KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN - sayidahnapisahdotcom KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN
LightBlog

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

Siapa yang tak nak kurus kan? Siapa yang tak nak turunkan berat badan kan? Siapa yang nak perut buncit kan? Saya pun sekarang ni sedang menjalankan misi menurunkan berat badan + mendapatkan tubuh yang sihat. Nak diet makanan tu memang bukan saya laa haha. So, perkara yang paling saya konsisten buat dalam misi ni adalah melakukan exercise hampir setiap hari. Buat workout waktu petang. Bukan mudah sebenarnya buat eksesais ni. Sakit tau! Haha. Tapi dalam menurunkan berat badan ni.. no pain, no gain right?

Sukar Untuk Menurunkan Berat Badan?

Replace excuses with EFFORT
Replace laziness with DETERMINATION

And everything else will fall into place

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN
konsep sebenar dalam menurunkan berat badan

Konsep Sebenar Dalam Menurunkan Berat Badan:


20%:
  • kardio
  • body weight workout
  • senaman pemberat
  • aktif sepanjang hari

80%:
  • bawa bekal sihat
  • banyakkan sayuran
  • lebih protein
  • cukup kanji (carbohydrate)
  • minum air kosong selepas makan
  • kurangkan makanan berminyak - kuah/santan
  • jaga jumlah makanan
  • jaga masa makan (jangan skip-skip waktu makan)
  • kurangkan minuman manis
  • pilih makanan sihat di luar
  • buah sebagai snek
  • seimbang
  • sederhana
  • pelbagai

Antara tips lain:
  • semangat kuat setiap hari
  • tidur cukup (susah betul saya nak buat ni =.=)
  • kawalan emosi
  • mindful eating (ni pun susah nak buat haha)

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN
konsep sebenar dalam menurunkan berat badan
Part 80% tu ada yang kadang-kadang saya buat, kadang tak buat. Kadang-kadang ada disiplin, kekadang main tibai je haha. 
20% tu inshaaAllah memang konsisten sekarang ni. 
Tips lain tu pula haaa seperti yang saya beritahu kat atas.. tidur cukup tu susah nau haha. Sebab saya dah biasa tidur lewat kan. Paling awal saya boleh tidur pun pukul 1 pagi. Lepastu nanti bangun subuh, umi bagitahu jangan tidur lepas subuh pula. So, tidur tu rasanya kadang-kadang tak cukup pun haha.

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN
reason to lose weight
Oh lagi satu yang saya nak sarankan pada sesiapa yang nak turunkan berat badan - amalkan minum green tea + lemon. InshaaAllah membantu bakar kalori & meningkatkan metabolism badan.

Chaiyok myself and chaiyok uols! :)

Baca juga:

Post a Comment

4 Comments

  1. Kak PC pun tengah berusaha huntuk berdiet lebih sihat...

    ReplyDelete
  2. Sama lah jua.hehee...tidor awal tuh, ade time..tak selalu laaa..~

    ReplyDelete
  3. Terbalik la kita... Sab susah nak buat 20% but mudah untuk buat 80% tu... hehehe... Malasnya la nak exercise... Kalau rasa tak boleh nak telan green tea tu, kita suggest minum tea by_myna... Insyaallah tak pahit mcam minum greean tea ^_^

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p