Search This Blog

cara mudah mandi wajib dengan sempurna

By 10:53:00 AM , ,

Di Radio Ikim.fm, ada seorang Ustaz ni cerita. Beliau pernah mengkaji di sebuah sekolah. Kajian mendapati lebih 50% para lelaki di sekolah tersebut tidak menunaikan solat fardhu kerana tidak pernah mandi wajib selepas baligh. Sebab apa tak mandi wajib? Sebab mereka tak tahu cara mandi wajib macam mana.

Nampak tak? Nampak tak betapa nazaknya pengetahuan remaja pada zaman sekarang tentang cara mandi wajib yang simple je pun? Nauzubillah.  Tapi..Tak perlu lah kita menyalahkan mereka seratus peratus ke pundak bahu mereka, kerana kita sendiri tahu didikan pertama yang anak-anak dapat adalah dari rumah. So, marilah kita belajar cara mudah mandi wajib dengan sempurna supaya kita boleh mengajar ilmu tersebut pada generasi sekarang yang tidak tahu dan yang akan datang.

cara mudah mandi wajib dengan sempurna


cara mudah mandi wajib dengan sempurna
cara mudah mandi wajib dengan sempurna 
Soalan: Apakah cara mandi wajib yang sempurna wahai ustaz?

Jawapan (ustaz azhar idrus): 

Mandi wajib ni dia ada dua. Yang pertama, sah. Yang kedua, afdhal.

Macam mana sah? Ratakan air pada semua anggota badan berserta dengan niat.

Nak sempurna? Contoh terbaik : yang Nabi buat. Macam mana? Mulakan dengan istinjak dan bersih najis. Kemudian, Nabi membasuh tangan. Kemudian, Nabi meletakkan air di atas kepala 3 kali (berserta dengan niat) dan membasuh badan bahagian kanan dulu 3 kali dan membasuh bahagian kiri 3 kali. Haaa tu lah yang sunat dan afdhal. Tapi kalau nak sah, sekali (basuh 1 kali) sudah memadai.

Nak sunat lagi.. maka kita ambil wuduk sebelum mandi wajib. (kerana) Nabi ambil wuduk. Lepas ambil wuduk, baru Nabi mandi junub.

Done!

**maksud istinjak: membersihkan tempat keluar najis iaitu qubul (zakar/faraj) dan dubur  dengan air mutlak selepas membuang air kecil (a.k.a kencing) atau air besar (a.k.a berak). Sekiranya tiada air, boleh juga guna benda-benda kesat seperti batu (3 biji batu), daun kering, kulit kayu, tisu.

Haaa mudah je kan cara-cara mandi wajib?

Semoga bermanfaat! Wassalam~

You Might Also Like

2 comments

  1. risau kan... ramai remaja tak tahu mandi wajib... nice sharing sis:)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.