http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

PROGRAM MUDAH KURUS - DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

By 8:03:00 PM , ,

Benda yang paling dibenci oleh manusia adalah apa? Lemak,gemuk, kolestrol, perut buncit, gemuk, gemuk, dan gemuk. Lagi-lagi wanita, memang stress betul kalau badan naik. Bukan stress apa. Stress sebab takut berat naik, tapi selera makan tak pernah nak berkurang hahaha. Lagi-lagi sekarang ni adoii nak jaga pemakanan tu memang agak susah. Melainkan ada disiplin dan keazaman yang sangat kuat!

Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, anda give up dan kembali kepada cara hidup yang lama. Kenapa jadi macam tu? Sebenarnya, Tak semua jenis lemak itu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita :

1) Lemak Untuk Struktur  ( Structural Fat )
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)
'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )
'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !
Jadi,  anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja.

Macam mana nak menggerakkan lemak Jenis 3 yang degil itu?
HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk ‘menggerakkan’ lemak jenis 3 ini.

APA ITU hCG?
hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.
hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.
Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.

BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?
Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.
Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.
Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.
Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.
hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal  digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?
Jangan Risau.
Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!
Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.
Melalui  proses cleasing  dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.

ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?
BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.

ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?
Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda  akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.

BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?
Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!
Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?
Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.

APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?
Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.  Selain penurunan berat badan,  kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?
Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.
Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?
Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah  mengambil program ini juga  berjaya hamil.
Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?
Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.
Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!
BAGAIMANA MENGAMBIL HCG INJECTION?
ü  HCG injection 125IU diambil setiap pagi.
ü  Injection – selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
ü  Injection – sebelum sarapan pagi

INJECTION BUAT SENDIRI?
Senang je. Tidak perlu cari urat untuk inject.
Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?
Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!
Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.
Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.

TESTIMONI DARI CLIENTS DI DR MALINDA HEALTH & BEAUTY ACADEMY

Puan Ruslina

PROGRAM MUDAH KURUS - DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN
Rezeki bukan hanya wang ringgit tetapi masa, ilmu….dan KESIHATAN adalah rezeki yg tidak ternilai.
Usia..jantina..siapa kita bukan faktor penentu kejayaan..
Semua orang boleh berubah kepada yang lebih baik..
It’s start with your BIG WHY.. (Nak lagi jelas tanya sifu.. DR MALINDA MOHD ALI)
Terima kasih sahabatku Dr Fakriyah Abdullah kerana perkenalkan saya kepada insan istimewa iaitu Dr Malinda Mohd Ali pengasas Program Latih Diri Langsing @ LDL1060 yang sangat komited membantu sesiapa sahaja menangani masalah berat badan dan mencapai kesihatan yg lebih baik.
Saya bermula dengan berat 71 kg..
Selepas 2 bulan ikut program LDL turun 8 kg..
After 6 months capai berat 50 kg (ideal weight)….still maintain ideal weight
21 kg = 2 kampit beras 10 kg lemak berjaya disingkirkan
#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat 

Cik Shaheenaz

PROGRAM MUDAH KURUS - DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN


DARI KECIL DAN GEMUK !

Baru form 2, berat dah 80kg ! dan ia bertahan sampai umur hampir 3series.. Bayangkan berapa lama berdamping dengan lemak2 ni!! bukan tak ada usaha, tp semuanya gagal ditengah jalan..sebab?? Xde ilmu, xde sokongan, xda itu, xada ini.. yg ada hanya lah ALASAN !!

Sampai la 1 masa, saja2 timbang, that moment yg buat naz TERDIAM! Perasaan jd kosong! Xpercaya langsung! Xde org tau, tp sekarang semua org akan tahu, naik2 je terus, 124 KG !!

Ya Allah.. xtau nak gambarkan perasaan mcm mana.. Speechless ! That’s my Turning Point actually ! Umur hampir 3series, Berat BERATUS KG !! :-( nak beli seluar jd 1 masalah besar.. Merungut! SAIZ SAMA TP CUTTING KECIK. apa ni?? hahaha

Now, this is how my JIHAD SIHAT begin.. sebenarnya Keinginan untuk bertudung dan lama dan makin tebal. Naz nak BERTUDUNG ! bertudung yg CANTIK & KEMAS! Tp bile pakai dgn muka yg bulat mcm ni.. haish.. Sendri tengok pun x puas hati!!

So, dengan bantuan kakak & coach, naz start pergi Gym workout + Diet. Sedang mencari2 menu diet, dapat tahu tentang E-Book Resepi Latih Diri Langsing Dr.Malinda Mohd Ali. Ingat Beli e book je! Tp rupanya Dapat CLASS ONLINE, dpt join JIHAD SIHAT KOMUNITI dan dpt COACH JUGA! Arghh.. Sudah!! terus jd commitment disitu!!

Nak tak nak, berat kene turun la kan!! It’s my Pushing element pulak.. tp Alhamdulilah.. dengan semua yg terjadi, keep me on the track.. :-) 

Terima kasih pd coach-coach yang banyak membantu, dan terima kasih juga buat Dr.Malinda Mohd Ali yg menubuhkan JIHAD SIHAT KOMUNITI. Secara peribadi Ia sangat membantu naz .Dengan ilmu yang dikongsikan, Progress yang diinspirasikan, Semangat yang disuntik, buatkan kami rasa kami adalah 1 PASUKAN yang BERJUANG untuk sampai ke MATLAMAT yang sama, yg kami susah nak dapat dr org sekeliling !! Sebabnya?? tidak lain kami berada dlm situasi & tekanan yang sama! Kerana itu kami lebih memahami antara 1 sama lain..

RASA BERBALOI KE JOIN PROGRAM NI?
RUGI X JOIN!! !! ia sangat bermanfaat! “ Kalau Kita Boleh Berhabis Duit Untuk Makan Makanan yang Mahal-Mahal yg boleh buat kite GEMUK, Kenapa Kita Kene Berkira Untuk Sesuatu Yang Buat Kita Kurus & Sihat ??

124kg - 115 kg - 86k - Now 80.6kg!!

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat


Puan Hani

Esok la diet..esok la diet...last2 sampai bertahun dialog tinggal dialog je. Diet entah ke mana. Mula tersedar bila baju2 semua dh ketat, rasa letih dan malas nk buat kerja sebab badan dh makin berat. Pernah juga buat diet atkins tp separuh jalan je...xder istiqamah langsung. Hasil apatah lagi kan.

Sehinggalah sy terjumpa link dkt FB tentang program Dr. Malinda. Start daripada situ semuanya berubah kepada cara hidup dan pemakanan yang lebih sihat. Thanks Dr. Malinda. Hanya dua perkataan ini yang saya pegang sekarang iaitu ISTIQAMAH dan JIHAD SIHAT.

Hasil berguru dengan Dr. M saya lost hampir 15.3kg. Bersyukur sangat walaupun perjalanan saya masih jauh untuk dicapai lagi struggle utk mengekalkan. Dengan kata2 semangat daripada Dr. M dan suppurt group yang ada insyaallah akan diteruskan demi kesihatan diri sendiri dan orang2 tersayang. Bukan nk promote just nak share pengalaman supaya dapat memberikan kesedaran kepada sesiapa yang masih berada di zon selesa. Jangan kecam saya.

#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat

Gambar-Gambar Dr Malinda :

PROGRAM MUDAH KURUS - DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

PROGRAM MUDAH KURUS - DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

Untuk TESTIMONI yang telah berjaya, boleh lihat di link :



BERAPA HARGA PAKEJ HCG NI?
Kami mempunyai PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan juga FREE GIFT sekiranya anda berminat untuk menjalani program ini.
Jika ingin maklumat lanjut tentang PROMOSI dan FREE GIFT, Hubungi kami di WhatApps 017 508 4430 atau email : drmalinda@gmail.com
Atau boleh pergi ke Facebook Dr Malinda (LINK) / Page Jualan Dr Malinda (LINK)

BAGAIMANA NAK BERMULA?

Mudah Sahaja! Hubungi kami di WhatApps 017 508 4430 atau email di drmalinda@gmail.com PENDAFTARAN HARI INI!

You Might Also Like

2 comments

  1. hehe, berminat tapi belum mampu :')

    jemput komen dan singgah www.neezalife.com

    ReplyDelete
  2. bagus program camni..membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.