Puisi #8 bila orang nasihat - sayidahnapisahdotcom Puisi #8 bila orang nasihat
LightBlog

Puisi #8 bila orang nasihat

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #8 bila orang nasihat
Puisi #8 bila orang nasihat
Puisi #8

Bila orang nasihat;
berikanlah perhatian
mungkin apa dilafazkan
ada kegunaannya

kenapa perlu pertikaikan
cakapan orang tentang kau
mereka tidak tahu; mengerti
cara apa kau jalani hidup

buat perkara yang kau rasa perlu
usah melenting;
terpapar ego kau tinggi menaik

jadilah diri seperti kau impikan
tonjolkan seperti apa kau mahu
tidak perlu berdiri atas suruhan lain
kau bertuhan, ingat

dunia mahu lihat;
aku kau kita semua
terbang tinggi-tinggi

jika jatuh;
bangkit sendiri
hirup semangat terbang semula



p/s: nite!

Post a Comment

1 Comments

  1. Puisi tu memang hujungnya tak sama kan 😃
    .
    Maznee pun tak pandai

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p