dulu pernah pura-pura solat dalam bilik, padahal....

by - January 12, 2017
Kadang-kadang tu feel nak throwback tu membuak-buak kan. So, moh le kita.

Dari kecil, saya dan adik beradik saya (5 orang termasuk saya) memang dah dididik solat berjemaah. So, tiap kali nak dekat azan mesti umi teriak "kakyonggg ambik wuduk" "kakngahhh ambik wudukkk" "kakcikkkk ambik wuduk". Lepastu, bentang sejadah. Lepas azan, terus solat.

Alkisahhh~ ada satu petang tu saya malas nak solat tau. So, pura-pura la berak lama sikit dalam tandas. Sebab tak nak solat jemaah sama kan. Lepastu bila saya dah keluar dari bilik air tengok dah habis dah semua solat. Saya cakap la kuat-kuat "alaaa dah tak sempat nak join", padahal dalam hati bersorak gembira.

Terus masuk dalam bilik. Kunci. Yela konon-konon nak khusyuk solat kan, tak nak bagi orang masuk. Lepas kunci tu, terus baring kat kerusi. Tak sarung telekung pun. Duk silang kaki.

Lepastu cakap kuat-kuat 
"BISMILLAAAHIRRAHMAANIRRAHIIIMMM. 
ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN. 
ARRAHMAAANIRRAHIMMMM...." 

Padahal masa tengah baca surah Al-Fatihah tu, tengah syok-syok baring. Ngiring ke kanan, ngiring ke kiri hahaha. 

Ish ishhh teruk kan? Nasib baik la masa tu kecil lagi, mana tahu takut dosa ke apa kan. Tapi sekali tu jela pernah buat macam tu. Lepastu tak buat dah. Bukan sebab dah insaf. Tapi sebab tak ada kesempatan nak buat macam tu lagi haha. 

P/s: jangan tiru aksi tak bertamadun di atas ni ye haha.

Last but not least.. nak share satu video kakyong saya yang cute kat bawah ni. Cuteee sangat alahaiiii anak-anak buah den solat jemaah sama dengan ayah mereka hehe.


dulu pernah pura-pura solat dalam bilik, padahal....

You May Also Like

2 comments

  1. Dah kembali kepangkal jalan. CM dengan CN penah buat dedolu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p