http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

terasa buta sekejap ya Allah!

By 10:22:00 AM

Masa tu nak lelap dah. Tengok jam nak dekat pukul 4 pagi time tu. Dalam masa tengah berkhayal nak ke fasa nyenyak tu.. den buka la mata. Eh eh! Gelap! Gelap! Kenapa ni weh! Kelip kelip mata lagi gelap! Huwaa kenapa ni. "Aku dah mati ke? Aku dah buta ke?" *monolog dalaman*

terasa buta sekejap ya Allah!
gambar hiasan
Try letak tapak tangan depan mata pun tak nampak. Pandang kiri kanan gelap gelita. Ya Allah rasa nak nangis tak nampak apa-apa. Berkali-kali gosok mata. Tak nampak juga. "Subhanallah kenapa ni dengan mata aku!" Takkan sebab selalu ushar handphone dalam gelap jadi buta sekelip mata macam ni.

terasa buta sekejap ya Allah!

Lepastu oh! Ada satu je cara nak tahu den buta ke tak!

Tangan meraba-raba cari handphone. Mana pula den letak ni. Dah kuak lentang pun tak dapat-dapat jumpa handphone nya. Dah lama tu baru dapat. Dengan tak nampak apa-apa tu, cuba on kan phone.

Bercahaya! Nampak phone bercahaya! Phewwww lega den. Alhamdulillah. Lohhh.. Blackout rupanya. Kipas pun mati time tu. Adoii sayidah niii, kipas mati tu maknanya blackout la kan. Lepastu gelabah ingat buta ke apa. Tapi serius scaryy time gelap tu. Bukan takut sebab hantu muncul ke apa. Takut den dah buta.

Time tu pukul 4 pagi lebih sikit. Umi dah bangun pukul4. Dengar la bunyi ketang ketung kat dapur. Umi tengah cari lilin dalam rak kot. Saya pun bangun la, keluar bilik (teman umi kononnya padahal umi rileks je haha). Saya tengok kat luar tingkap rumah. Gelap gelita okay! Satu kawasan perumahan semua gelap! Blackout. Satu sikamat tu kot gelap. Tak pernah pernah rasanya macam tu.

Lepas menyuarakan ke-terkejut-an den kepada umi yang satu Sikamat blackout, den pun masuk la bilik balik. Nak tidur laa ngantuk haha. Time baring tu memang gelap.gelita.

Masa tu lah rasa "macam ni ke rasanya jadi orang buta, tak nampak apa-apa langsung. Dunia sentiasa gelap. Tak boleh nak melihat keindahan alam, keindahan ciptaan Allah. Tak dapat nak lihat muka sendiri. Tak dapat nak lihat muka mak ayah. Tak dapat nak lihat ayat-ayat Al-Quran. Tak dapat tengok Running Man."

Kesimpulannya, bersyukurlah. Bersyukurlah  dapat melihat. Bersyukur tak buta. Kalau rabun pun, bersyukur. Atleast ada cermin mata. Bersyukur. Alhamdulillah. :)

Adios!

You Might Also Like

7 comments

  1. fuhhh ingt mata ada problem td.. rupanya balckout :(... dunia org buta mcm tu,hanya hitam menemani

    ReplyDelete
  2. hehe... suspen jer sis.... Allhamdulillah nikmatNya dgn kasih sayangNya....

    ReplyDelete
  3. Alahai kc ni buat suspen kak lya jer..hehehe blackout rupanya..

    ReplyDelete
  4. Apa la KC ni...buat cemas je..padahal letrik xde...banyak tgok drama la ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. Qalif Busker okay dah lalui fasa meraba2.. now kita boleh lihat kemajuan makin bertambah baik. Jgn ters tenggelam dlm kegelapan.. eh apa peceyell merepek ni. KEYCEEE cerita bab Sikamat blackout kan..

    ReplyDelete
  6. Mai pun pernah jadi macam ni, hahaha, takutkan, dpt rasa pengalaman org buta sekejap.

    ReplyDelete
  7. 5minit yg mnyedarkan. Tp btolkan, slagi tk rase kehilangan, tk tahu nikmatnya :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.