Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016 - sayidahnapisahdotcom Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
LightBlog

Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016

Di bawah Kluster Agro Trade @ Agro Premium #MAHA2016, acara yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) ini pastinya menjadi bualan ramai kerana ia adalah platform memperkenal dan mempromosikan makanan popular di seluruh negara. Pelbagai jenis sajian istimewa drpd 14 buah negeri yang menemui orang ramai di #EmpayarMakanan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (#MAHA2016) yang berlangsung 1-11 Disember 2016.

Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016


Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
#MAHA2016 udang sanggul
1. Tidak perlu lagi ke Kuala Perlis semata-mata untuk menikmati Laksa Kuala Perlis atau menu-menu istimewa lain seperti nasi daging utara & juga udang sanggol kerana ia boleh didapati di MAHA 2016.

Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
#MAHA2016 Pekasam Puyu (abaikan 23 hari lagi tu haha)
2. Menu istimewa asam pedas, ikan bakar, laksa nyonya, kuih udang dan coconut shake adalah tawaran hebat buat orang-orang Melaka sempena MAHA 2016

3. Masakan tempoyak ikan patin, sambal hitam Pahang, masak lemak belulang, rendang dendeng, puding Raja, pais ikan patin, dan sambal tumis tempoyak ikan bilis pula adalah antara hidangan lazat yang dibawa dari Pahang.

Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
#MAHA2016 belulang
Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
#MAHA2016 nasi lemak puyuh sambal belulang (abaikan 20 hari lagi tu haha)


4. Terengganu pula bakal menyediakan menu aslinya seperti nasi dagang istimewa, maggi ketam, sata bakar, ikan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung dan keropok lekor.

5. Di gerai Pulau Pinang sudah tentu hidangan popular mereka seperti laksa buyung, mee goreng mamak, mee udang, pasembor, nasi berlauk (gulai kawah dan rendang daging padang) & juga char kuey teow.

6. Kedah tidak akan ketinggalan dengan bihun sup utara, moi sup, sup gear box, sup tulang & sebagainya.

Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
#MAHA2016 moi sup
7. Tidak kurang hebat, Johor pula mempromosikan menu nasi briyani kambing, briyani udang galah, briyani ayam, kacang pol, sup tulang merah, mee bandung, mee rebus & juga otak-otak.

8. Berbeza dengan Negeri Sembilan yang menunya dikenali dengan hidangan-hidangan  pedas seperti masak lemak cili api turut menyediakan kambing bakar, nasi ayam Gemas, cendol songkok tinggi & sate tulang yang sememangnya sinonim dengan pekan Jelebu.

9. Negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan, pula menyediakan masakan-masakan istimewa seperti nasi kerabu, laksam, butir nangka, nasi tumpang, ayam golek, nasi kukus ayam dara, ayam percik & sebagainya.

10. Rendang Tok terus menjadi hidangan istimewa bagi negeri Perak di samping masakan ayam garam, char kuey teow udang lipan, aiskrim kelapa, sup perut MAHA powet & minuman kopi istimewanya.

11. Selangor pula dengan nasi ambeng, nasi lemak, pau cendawan, ABC, mee kari celup dan sate.

Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
#MAHA2016 nasi lemak
12. Sabah dan Sarawak turut menggamit para pengunjung dengan hidangan goreng pisang cheese, mee kolok, dan laksa Sarawak.

Hidangan Istimewa 14 Negeri di #MAHA2016
#MAHA2016 mee kolok
Lebih menarik, seramai 62 usahawan, yang dipilih melalui pertandingan pertandingan memasak semasa program MAHA negeri, menyediakan 168 menu makanan popular bagi memenuhi cita rasa pengunjung yg hadir.

Sumber : Akhbar Sinar Harian
Credit Images : kedahnews.com & themalayonline.com & twitter @twt_food

p/s: memang dugaan betul den taip info-info di atas ni semasa waktu tengahari + belum makan tengahari. tertelan-telan air liur baca menu-menu menyelerakan ni haha. 

Baca juga : 11 INFO PENTING TENTANG MAHA 2016!

Post a Comment

5 Comments

  1. Terima kasih kongsi ni.
    Menarik.

    ReplyDelete
  2. Salam. Lin singgah sini :)

    Best dapat pi MAHA ni. Dulu masa belajar selalu pergi, sekarang dah duduk Johor dah jauh sangat.

    ReplyDelete
  3. udang sanggul tu..geram je tengok :)

    ReplyDelete
  4. nmpk x da rezeki nak dtg tahun ni!!! sedap2 makananya

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p