http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

umi pesan "dalam rumahtangga ni kita kena banyak bersabar"

By 3:54:00 PM , , ,

Umi complain kat saya haritu tentang Warda dalam cerita suri hati Mr Pilot sebab Warda suka mengelak dari masalah haha. Umi kata Warda tu kena la banyak bersabar dan tolak ansur dalam rumah tangga. Bukannya lari dari masalah, lepas tu baru nak menyesal. Haaa nampak tak kat situ Umi dah terikut emosi tengok cerita Pilot tu? Haha. Lepastu umi nasihat kat saya.. "dalam rumahtangga ni kita kena banyak bersabar kakcik". Eh eh eh den pula kena umi. Kakcik tak bersalah dalam hal ni umi haha. Tapi memang betul la umi kata tu kan? Dalam rumahtangga ni kita kena banyak bersabar dan bertolak ansur antara satu sama lain. 

umi pesan "dalam rumahtangga ni kita kena banyak bersabar"

umi pesan "dalam rumahtangga ni kita kena banyak bersabar"
"....dalam rumahtangga ni kita kena banyak bersabar"
Ye, saya tak kahwin lagi. Tak berumahtangga lagi. So, tak tahu apa rasanya. Tapi kalau tengok dari rumah tangga umi abi, abang dan kakak-kakak saya.. saya boleh nampak la. Bukan nampak apa. Nampak la yang banyak dugaan dalam rumahtangga ni. Bukan mudah. Bukan bahagia sentiasa. Kalau kekasih dan ikatan pertunangan pun boleh goyang dan pasangan bergaduh, apatah lagi bila dah berkahwin kan?

Saya jadikan umi sebagai role model seorang isteri yang boleh saya katakan seorang isteri mithali. Bagi saya, umi memang penyabar orangnya. Kental, kuat semangat. Positif minded. Kalau saya berada di tempat umi, saya rasa saya dah mengamuk tak tentu hala dah haha. Mungkin saya masih muda, hot-blooded lagi so memang mudah melatah. Tapi umi dah matang, lagi banyak merasai kepahitan hidup dan lebih banyak mengharungi dugaan hidup dari saya. Jadi, fikiran dan tindakan umi pun lebih matang dan tidak selfish. Plus, umi selalu dengar ceramah dan melakukan amalan sunat, so umi boleh handle masalah dengan lebih tenang.

umi pesan "dalam rumahtangga ni kita kena banyak bersabar"

Umi memang selalu pesan kat saya yang si isteri dalam rumahtangga memang kena banyak bersabar dan beralah dengan suami. Bukan setakat pesan, umi tunjukkan sendiri apa itu erti kesabaran dalam rumahtangga pada saya. Umi kata pasangan muda-mudi sekarang ni sebab tak bersabar lah, rumahtangga mereka gagal. Umi kata kalau umi tak bersabar selama kahwin dengan abi, tak tahu lah macam mana. (dalam hati saya mengiayakan statement umi haha)

Yang paling saya kagum dengan umi kan..dulu umi tak mengeluh atau marah pun bila abi tak teman umi ketika umi melahirkan dua kakak dan dua abang saya. Hanya saya seorang sahaja anak yang abi ada teman ketika umi bersalin (saya anak bongsu). Perghhh dah la time tu umi masih muda lagi.. Saya fikir kalau la zaman sekarang si suami tak teman isteri ketika bersalin, mahu perang dunia kedua meletus haha. Kalau satu, dua anak boleh lagi. Ni empat anak si suami tak ada teman ketika si isteri melahirkan anak! Yela mungkin sebab si suami busy dengan kerja but still, saya kagum. Saya betul-betul kagum dengan umi. Mungkin sifat positif saya, saya warisinya dari umi :)

Eh cerita pasal umi dan abi pula kan. Yela nak cerita pasal diri sendiri, tak kahwin lagi haha. 

Okay kesimpulannya, marilah kita banyakkan bersabar ye. Fuh fuh fuhh! Tarik nafas keluar nafas. Fuh fuh fuhh! Sabausabausabau!

You Might Also Like

7 comments

  1. hehee Nice.. Nice... memang betul kata ummi tu kak cik.. Kena banyak sgt10x bersabar..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat dengan Umi KC..
    Memang kena banyak-banyak bersabar..
    Kadang benda kecik pun boleh jadi gaduh besar..
    hehehe..

    ReplyDelete
  3. kena bnyk tolerate. bnyk diam. kalau tk tahan jugak bleh la skali letup. haahahah. okei, jgn tiru :)

    ReplyDelete
  4. Betul..sabar itu umpama kunci yang boleh membuka banyak mangga pada tingkap dan pintu kebahagiaan rumahtangga..

    ReplyDelete
  5. btl tu..kesabar adalah kemenangan buat kita

    ReplyDelete
  6. betol la cakap umi kc tu..nak kawen ni kena matang..dah kawen automatik jadi matang..hahahaha..macam tak kena je ayat i tu..abaikan je la yer..hihi

    ReplyDelete
  7. Gaduh-gaduh manja tak pe.. ala kecik punya hal jer..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.