turut pening dan runsing dalam mencari jawapan dan persoalan.. so 4 bintang! Kbai.

You Might Also Like

4 comments

  1. Pergh complicated, bestkan fixi sebab bekalkan bahan bacaan yg boleh ransang otak utk berfikir.

    ReplyDelete
  2. cis tbawa Unni dgn cerita ni!! Nak list bakal jadi koleksi..hahahah.. cerita ni hampir sama dgn cerita Rahsia Perindu by Ramlee Awang mursyid.. Menwujudkn watak y tak ada.. dan jadi watak org lain. hihihi

    ReplyDelete
  3. Baca review KC je dah rasa mental.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. menyeramkan. tajuk pun dh takut. haha. buku dri fixi mmg the best

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.