Search This Blog

umi pesan "jangan duduk lama-lama kat rumah orang"

By 10:13:00 AM , ,

Assalamualaikum semuaa! Dan selamat sejahtera! Umi selalu pesan "jangan duduk lama-lama kat rumah orang", lagi-lagi bila time hari raya atau ziarah rumah kawan/saudara atau melawat orang sakit. 

umi pesan "jangan duduk lama-lama kat rumah orang"

umi pesan "jangan duduk lama-lama kat rumah orang"
umi pesan "jangan duduk lama-lama kat rumah orang"
Umi pesan macam tu bukan sebab nak mengelakkan silaturrahim terjalin mesra tetapi sebab ada sesetengah orang yang tak segan silu stay lama-lama di rumah orang lain sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada tuan rumah.

Iye, memang tetamu datang membawa berkat, rahmat dan kegembiraan kepada rumah yang dikunjung. Tapi jangan lah sampai datang terlalu lama. Kadang-kadang tuan rumah nak rehat juga selepas penat melayan tetamu. Kadang-kadang tuan rumah ada benda/kerja yang nak dibuat.

Walaupun tuan rumah itu adalah kenalan rapat kita atau saudara rapat kita sendiri, jangan jadikan itu sebagai modal untuk kita berlama-lamaan di rumah tersebut. Cukuplah sekadar bertanya khabar dan catch up hal masing-masing.

Yang penting, "jangan duduk lama-lama kat rumah orang" sehingga tuan rumah rasa terganggu dengan kehadiran kita. 

Siapa yang setuju dengan pesanan umi saya ni? :)

umi pesan "jangan duduk lama-lama kat rumah orang"
credit image: dreamdictionary.online

You Might Also Like

10 comments

  1. Mama dan babah kak PC pun pesan macam tu..lagi satu tengok masa,jangan main redah je kecuali emergency..kena hormat tuan rumah juga..

    ReplyDelete
  2. haaaa..betol tu..dulu masa kecik, mak kak zati salu cakap gini..hihi

    ReplyDelete
  3. SETUJU ! tapi saya suka orang duduk rumah saya hahaha

    ReplyDelete
  4. Adab bertamu. Selain tuan rumah memuliakan tetamu

    ReplyDelete
  5. setuju..kalau mak ayah saya dulu paling pantang kalau tidur umah kawan..kalau berhari-hari lagi laa..mana la tahu kehadiran kita menimbulkan rasa kurang selesa kepada ahli keluarga yang lain..

    ReplyDelete
  6. Setuju, lagi-lagi tetamu duduk lelama sebab guna wifi -________-

    ReplyDelete
  7. biasa kalau pergi rumah sedara mara yang rapat je duduk lama-lama , sebab sedara mara memang duk jauh,sekali sekala balik hehehe, kalau umah kawan-kawan memang tak duduk lama lah

    ReplyDelete
  8. setuju..sebagai tetamu, kita sendiri pun rasa tak selesa kalau lama sangat kat rumah orang..

    ReplyDelete
  9. Setuju... Bila stay lama, baik buruk kat rumah tu nanti semua boleh nampak....

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.