bersungguh jawab soalan matematik, rupanya... =.=

by - December 28, 2016
Alkisah... semalam kakak ipar hantar 1 gambar soalan matematik di group whatsapp family. Kata nya, dia cuba selesaikan tapi tak dapat. Dia dah selesaikan dan dah dapat jawapan, tapi tak sama dengan jawapan sebenar. Den pun pelik. Aikkk, susah sangat ke soalan maths ni? Meh nak ushar. Nak tengok susah sangat ke kan. Ni soalan dia:


bersungguh jawab soalan matematik, rupanya... =.=
soalan 'KBAT'
Kakak ipar saya teka jawapan dia 15. Saya teka jawapan dia 25. Korang?

Jalan kira

3 cup cawan air = 30, maksudnya 1 cup = 10

1 cup air + 2 burger = 20, maksudnya: 
10+2B=20
B=(20-10)/2
1 Burger = 5

1 burger + 2 fries = 9, maksudnya:
1B+2F=9
5+2F=9
F=(9-5)/2
1 Fries = 2

1 burger + 1 fries X 1 cup 
= 5 + 2 X 10 
= 5 + 20 
= 25.

So, 25 la kan jawapan dia? Tapi kak ipar saya kata salah. Ohmaiiii! Which part yang saya salah? Banyak kali tau saya kira. Dan banyak kali tu jugak la saya dapat jawapan yang sama, iaitu 25. Korang pun dapat 25 kan? Kan?

Ke korang dapat jawapan lain?

Apa jawapan yang korang dapat? Meh tunjuk sikit.

Frust tertonggeng-tonggeng iolss tau haha sebab tak dapat jawapan sama dengan jawapan yang betul.

Rupanya... jawapan dia: 9.45.

bersungguh jawab soalan matematik, rupanya... =.=
Spicy Chicken McDelux RM9.45 =.=
=.= 
=.=
=.=
Sabau jelaaa hahaha! Kbai.

You May Also Like

4 comments

  1. Bersungguh buat jalan kira tengok2 kena game,hahaha.

    ReplyDelete
  2. Cikla pun dpt 25...

    *bersungguh kc kira ye. Siap kerut2 dahi lg... Rupanya jwpnnya tu je.. haha... terkena ke mengena ni.. Hihi

    ReplyDelete
  3. hahahaha terkena jugak. sy pun kira dapat 25 T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p