http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim - Ustaz Don

By 12:02:00 PM , , ,

tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim - Ustaz Don
gambar hiasan semata
Dalam dunia ni ada bermacam ragam manusia, bermacam perangai, bermacam mood, bermacam kisah, bermacam perasaan, bermacam muka, bermacam rasa. Itu orang kata "rambut sama hitam, hati lain-lain". Ataupun "tepuk dada, tanya selera" sebab selera orang berbeza-beza. Tak sama.

Faktor perbezaan tu lah yang boleh menyukarkan atau merapatkan lagi hubungan sesama manusia. Setuju tak? Contohnya pasangan suami isteri. Si lelaki suka layan channel Sport dan makanan Jepun tetapi si perempuan lebih suka makan makanan Melayu dan layan drama Korea. Walaupun berbeza citarasa, tetapi kelainan tu lah merapatkan mereka lagi kerana wujud nya sifat tolak ansur, bertimbang rasa dan memahami.

Haaa yeap! Tu lah jawapannya. Dalam dunia ni sebenarnya kalau takde sifat tolak ansur, takde nak bertimbang rasa dan sikap memahami, agak-agak aman tak dunia ni? Agak-agak aman tak sesebuah rumah tangga? Agak-agak kekal utuh tak sesebuah ikatan? Agak-agak harmoni tak sesebuah hubungan persahabatan?

Tak mustahil faktor perbezaan ni juga lah ada yang terputus silaturrahim.
Baru-baru ni saya dengar Ustaz Don menyampaikan pesan.. 
"tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim".


Tapi ada orang kata kalau dia putuskan silaturrahim dengan seseorang sebab seseorang tu buat jahat dengan dia, acamno tu? 
Tu bukan kes putuskan silaturrahim tu. Tu dah kes aniaya dah tu. So, tu dah masuk bab lain. Ni kita cerita tentang memutuskan silaturrahim tanpa sebab atau alasan yang kukuh dan munasabahsarawak ye. Heee.

Banyak kali Ustaz Don sebut tau "tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim". Dan setiap kali Ustaz Don sebut, tak tahu kenapa rasa macam dush dush ke hati saya. Rasa macam terkena haha. Bukan terkena apa, saya just takut dan terfikir "aku ada putuskan silaturrahim dengan siapa-siapa ke?". Yela siapa tak nak masuk syurga kan. Dah la den ni tak baik sangat haha. Amal tak banyak mana pun (tapi rahmat dan belas kasihan Allah yang paling penting sebenarnya di akhirat sana. Tapi nak dapatkan belas kasihan Allah, kena la buat baik kan hehe).

Ohh jawapan bagi soalan monolog dalaman saya di atas tadi adalah.. "aku dah minta maaf kat dia, aku dah layan dia seperti manusia biasa dan saudara seIslam.. tapi jika dia still tak okay. Itu masalah dia. Yang penting aku ada usaha untuk ikat balik silaturrahim".

Hahaa that's all. So far, saya tak rasa saya ada memutuskan silaturrahim dengan sesiapa secara sengaja. Dan harapnya secara tidak sengaja pun, takdelah. Jika ada, saya minta maaf banyak-banyak yeee ;)



Kbai! Wassalam.

You Might Also Like

5 comments

  1. Kena semak lagi diri lepas ni, takut terlepas pandang isu mcm ni..huhu T_T

    ReplyDelete
  2. tq kc atas perkongsian yg sngt bermakna!

    ReplyDelete
  3. hmmmm... dulu, masa bercinta dengan ex, terlebih silaturrahim.. bila dah putus, jumpa depan2 pn buat tak kenal... lepas ni kalau terserempak, nak drop ego laa

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang amat baik sekali..
    Jika kita tak bertegur selama 3 hari pun dah berdosa inikan pula bertahun lamanya..

    Posting terbaru AM
    Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.