Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook? - sayidahnapisahdotcom Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
LightBlog

Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?

Persoalan yang biasa kita dengar - boleh ke upload gambar bayi yang baru lahir di Facebook/media sosial. Kan? Tapi kali ni.. Satu perkara yang saya tak pernah terlintas pun untuk mempersoalkan hukumnya - tunjuk gambar scan bayi pada orang. Boleh atau tidak? Apakah hukum meng-upload gambar scan bayi di Facebook atau di media sosial yang lain? Serius tak pernah terfikir sebelum ni. Ingat okay je, tapi ada tengok orang post berkaitan dengan perkara ni. Then, baru macam "oh tak boleh ke? Ingat boleh". Tapi tak nak la make conclusion terus. So, saya selidik dulu. Tengok ceramah Ustaz dan tanya Ustaz berkaitan dengan persoalan "boleh ke upload gambar scan bayi di Facebook?"

Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?


Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
credit image: shafidamama.com

Soalan : Apa hukum isteri upload gambar perut isteri yang ada janin dalam Facebook untuk tatapan umum? Bukankah ia termasuk aurat?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Jawabnya.. jika kelihatan aurat, maka hukumnya HARAM. Kalau tidak kelihatan aurat, TIDAK HARAM. Kalau black and white sahaja (gambar), hitam atau putih saja, nampak macam bentuk budak lepastu gelap. Haaaa yang tu BUKAN AURAT. Tapi kalau nampak bentuk aurat (perut si isteri), hukumnya haram.

Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
credit image: azlindaalin.com
Soalan: Ustaz, boleh ke tunjuk gambar scan bayi pada orang ramai?

Jawapan: (Ustazdin Al-Haj)

Tunjuk gambar scan bayi kepada yang bukan muhrim adalah HARUS. Tetapi jatuh HARAM jika yang ditengok itu perut atau susuk tubuh si ibu yang hamil. 

Wallahualam~

Moga memperoleh ilmu yang bermanfaat dan sebar-sebarkan la ye. Mungkin ada yang tak tahu. Wassalam :)

Post a Comment

3 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian..dah paham..

    ReplyDelete
  2. Moga bermanfaat pada ibu2 semua, hihihi. Ade ke org nak share sekali perut2. :P malu eh.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p