http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

tanda mimpi orang yang sudah meninggal dunia

By 5:41:00 PM , , ,

Biasanya mimpi seram, mimpi bahagia, mimpi benda merepek, mimpi yang tak masuk akal, mimpi yang bakal dejavu. Tapi korang pernah tak mimpi orang yang sudah meninggal dunia? Mesti pernah kan? Saya pun pernah. Tak ada la banyak kali. Tapi ada juga la saya mimpi orang yang sudah meninggal dunia (arwah wan dan atuk) dan saya masih ingat sikit-sikit mimpi tu. Dan saya pun pernah mimpi orang yang belum meninggal dunia di dunia dikafankan di dalam mimpi saya. Okay tu sangat sangat scary okay! Eh bukan scary. Tapi sedih. Sobsob. Saya tak tahu la apa maksudnya bila mimpi orang yang belum meninggal di dunia meninggal di dalam mimpi. Bila cerita kat orang pun, orang tak tahu apa maksudnya.

mimpi orang yang sudah meninggal dunia

tanda  mimpi orang yang sudah meninggal dunia
tanda  mimpi orang yang sudah meninggal dunia
*sekadar gambar hiasan*

Saya pernah cerita kat umi .. "umi, kakcik mimpi arwah wan tadi". Umi tanya "mimpi apa?". Den jawab la "mimpi hmm.. mimpi kakcik pergi kat dia. Pegang tangan (macam salam). Senyum. Ada lagi tapi macam dah lupa."

Then, setiap kali saya bercerita kat umi yang saya ada mimpi arwah wan atau atuk, mesti umi suruh saya sedekahkahn Al-Fatihah dan berdoa untuk arwah. Saya pun sedekahkanlah Al-Fatihah untuk mereka.. Walaupun pelik kenapa umi suruh buat macam tu. 

Then semalam saya ada terbaca satu entri Akak starlavenderluna.blogspot.my ni "petanda mimpi orang yang telah meninggal dunia" & ada satu gambar (penjelasan) bagi persoalan tersebut. (kebenaran artikel ini? Wallahualam)

PETANDA MIMPI ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA

tanda  mimpi orang yang sudah meninggal dunia
tanda  mimpi orang yang sudah meninggal dunia
Mimpi bertemu dengan adik-beradik atau siapa-siapa yang telah meninggal dunia, Imam Ibnu Sirin, adalah Ulama' yang terkenal dalam tafsir mimpi, dia ada karang kitab tajuk "Tafsir Mimpi". Setakat yang saya (ustaz) temui, dalam kitab tersebut dia sebutkan: "Kalau kita mimpi jumpa orang mati, tak kiralah mati lama atau baru.. maka, kita digalakkan membuat sesuatu kebaikan untuk orang mati tersebut"

Contoh:

  • doa (berdoa Allah mengampunkan dosa-dosa mereka & memberi rahmat pada mereka)
  • baca Al-Quran (sedekahkan pahala baca Quran kepada mereka)
  • kenduri ( kenduri tahlil)
  • hutang ( langsaikan hutang mereka kot-kot ada)
  • zakat ( langsaikan zakat yang mereka belum selesaikan"
  • haji ( jika orang yang telah meninggal itu berkemampuan untuk melaksanakan haji tapi tiba-tiba tak pergi, usaha beritahu waris si mati supaya buat upah haji untuk si mati)
  • sedekah / wakaf ( pahala sedekah atau wakaf itu kita doa supaya sampaikan pada si mati)

Sekali lagi saya nak tegaskan, kesahihan artikel ni wallahu'alam. Saya tak tahu betul ke tak. Mungkin kena check kitab "Tafsir Mimpi" karangan Imam Ibnu Sirin ada ke tidak maklumat di atas.

By the way, saya baru tahu info ni. Walaupun saya tak tahu kesahihan gambar penjelasan di atas, tapi saya rasa itu telah menjawab ke-pelik-an saya bila umi suruh saya sedekahkan Alfatihah buat arwah setiap kali saya bermimpikan arwah. Mungkin itu lah jawapannya: "pertemuan kita dengan mereka di dalam mimpi, menjadi pendorong untuk melakukan kebaikan/kebajikan pada mereka, agar mereka mendapat pahala." Wallahualam.

Okay itu sahaja, adios!

p/s: Siapa nak beli Biobax atau jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp 0172008642 (Sayidah). Biobax diperbuat daripada 100% bahan organik. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, resdung, tergeliat urat.

tanda  mimpi orang yang sudah meninggal dunia
BIOBAX COOL THERAPHY RM80 1 botol. Tahan selama 3-4 bulan sebanyak 500 semburan!

You Might Also Like

6 comments

  1. Mungkin kita mimpi sbb kita terlalu rindu, tapi ada baiknya kan kalau kita sedekahkan doa untuk mereka yg dah pergi. Nanti masa kita pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun ada pendapat yg sama, mungkin deep down in our heart, kita rindukan orang tu :)

      hanisamanina.com

      Delete
  2. kdg2 mimpi memang blh dipcyai..lagi2 kalau tido dalam keadaan wduk

    ReplyDelete
  3. Oooo kak PC pun ada juga mimpikan saudara mara yang telah tiada..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi ni.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Aa mek prnah mmpi arwah papa mek. Sbb jnji tk tepati :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.