Search This Blog

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain

By 8:00:00 AM , ,

Saya suka dengan hadis Nabi ni - "...dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain". Well, dalam dunia ni kalau tak ada arah tuju dan tujuan, rasa helpless dan hopeless kan? So, dengan ada nya pendorong seperti hadis "dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain" ni indeed memberi semangat pada kita untuk terus hidup di bumi ini sebagai orang yang berguna.

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain
dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain
Saya biasa dengar hadis ini disebut-sebut oleh Ustaz dalam ceramah-ceramah.

Dan setiap kali kata hadis itu disebut, setiap kali tu lah.. saya terangguk-angguk. 

Bermula lah monolog dalaman dalam hati saya: 

"kau nak jadi manusia apa kat dunia ni sayidah? Jadi lah manusia yang bermanfaat pada orang. Itu sebaik-baik manusia. Buat dengki kat orang, buat jahat dekat orang.. kau dapat apa? Dapat dosa, dapat susah, dapat penyakit hati. Cuba kau selalu buat baik, cuba kau selalu tolong orang. Ganjarannya mungkin tak nampak sekarang. Tapi ingat lah, perbuatan baik dan memberi manfaat tu lah menjadikan kau sebaik-baik manusia. Kau tak nak? 

Setidaknya nanti, bila kau mati ada orang yang mendoakan kau, ada orang yang ingat kau. Cuba kau buat naya kat orang.. nanti bila kau mati, tak ada orang nak kisahkan pasal kau. Tak ada orang nak doakan kau. Tak ada orang nak sedekahkan Al-Fatihah pada orang. Apa kau dapat? Sengsara.

So, berazam lah. Berniat lah. Bertekad lah sayidah. Yang kau akan cuba untuk jadi sebaik-baik manusia. Manusia tak ada yang sempurna kecuali Rasulullah. Tapi kau boleh cuba untuk menjadi sebaik-baik manusia. Tolong orang, bantu orang, belas kasihan pada orang pada setiap masa dan ketika. Bantu mana yang mampu. Beri ilmu sebanyak mungkin. Nescaya...

kebaikannya nanti kau akan dapat lihat."

"Sebaik-baik manusia.. mampukah aku kecapi?" - Sayidah, Januari 2017

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain
dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.